U Click Me...I Click U Back

Thursday, March 15, 2018

#JejakTokyo2017 ~ Day 4 ~ Odaiba City & Bye-bye Tokyo!

As salam semua!

ok..sis promise this entry will be the last entry for #JejakTokyo2017, maklumla jenuh jugak sebenarnya ek nak menceritakan pengalaman yang dah nak hampir setahun berlalu...😝 maklumla  urat yang putus pun dah banyak sangat weyhhhhh!!!hahahahaha

dan bayangkan sis nak perabihkan entry ni pun makan masa dari tahun lepas update tak habis2 hah..rasa sayang sangat kalau tak abadikan dalam blog comel sis nih...manala tahu ada rezeki dapat travel lagi ke Tokyo..boleh rujuk2 aje dalam blog sendiri..arrghhh bila type benda ni terus rasa rindu giler saat berada di bumi matahari terbit nih😭

rasa lagi nak nangis bila tatap gambar atas nih!!!!😭😭😭


bila dah hari last ni sebab malam ni dah flight balik ke Malaysia so we decided nak ke Odaiba City ajela sebab konon2nya nak jumpa patung Gundam la tapi bila bukak google maps dia beritahu Odaiba Gundam tutup untuk penyelenggaraan..so we decided nak ke melihat rainbow bridge ajela dari Odaiba City tuh...so here we went!


sebenarnya datang ke sini nak melihat sendiri Statue of Liberty yang terletak di Rainbow Bridge...actually ia hanyala mini statue sahaja tapi bila dah disenaraikan dalam tempat2 menarik untuk di lawati maka here we are!

kami datang sini naik tren dan bas dan kemudian jalan kaki ke Rainbow Bridge..boleh tahan jugak penat jalan kaki tapi dalam perjalanan jumpa banyak sangat pokok bunga sakura...so berhenti ambik gambar banyak2!😁

bila ko pergi musim spring memamg banyakla sakura...layankan aje..bukan boleh jumpa kat tempat lainkan?so jangan lupa ambik gambar banyak2 okeh?!



ada jugak gambar berlatarbelakangkan mini statue of liberty even gambar ni tak berapa semenggah pun..sebabnya tudung semua senget benget...maklumla sebenarnya hati kita dah kat Malaysia...hahahaha..kita dah giler rindu nak balik Malaysia weyhh..yelar..tinggal suami dengan anak2 kot...5 hari kat Tokyo cukup kot even tak berapa puas berjalan tapi still tak sabar nak balik Malaysia..πŸ˜‡



even nampak cuaca macam terang tapi percayalah..sejuk nak mampus duduk atas ni...hahahaha..tu yang macam tak berapa banyak sangat gambar kami sempat snap...actually gang sis ada ambik beberapa gambar guna hp memasing tapi bila di share dalam whatsapp terus dia jadi pecah...tak pasti kenapa?sayang sebab semua pecah2 gambar tu...








begitula pengalaman sis sepanjang di Tokyo dan definitely will come again...πŸ˜“

setel sini kami decided nak gerak balik sebab kami kena check out dari rumah yang kami sewa dari Susumu sebelum pukul 3 ptg (atas budi bicara)

sis bawak satu beg besar merah tu je..sebab balik ni beg jadi ringan sebab makanan dah habis dan sis takde shopping beria pun kecuali beli benda2 kecik je like keychain dengan fm utk ahli keluarga terdekat..

so setel checked out terus naik tren gerak ke Haneda Airport even flight kami dalam pukul 11 malam tapi kami gerak awal untuk memudahkan pergerakan kami ke airport dan tidak bertembung dengan penumpang2 yang nak balik kerja..





kami sampai airport dalam kul 5 petang macam tu dan jumpa gang2 AMG sekalian sebab balik 1 flight dengan dorang...selesa giler airport Haneda sebab nak solat pun senang sebab orang Jepun dia tak kisah pun kita solat kat mana2..takde yang perati pelik2 pun..hahahahaha..dapatla menunaikan yang wajib tu dengan selesa even ramai sangat kat kawasan tu... 

sis sempat upload video sebelum sis boarding dan alhamdulillah selamat jejak ke bumi Malaysia pukul 7 pagi waktu Malaysia...

selamat membaca korang!dan tq sudi singgah blog sis😘




Untuk Baca Semua Entry #JejakTokyo2017

3 comments:

Hans said... Reply Comment

cantiknya bunga sakura tu

Balkidz Hunny said... Reply Comment

Bestnyaaaaaaa jepun. Next in my wishlist. Nt nak minta iti kak hehe

Hamelia Hamid said... Reply Comment

wah bestnye sis....