U Click Me...I Click U Back

Friday, January 26, 2018

Nak Menang Percutian Percuma!? | Jom Sertai "Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018"

Assalamualaikum readers!#macamramaisangatkhenn

korang mesti dah biasa dengar nama TRAVELOKA kan?

sis dengan traveloka ni serius macam dah tak boleh dipisahkan dah!

memula sis tempah tiket kapal terbang guna traveloka ni masa nak ke Bandung tahun 2016 then lepas tu masa pergi Tokyo pada tahun 2017 sis tempah tiket dengan traveloka jugak la..pastu sis tempah pergi Bandung tahun lepas pulak sampaikan tempah hotel semasa di Lembang, Bandung, Indonesia iaitu Imah Seniman pun sis guna voucher traveloka..dapat banyak potongan pulak tuh..merasala sis duduk kat tempat idaman sis tahun lepas..yehahhhh!!!



kalau tak percaya tengokla booking fees yang sis bayar semasa menginap di Imah Seniman tahun lepas...harga dari RM162.40 sis hanya bayar RM113.68 sahaja..banyakkan potongan yang sis dapat?hanya dengan voucher traveloka sahaja anda akan dapat harga yang sangat berpatutan..lepas tu dapat pulak merasai percutian yang menyeronokkan dengan harga murah...siapa yang tak nak?


pemandangan depan bilik hotel semasa menginap di Imah Seniman bulan november tahun lepas...dahla sejuk bercakap pun keluar asap dari mulut...hahahahaha

korang nampak tak betapa sis memerlukan sangat traveloka dalam kehidupan sis..sis memang siap download apps traveloka untuk cek terus rate flight atau hotel jika sis memerlukan...dan paling best boleh dapat harga yang best dan potongan diskaun yang banyak!

sebenarnya sis suka sangat travel tapi maklumla..duit tak berapa nan hado...kita rakyat marhaen saje..nak travel kena kumpul duit dulu la kan?

tapi kalau ada yang MENAJA percutian kita lagi best terukkkkk kannnn!!!๐Ÿ˜—

Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018

korang nak dapat tajaan percutian korang tak?

meh cikgu nak habaq mai!!

sempena CNY 2018 ni... TRAVELOKA ada buat contest tau..Sis pun ada berkira2 nak join jugak contest ni! sebab hadiah-hadiah dia best gilerrrrrrr!

dan sudah tentu hadiahnya juga adalah pakej percutian!ada ke yang tak nak percutian FREE dan di TAJA lagi?hahahahaha



Cara Penyertaan

Senang dan simple sahaja cara penyertaannya... apa yang perlu korang buat ialah;


  1. Klik link Traveloka CNY 2018 Contest
  2. Lepas tu wajib log in ke account facebook memasing.
  3. Baca term & condition yang telah ditetapkan.
  4. Boleh mulakan permainan anda!
Cara nak main game

korang boleh rujuk arahan seperti di bawah;

  1. Mulakan permainan dengan menekan anak panah
  2. Tap skrin untuk mula menerbangkan kapal terbang
  3. Sentiasa berada di tengah2 skrin sehingga bangunan dan halangan2 muncul
  4. Jangan lupa kumpul ang pow traveloka untuk mendapatkan markah tambahan


...sis pun dah cuba main game tu...serius best!...masa memula main tu asyikla score kosong je sebab tak dapat rentak camne nak dapatkan score yang banyak...lepas cubaan kali ke-3...baru faham dan tau cara mainnya...so korang2 pun kena trial and error jugakla...oh ada lagi tips sis nak bagi...paling baik masa nak main game ni gunala smart phone korang memasing sebab lebih senang nak score tau berbanding dengan menggunakan komputer.

dan jangan lupa korang perlu share score / markah korang di akaun Facebook memasing sebanyak 5 kali dalam sehari dan barula korang layak untuk menghantar borang penyertaan korang sehinggalah pertandingan tamat! sudah tentu markah yang paling tinggi akan mempunyai peluang yang lagi BESAR UNTUK MENANG!

USAHA TANGGA KEJAYAAN....YEHAAAA!



korang janganla gelak pulak markah yang sis dapat tuh sebabnya tu baru je sesaat permainan.. sis tengah cuba nak bagi dapat markah banyak barulah boleh menang percutian ke Seoul...ehhhh!!!


Hadiahnya? ~ Percutian ke Negara-negara Yang Best Termasuk Tiket Penerbangan dan Penginapan

1st prize ~ 6D5N ke Seoul, Korea

Image result for pulau nami korea

ada ke yang tak suka pergi korea??wishtlist sis ni okeh!Jepun dah sampai teringin jugak nak ke Korea...sebenarnya teringin nak merasai musim sejuk di Korea...argghhhhh bestnya!

2nd prize ~ 5D4N ke Phuket, Thailand


Image result for phuket thailand

Bangkok dah sampai... tapi belum pernah sampai kat mana2 area pantai di Thailand...bila dengar nama Phuket ni sebenarnya gedik2 sangat nak ke sini...ni kalau menang boleh ajak berbulan madu dengan husband jugak ni...kahkah!

3rd prize ~ 4D3N ke Langkawi, Malaysia


Related image


Langkawi pun best wooooo!!!!dari tahun lepas dok asyik cek flight murah ke Langkawi untuk 6 orang...tak mampu sis bila tengok harga flight yang yang terpapar kat skrin...๐Ÿ˜ข

last pergi ke Langkawi pun tahun 2015...bolehla kalau menang jimat 1 tiket penerbangan dan penginapan kan?

takpe berangan itu FREE OF CHARGE!๐Ÿ˜

huwaaaa....semua hadiah best2 nih!!!kita nak sangat hadiah no.1 tu sebab memang wishlist kita nak ke Korea..tapi tak tahula bila boleh sampai huhu!!!๐Ÿ˜ฉ

kalau tak dapat 1st prize pun...2nd prize dan 3rd prize dia pun best jugak weyhhhh!!!sapa nak bagi kan?hahahahaha

eh ada lagi 2 hadiah (vouchers) yang disediakan sekiranya anda keep on sharing berkenaan dengan Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018 ni di Facebook Traveloka.. anda berpeluang memenangi voucher Traveloka bernilai RM1,000 x 2

wow dan teruja sangat kan!!๐Ÿ˜ฎ

Tarikh Tutup Penyertaan



Mula ~ 22 Januari 2018
Tutup ~ 28 Februari 2018


anda ada masa sebulan untuk main game dan dapatkan score yang banyak...peluang keemasan jangan dilepaskan…rugi sangat sebab hanya dengan main game sahaja dan boleh menang hadiah best!!!๐Ÿ’–๐Ÿ’–

jangan lupa join Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018 ni ye...

untuk keterangan dan maklumat lanjut boleh layari

Facebook : https://www.facebook.com/TravelokaMY
Website : https://www.traveloka.com/en-my/


1 comment:

mama tisya said... Reply Comment

Main game dpt menang adiah holiday tu syok kn.. Lama xbooking hotel thru Traveloka ni hehe