U Click Me...I Click U Back

Thursday, July 13, 2017

1 Syawal ~ Jom Beraya!

As salam...

kita tak tahu sebenarnya nak cerita apa sangat kisah hari raya..sebabnya ceritanya sama je dengan tahun2 lepas..๐Ÿ˜•

kita raya secara sederhana jek..
baju je la lain2..agenda sama jek..kehkeh
maklumla dekat Penang mostly sedara arwah isteri hubs je yang ramai ada...
pastu ada la mak sedara aku dekat sg.petani..
never failed la setiap kali raya aku mesti datang..tapi series tak pernah ambik gambar sebab dok ralik sembang!

tahun ni tak dapat jumpa mak sedara aku tu sebab timing lari..aku datang dia pergi beraya pulak...sebab memang tak call pun sebelum datang...takmo nak suruh dia masak2...

gambar2 kami sekeluarga aku ada selitkan dalam entry sebelum ni..boleh klik [sini]

mehla jamu mata gambar entah hape2 kami di raya pertama...

swafoto je yang mampu sebabnya masa ni hat lelaki belum balik dari solat raya...





budak kecik ni cucu husband aku yang paling kecik..nama Zara Adilla ๐Ÿ˜™..aku suka letak gambar dia dalam ig aku sebab comei sangat!

pastu suka sangat suruh aku dokong dia..
tidurkan dia senang je..and serius baby yang paling tak merengek2 sangat...panas ke sejuk ke rilex je dia...
kalau lama sikit tak jumpa teringat2...haduhh


sebenarnya lepas tu nangis teresak2 sebab biasala..binimu kadang2 suka jugak menjawab..aku takdela melawan sangat pun...tp menjawab tu konon2 nak bagitahu aku tak salahla..last2 gaduh!!!๐Ÿ˜ž

selesai sesi bersalam-salaman..
sesi pas2 duit raya...
kami pun terus keluar beraya...





swafoto dalam kereta jela ko...lepas tu dah tak berapa banyak gambar kami..gambar candid aje la yang ada...

1st pit stop rumah mak njang..


raya kat belah utagha hat ni la paling fofular...
tapi unfortunately, masa raya nila ulser kat mulut nak naik..memang sakit hilang terus selera makan.. memang aku tak makan sangat la..sepanjang raya tu aku tak makan beria...๐Ÿ˜ข


sakit ulser dalam mulut pun berposing tak lupa ye...hahahaha

ini pun nasib baik sempat jugak posing background rumah mak njang sebab cantik dan bersih...fefeling gadis melayu terakhir dari kampung 

next...

rumah mak lang...setiap tahun without failed mesti serang rumah ni kalau tak raya pertama raya kedua...dan anak2 aku suka datang sini sebab ada LAKSA..hahahaha





depa dua orang ni hantu laksa kot...aku makan meehun je.. laksa makan share2 je dengan kakngah...

lepas tu terjah pulak rumah pak ndak..
masa ni aku dah tak selera dah nk makan..
penat + mengantuk..semua pakat tumpang lena bila sampai sini...hehehe...
so tumpang solat ajela..dok relax2...lepas tu sempat singgah rumah sedara depa jugak..
aku tak berapa kenal sangat sebab baru sempat pergi raya kali nih...


terus beliak mata aku dan terus rasa segar dapat makan cicah...๐Ÿ˜‹

berakhirla 1 syawal kami secara sederhana..
gambar dengan tuan rumah pun takde..
biasala..malas!!!๐Ÿ’…

No comments: