U Click Me...I Click U Back

Thursday, June 15, 2017

Percutian Santai di Pulau Langkawi

Lama sudah tidak bercuti di Pulau Langkawi. Masa memula pergi Langkawi masa zaman sekolah. Alaa…yang ikut rombongan sekolah tu.. haha.. Kali ke-2 ialah tahun lepas tuh..tu pun singkat aje percutiannya sebab pergi musim bukan cuti sekolah..So kali ini memang nak plan ke sana. Lagi-lagi sekarang tengok Pulau Langkawi dah ada tambahan tempat tarikan pelancong. Pemandangan yang awesome memang tak perlu nak ragu lagi lah . Tanpa berlengah aku pon dokla usha harga-harga tiket flight dan hotel kat laman web traveloka tu. Bila hendak bercuti aku dan traveloka berpisah tiada.  Harga sememangnya berbaloi bersama traveloka dan tiada keraguan di situ okeh.

Bila dah godek-godek map untuk pilih tempat yang strategik di Pulau Langkawi dan akhirnya aku pilih untuk menginap di Asenia Resort & Spa Hotel, Langkawi. Aku nak share ape yang aku tau dan aku baca pasal tempat hotel ni.  Hotel ini bertaraf 4 bintang dan hotel ini one of the most visited in that area especially mamat dan minah saleh. Why???  Ini kerana terdapat 238 guest room highlighted by a sensational style of western society.  Haaaaaa…that’s why la dorang tu suka sangat datang sini kot. Bak kata orang kena dengan jiwa dorang la kan…yang aku ni dah kenapa pulak pilih hotel ni?? Perasan orang putih kaaa…eh..eh.. hotel ni pon takde pon cakap yang boleh datang situ orang putih ja.. Yang tak berapa nak putih pon bolehhhh yer…..haha.. Actually pilih hotel ni kerana lokasi yang strategic dan persekitarannya yang awesome.
baru tengok luaran dah jatuh cinta sangat nih!
fuhhh....syiok nih tido kompem tak bangun2...kah!

Terletak di Pantai Tengah dan berdekatan dengan Pantai Cenang. Kat Simpang tiga antara Pantai Tengah dan Pantai Cenang dah boleh nampak hotel ni. Hendak ke Pantai Cenang yang popular di Langkawi pun senang, jalan kakijela. Bukan jauh pun. Lebih kurang 1.3++ Km jer. Exercise la sikit!!! Haha. Bolehla layan sunset kat pantai nanti. Syok wehhh. Accommodation hotel sediakan agak lengkap juga. Yang bestnya, hotel ini menawarkan Taman Tema Air Mini di mana terdapat kolam renang terpanjang di Malaysia..WAahh tak sabar rasa nak berenang-renang dalam kolam tu ha. Taman tema tersebut  merangkumi kolam yang ada ombak-ombak, kolam bentuk cendawan, air terjun, jakuzi dan slaid air serta ada laluan “ala”sungai yang mengalir malas gitu. Guna pelampung dan biarkan diri santai ikut arus memang syok. Dah penat-penat main air boleh pergi spa pula di situ. Confirm badan fresh after sesi mengurut.
suasana malam lagi cantikla!!!
Selain itu, terdapat juga pusat membeli belah, kedai-kedai bebas cukai dan kedai-kedai jual cenderamata berhampiran dengan hotel. Lebih kurang 3 km dari hotel ada Restoren McD. Apa yang aku faham, kalau tempat tu ada McD confirm tempat tu memang strategik dan hot. Antara sebab lain yang membuatkan aku pilih hotel Aseania adalah kerana Cuma 0.5++ km untuk ke Underwater World Langkawi. Dapat tengok hidupan dasar laut memang best.  Lebih-lebih lagi yang sukakan haiwan akuatik. Peluang untuk lihat 200+- spesis haiwan marin dan ikan air tawar. Antaranya ialah Penguin, Ikan Jerung, Singa Laut, dan Ikan Arapaima. Macam-macam ada.

area Pantai Cenang..percutian 2 tahun lepas...!

Nak tengok tempat bersejarah iaitu Beras Terbakar juga tak jauh dari hotel.  Cuma sejauh 7++ km sahaja dari Hotel Aseania Resort Langkawi. Datang sana nanti leh la refresh semula sejarah zaman sekolah kan. Hihi. Bercuti pun boleh dapat ilmu okey!!! Tempat lain yang ada dalam list semestinya cable car dengan kecuraman 42 darjah. Gayat tak gayat kene juga naik untuk lihat pemandangan yang awesome. Tengok gambar-gambar pun dah buat aku teruja.

percutian 2 tahun lepas masih menggamit memori....

Sebelum balik aku sempat lagi pusing-pusing area pekan Kuah. Ape yang ada kat Pekan Kuah ni? Shopping la. Boleh la kot beli pinggan mangkuk dan coklat untuk family. Senyumla sampai ke telingalah mak aku kalau dapat set pingan mangkuk. Haha. Oh ya tak lupa juga nanti kena ambil gambar kat Tugu Helang yang besar tu. Tak lengkap percutian di Pulau Langkawi jika tak ambil gambar bersama Si Helang ni tau. Hopefully percutian di Langkawi nanti dengan seronok lah kan. Nanti dah sampai sana, aku share tentative dan gambar dengan korang semua okeh.
rindu nak datang lagi Dataran Lang ni...LANGKAWI tunggu aku datang ye!!!!!


Ada sesiapa yang merancang nak pergi Langkawi juga tak? Jom book Aseania Resort Langkawi on Traveloka segera!! Boleh helo-helo aku di sana nanti okey. Bye korang.

No comments: