U Click Me...I Click U Back

Friday, April 14, 2017

#JejakTokyo2017 ~ Preparation and Tips

As salam...


Bismillah... tak tahu sebenarnya nak mulakan cerita trip #jejakjepun ni dari mana...
rasa banyak benda2 best nak share kat uols..
sampai sekarang ahkak masih tak percaya yang kaki ahkak dah selamat sampai ke Tokyo... :)

tak dinafikan Tokyo memang sangat awesome dan cantik sangat...segala mak nenek canggih manggih!
tak yah tengok benda lain.. ko masuk je tandas dia memang terpegun sekejap 5 minit... hahahaha
biler dah canggih sangat sampai tak tahu nak guna camne...hahahaha...ampunkan ahkak jakun sekejap.. tapi sayangnya takde plak ahkak snap gambar tandas tapi banyak je kat google.. boleh tengok sendiri...eh!

sebenarnya aku nak kongsi sedikit persediaan aku sebelum jejak kaki ke Tokyo.. tu pun mostly aku cari dekat google jugak dan tanya kawan2 yang pernah ke sana...even sepupu aku pun pernah duduk tokyo 4 tahun..tapi sekarang dah balik Malaysia for good...

Flight Ticket

disebabkan trip ni bukan dirancang awal2
so memang kena akui flight tiket aku mahal la sebab tak ambik awal2..
kalau ko rancang awal setahun ke boleh dapat tiket KLIA2 - Haneda, Tokyo kurang dari RM1000...
tapi dah ahkak kata trip ni trip mengejut...
maka bersediala perabihkan RM2k sahaja untuk flight...#sigh
dan disebabkan kami bawak makanan dengan banyak maka memang kena beli luggage la..untuk 25kg luggage harga dia tak sama ye untuk setiap negara so campur semua gedebuk gedebak luggage + meal pergi balik tambah lagi RM332..

Kenapa turun Haneda Int Airport?

Sebabnya Haneda berdekatan dengan Tokyo berbanding dengan Narita Airport

Accomodation

Ni satu lagi masalah jugak sebabnya aku pergi ni atas tiket jemputan dari pihak AMG untuk bersama2 membuat lawatan akademik ke highschool dan universiti kat sana.. so penginapan aku sepatutnya dekatla dengan penginapan students AMG dan urus setia derang tapi masa aku booked penginapan melalui Airbnb.. aku cari guest house yang betul2 dekat dengan train station untuk mudah kami nak bergerak dan 1 lagi mestila yang murahkan.. so aku dapat guest house di Akatsuka, Itabashi-ku, Tokyo dengan harga RM1073 untuk 3 orang (kira per-head) untuk 4 malam di sana.. series memang selesa sangat la guest house ni...aku memang recommended sebab dekat dengan train station...2 minit je jalan.. dan 7e pun ada... pendek kata aku duduk ni memang kawasan bandar..dan mudah untuk bergerak...

sesuai untuk 3-4 adults...owner guest house pun baik namanya SUSUMU... apa keperluan tak cukup cakap aje..esok mesti dia datang bawak
inila owner guest house kami...SUSUMU...even tak berapa faham sangat apa aku cakap tapi dia still cuba fahamkan jugak...hahahha...

Weather and Clothes

- Spring months: March, April, May

- Summer months: June, July, August

- Autumn months: September, October, November


- Winter months: December, January, February 

masa aku pergi ni baru je awal2 spring so cuaca memang sejuk nak mamps la sikit.. kebas muka2.. tangan tu takmo bawak kua dah dari poket...hahahaha..bawak je sarung tangan tapi susahla sarung tangan tak boleh nak touch screen hp...payah! maklumla tak yah nak demand sangat sebab semua tu pinjam2 je...nak beli tak berbaloi pulak!pastu memalam berbungkus2 memasing bila heater tu mcm bengong2 je tak berfungsi ke apa..hadududu.. tak boleh tido ahkak diknun...

pakai camni pun masih lagi terasa sejuknya...sebab suhu memang hanya 12-13 darjah c sahaja...pada mereka yang jenis tahan sejuk tak yah pakai tebal2 pun takpe...tapi ahkak jenis tak tahan diknun...nasib ahkak tak pergi time winter...

oppss.. ada nak tambah lagi 1... ramai yang bagi suggestion untuk pergi menjelajah tokyo pada waktu spring April sebabnya masa nila ko akan dapat menikmati sakura dan hanami...gitchhuu.. so kebetulan kan aku pergi pada waktu yang tepat..cuaca memang cantik je manjang...hahaha

Transportation

Knowing Japan... pengangkutan utama mereka ialah by train..dan memang agak berselirat la line2 kat Tokyo ni...ambil masa jugak ko nak faham...tapi sangat menepati masa dan sistematik.. bab ni aku solute.. so senang nak manage masa pukul berapa ko boleh sampai ke destinasi yang dituju...dan aku suggest korang boleh download apps Hyperdia atau guna je google maps je... sebab memang step by step dia tunjuk camne ko nak ke satu tempat siap ada harga dan masa perjalanan dan juga pilihan2 samada menaiki bas atau tren...alhamdulillah kami tak sesat langsung sepanjang kat sana.. hanya follow je apa google maps cakap...kehkeh...

ahkak memang sempat aje hah posing dekat train station dorang..ada banyak okeh..agak pening nak ingat...tapi yang paling menjadi kenangan ialah station Chiketetsu Akasuka...sampai sekarang je terngiang2 bahasa jepun lembut je suara menyebut station2 kat sana...hahahahaha


ini kad touch & go versi tokyo.. 
kami beli kad ni dekat mesin beli tiket dia dengan deposit 500yen... 
maknanya masa ko nak beli...ko belila ikut pilihan berapa lama ko nak guna kad ni...
katakan ko beli dengan harga 2000yen..
so dalam tu boleh guna 1500yen sebab dia ketepikan siap2 deposit 500yen tu...
dia boleh top up sentiasa dan banyak boleh jimat masa ko...
ahak kan banyak guna train ke sana kemari..
so guna je kad Pasmo ni...kebanyakan semua line boleh guna termasuk bas...hebatkan...sila tepuk tangan...eh!
lupa...kalau dah tak nak pakai boleh tebus balik cash dengan pulangkan kad ni balik..senang je kan?
ahkak tak tebus diknun..sayang..kenangan ahkak ke jepun ni so simpan jela sendiri...heheheh

Money Exchange

Part ni ahkak nak menangis dan meratapi sambil padan muka diri sendiri..."sapa suruh ko nak sangat kan pergi Jepun?"...gitu ayat padan muka diri sendiri...


masa aku tukar tu rate dia dah 39.95...
memang mahal la..nak buat camne..
kena la tukar jugak kan sambil meratapi gitu..:-(

masa tukar bawak duit RM berkepuk2... sekali dapat berapa keping aje..hangin je aku....hahahaha
Pocket Wifi

bagi aku untuk ke negara seperti Jepun.. 
wajib untuk kita sentiasa boleh akses internet dengan mudah sebabnya kita memang akan banyak menggunakan internet di mana2 sahaja dan pada waktu emergency... yelar.. dah la dekat negara orang kan..pastu kalau sesat ke tak jumpa kekawan ke..so senang boleh contact je menggunakan whatsapp call dan senang untuk kita gunakan google maps atau apa sahaja... so kira internet bergerak la...

so aku sewa pocket wifi kat sini http://visondata.com.my/.. aku sewa online je dan collect poket dekat klia2 masa hari nak pergi..apa2 maklumat korang rujuk je link yang aku bagi... ok?

Food / Halal Food

Ada bukan takde tau..
cuma kalau japanese food aku takla lalu sangat kot..
tapi ada jugak aku jumpa beberapa stall kebab dari turki.. sedap okeh!
lagi satu makanan kat sini mahalla even katanya halal.. bersediala sekali makan RM100 sekepala..
so kami bawak makanan2 dalam tin semuanya..
siap bawak sambal bilis kering...
bawak roti gardenia yang RM1 tu..
dalam dia sambal bilis.. sampai naik muak aku dok telan benda tu je setiap hari..
so beli je nasi dekat 7e..
mintak dorang reheatkan nasi tu siap2..
bagi aku nasi dia sticky dan sedap..
paling penting cepat kenyang...


sedap okeh...sekejap je licin aku makan...pastu esok beli lagi sampai la hari nak balik...jatuh cinta denga nasi jepun...hahahaha
Waktu Solat

Kat sini awal 1 jam dari Malaysia ye..
kalau pukul 10 malam Malaysia..Jepun pukul 11 macam tuh...
waktu solat kat sini banyak jauh dari Malaysia ye..
bertambah lagi musim springkan..kul 5 pm dah gelap okeh... kul 6 dah masuk maghrib..
kul 4 pagi macam tu dah subuh..
alhamdulillah Islam itu mudahkan...
kami buat jamak aje..dan kami solat je kat mana2 yang dirasakan bersih dan selesa...
ada 1 masa tu siap bentang mafler dekat Shinjuyu Park..
orang jepun dia tak kisah dan tak pandang pun...
so mudah je...mana2 kita berada amalan yang 1 itu wajib kita tunaikan..;-)

Get to know Japanese

ye..yang ni korang kena ambik tau jugak..
most of them tak berapa faham english tau..
so kadang2 susah nak bertanya itu ini dekat orang2 jepun ni... 
tapi they are very helpful person..
tapi ada je yang kami jumpa macam komunis je perangai...hahahaha...
dorang ni jenis tak kisah hal orang..
suka buat hal sendiri..
kalau dalam train tu memang senyap sunyi..
kalau nak bising pun suara ahkak dan gang2 ahkak je kot...kehkeh...
semua buat hal sendiri dengan hp memasing...
eh tapi ahkak tak boleh la hidup macam tuh..
mesti ada jugak nak sembang2kan...hmmm


semua dengan hal memasing...

kesimpulannya memang tak puas la sebab masa 5 hari tu tak cukup sebenarnya nak cover Tokyo..
plus kami pergi rombongan AMG.. ada 2 hari terikat dengan program tu...
dan balik Malaysia terus sakit habis badan2..
kaki lenguh2 siap berurut lagi..hahaha
bila ingat balik memang patut solute orang jepun tua2 pun selamba je berjalan kaki bermeter2 naik turun train..sempoi je...hahahaha
apa2pun  bersyukur sangat sebab dengan izin Allah dan husband terutamanya dapat jugak aku jejak kaki ke negara matahari terbit..syukur alhamdulillah!

aku akan buat part by part ek untuk entry #jejaktokyo ni.. so tunggula bila kerajinan tu sampai...hahahaha

hujung tahun ni ada lagi 1 negara yang bakal dijejaki...tunggu!!!

8 comments:

CikNaa said... Reply Comment

kakrin kalau bagi info memang best..kotla nanti ada rezeki sy ke jepun, blog kakrin sy cari dulu..

♥MAMASYAZA♥ said... Reply Comment

woww bestnya...tapi ntah bila la dpt sampai sana

achiek anis said... Reply Comment

Hihi klu dtg winter kak ckp pun takmo...beku �� Bestnya kalau dpt posting jepun ni tapi busy sgt pulak sana

LydSunshine said... Reply Comment

Best gile entry ni. Org jepun ni kadang2 tengok dah macam robot dah perangai derang. Sbb terlampau discipline.

Mama Zharfan said... Reply Comment

siyes besh!! i dok sana 7 hari pun rasa tak cukup sbb pegi urusan research kan...jalan2 on between jer :)
suka i baca entry u sbb mengimbas kenangan (i pegi tokyo dec 2016 ari tu) time winter heheh sejuk tp ok jer sbb i rasa nottingham lg sejuk kotttt

Falsya said... Reply Comment

Arghhhh..terus mcm xsabar nak ke jepun ujung tahun nie..kalau jadik laaaa..huahuahua.

Adam said... Reply Comment

Terima kasih kongsi ni.

LYAfrina said... Reply Comment

Blh la dijadikan panduan buat y nk kesana. Lya.....klo ada rezeki manatahu..haha