U Click Me...I Click U Back

Wednesday, July 5, 2017

#RAYA2017

As salam everyone!





masih belum terlambat ceq nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog Chekguazrine.com yang beragama Islam, maaf zahir dan batin ye..kot2 ada apa2 coretan giler2 aku dekat sini membuatkan korang bengkek dengan ahkak...kehkeh...0-0 k!

ceq baru berkesempatan nak cerita pasal kisah raya ceq kat Kepala Batas, Penang..

raya kali ni raya secara sederhana sahaja..
sebab rutin setiap kali raya pun dah tahu camne agendanya..hahahaha!

aku gerak balik ke Penang malam Khamis tu jugak sebabnya kami ada urusan dekat LHDN kat Kepala Batas esoknya (Jumaat)..so nak tak nak kena balik jugak malam tu..lepas berbuka dalam kul 9 (isya dulu) baru gerak...

janji dengan anak husband aku jumpa dekat Slim River sebab depa gerak dari S.Alam.. so jumpa kat sana jela senang!

sampai tepat2 kul 4.30 pagi dan siap2 sahur dekat Nasi Kandar Public Bank...balik2 rumah terus bersihkan rumah..mop2..lepas tu solat subuh...lena la sekejap sebab kul 9 nak gerak pergi LHDN sekejap..urusan aku dengan hubs kat Bertam...

berbuka pula petang tu kami ke bazar di pekan kepala batas untuk cari juadah berbuka..
memang sengaja tak mo masak sebab mereka craving nasi daging yang dijual kat bazar tuh..
hamboi!!craving terus!hahahaha
tapi aku kurang sikit  nasi daging bulan pose nih
actually bulan puasa aku memang macam tuh..
payah makan!tak taula pasai apa!aku makan nasi sikit je lepas tu dah tak boleh telan dah..hadududu..

laki ahkak dah susah hati sebab takut binik dia kurus melampau!susah hati ke jeles bang...hahaha


getting ready for breaking fast!
seronok berkumpul ramai2 macam nih..
ni baru satu family anak hubs balik..
esok tu pulak kami berbuka dengan tambahan 1 lagi family anak hubs yang balik..
tapi berbuka di rumah jek..semua tapau jugak sebab tak sempat pun nak masak...hahahaha..
lagipun nak rasa2 makanan di bazar sini katanya..

okla..aku rasa macam malas dah nak panjang2..
nanti2 la aku sambung cerita raya 1st kami yang sederhana yet meriah kat sini naaa...

sebelum ahkak undur diri...
mehla akk share gambar2 yang sempat kami snap di pagi raya di rumah husband di Taman Koskam, Pokok Sena...


my lovely dear family....kecil aje tapi sangat bermakna...
anak husb no.2..tahun lepas berdua tahun ni bertiga..syukur alhamdulillah!
anak husband no.3 - sedondon kelabu!
till me meet again ye....

coretan ikhlas,
~ Chekgu Azrine ~

3 comments:

Julia Johari said... Reply Comment

Suka tgk gambar raya akak...semua dah besar2 belaka...senang mama nak sambung belajar kan sis...kak rine nasi daging tu cm ne rupanya...tetiba nak join craving jugak hahaha

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said... Reply Comment

selamat hari raya sis

Aty Fared said... Reply Comment

selamat hari raya kak.. anak2 dah anak dara tu lawa2.. :)