U Click Me...I Click U Back

Friday, February 9, 2018

Pengalaman Menginap di Imah Seniman, Lembang, Indonesia

As salam...

kita sambungla sikit cerita sis ke Lembang hari tu…sebab dah banyak kali kami sampai ke Bandung...dah alang2 apa salahnya cari kelainan sedikit... so aku pun mula merancang itinerary kali ni nak stay kat Imah Seniman.. tempat best yang dikatakan sesuai untuk berbulan madu...katanya!

muka kepenatan dan kecuakan sebenarnya sebab kapal terbang ni nak touch down pun teragak2 due to bad weather..memang lama tau dia berlegar2 di ruang udara..apa2 pun alhamdulillah selamat juga sampai!

once touched down je Bandara Hussein Sastranegara, Bandung dalam lebih kurang pukul 9 malam terus checked in di satu hotel bajet..bajet2 pun series selesa nak mampus…hahahaha..nama hotel zodial at paskal…memang sengaja ambik hotel harga rm80 semalam sebabnya dah sampai pun lewat malam…rugi kalau ambik hotel mahal2..selagi boleh berjimat kata sis!

getting ready nak ke Lembang

kecik je hotel dia tapi hotel baru...series selesa sangat...korang2 boleh consider hotel ni la tapi to be honest dia tak dekat la sangat dengan bandar Bandung ye...

Then esok pukul 9 pagi kami dah bersedia nak bergerak ke Lembang…memang plan kali ni nak berjalan2 dulu dan stay 1 night dekat Lembang sebab tu kami plan fly hari Jumaat sebab tiket Sabtu pagi mahal nak mampus..beza banyak harga…so takpela..korban duit stay hotel sebab kami bahagi 3 kan..so dah dapat penjimatan di situ..untuk yang tak tahu sis datang ke Bandung atas tiket peserta pembentang dalam Seminar ICERD di Universitas Pendidikan Bandung pada hari Isnin…so plan berjalan2 sekitar Lembang tu hari Sabtu dan Ahad la..

Sebab dah kali ke-4 dah ke Bandung..so kali ni memang plan hanya nak jejalan sekitar Lembang…nak pergi wisata2 yang baru…tahun lepas kami pergi sebelah Kawah Putih tu…so kali ni dah tak nak ke sana (bukan sehala) so marilah kita berseronok2 di Lembang pulak…

Tak jauh sangat pun dari Bandung ke Lembang…dalam 2 jam perjalanan..tapi yang syoknya sis melena sepanjang perjalanan tu…hahahaha…so ada beberapa wisata yang kami singgah (nanti sis buat entry khas) dan semuanya best…dan untuk pengetahuan korang…since 2016 kot…makin banyak wisata2 (tempat pelancongan) yang tumbuh bagai cendawan di Lembang…dan paling best about Lembang.. tempat dia terletak di tanah tinggi dan sejuk…best!so takde la peluh2 ke apa kan?hahahaha

Get back to tajuk entry…memang niat sis nak stay semalam di Lembang dan nak merasa sangat menginap di sini…sebelum ke Bandung sis dah google beberapa tempat yang best untuk stay di Lembang.. dan paling best ialah Sari Ater cumanya disebabkan sis plan nak belanja kawan2 stay kat sini so sis ambik within sis punya bajet jela..riki2 jumpa Imah Seniman…rupa2nya tempat ni memang popular dalam kalangan penduduk2 di Indonesia…sesuai dikatakan untuk berbulan madu…dan sis tempah guna traveloka dapat la harga RM114 je semalam…itu sebab ada diskaun ye..kalau takde semalam je dah rm200 tu pun bilik biasa2 takdela ambik bilik untuk berbulan madu…kang nangis tak berlagu dok teringat2 husband kat Malaysia…hahahaha #mengong

Setel berjalan2 di sekitar Lembang kami checked in Imah Seniman dalam pukul 6 macam tuh…masa memula dalam kul 1 tghri macam tu dah pergi tapi bilik belum ready katanya dalam pukul 2 petang…so kami plan jejalan dulula baru datang balik…tapi dah terlewat sangat dah sebab pergi makan dulu dan sempat shopink jajan dekat pasaraya di Lembang..dah penat baru reti nak rehat…hahahaha!

sebelum checked in kami makan dulu di Bakso Semar...series sedap giler!!!

1st time sis ambik yang ada letak mee macam ni..selalu ambik yang kosong dan banyak sayur...sis suka sebab sedap teruk!


Lepas setel ambik kunci mereka akan bawak kita naik jip mereka ke dalam sikit..kalau jalan kaki jauh sikitla…eh lupa nak citer…kami ada ambik supir ye dari Bandung ke Lembang dan dia yang bawak kami berlibur di sekitar Lembang…dan dia tunggu kami sampai kami keluar dari Imah Seniman esoknya dan bawak balik ke Bandung…harga minta maaf aku tak ingat sangat tapi harga dia sama je mana2 supir..so takdela kisah sangat…plus kami ada bagi tips lagi sebab dia melayan kami dengan sangat baik…supir ni kami jumpa dia masa kat bandara je..takdela awal2 ambik dari Malaysia..kata dah datang banyak kali so takdela risau sangat tak ambik awal2 sebab bersepah2 kot supir kat sana…hehehehe

btw...Imah Seniman ni memang dekat je dengan kawasan2 menarik di Lembang...tak jauh di antara satu sama lain tau!


sampai2 je terus terpana dengan pemandangan depan bilik..dan dengan cuaca yang sangat2 sejuk nak mampus camne nak berendam nih...hahahahahaha

bilik kami yang sebelah kiri tuh..tempat ni sunyi jugak boleh tahan tau!

selesala setakat kami 3 orang je nak tido kan?nasib memasing kecik2 je...kofkof
Malam tu tak berapa boleh tido sebab sejuk sangat tau…dah la tak bawak baju tebal sangat hanya bawak jaket jeans je paling tebal…berlapis2 kami sarung baju pakai masa tido dan nasib bawak stoking tau…haduiii..berapa kali bangun kencing…huhu

esoknya tu awal2 kami siap sebab niat nak bergambar sekitar Imah Seniman sebabnya semalam tak sempat nak snap2 sebab kat sini pukul 6 dan gelap macam maghrib..

pagi2 siap je dengan baju tudung segala kedut sebab mereka takde sediakan iron pun...huhu..so pepandai la nak hidup...



kawan aku sorang ni busy siapkan slide presentation untuk Isnin tu sebab kami ada conference di Bandung esoknya tuh...tapi sis dah malas nak belek2 dah slide sis..lantok situ!baik sis layan snap2 gambar...kahkah...

bilik kat sini di panggil serenity tau..ada banyak lagi jenis bilik...so pepandaila korang menengok di website derang ye...

berangan je manjang ye ko sis!

adik i ni tak habis2 dengan prop dia...habis dia suruh sis dengan kakjun posing dengan prop dia jugak...tak semenggah nak tempek sini sebab ya ampun..macam bdk belasan tahun je main prop2 nih...wakakakaa





memang banyak gambar syok sendiri jela...hampa layan jela ek!dalam pukul 10 macam tu kami selamat checked out dan meneruskan perjalanan ke wisata2 di Lembang yang tak sempat kami singgah semalam...



selamat tinggal Imah Seniman...next time ada rezeki nak bawak anak2 pulak datang ke sini inshaAllah..till next entry...

Imah Seniman,
Jalan Kolonel Masturi,
No. 8, Cikahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat,
Jawa Barat, 40391, Indonesia


4 comments:

Hans said... Reply Comment

macam menarik pula tempat tu
ada rezeki pergi sana..nak try lah duduk situ

Nafisah Musa Cha said... Reply Comment

Not bad. Ble la plan utk family nt.

Kak Mahh said... Reply Comment

Kalau di Indonesia konsep bilik penginapan semuanya unik Dan Ada ciri tersendiri.

ayza said... Reply Comment

Menarik...tq sharing..nanti teringin juga nak ke sini..