U Click Me...I Click U Back

Wednesday, April 19, 2017

#JejakTokyo2017 ~ Day 1 | Ohayo Gozaimas Akatsuka | Takushoku University


As salam gang bloggers and readers...

kisah day 1 bersambung dari kisah di bawah



sesampai je di Haneda Int Airport..
rombongan seramai lebih kurang 70 orang berkumpul dan kami berbincang berkenaan dengan bas yang disewa akan last stop kat mana?
memandangkan penginapan kami bertiga dengan rombongan berlainan maka kami agak risau sebab pengangkutan train dah habis perkhidmatan (last pukul 11 malam)..

so terfikir camne kami nak ke guest house kami nih?huwaaa!!!dah la 1st time ke tokyo.. mana tau kat area mana kami duduk segala bagai.. 
masa aku booked guest house tu aku memang cari betul2 berdekatan dengan train station untuk senang kami bergerak...dan pilihan utama mesti dekat dengan bandar...
alhamdulillah pilihan kami tepat cumanya salah pecaturan sebabnya bas yang disewa hanya menghantar kami sampai ke Nakano...

so by hook or by crook..
kenala naik taxi dari Nakano yang harga tak masuk akal..tapi takpe.. ada hikmah disebaliknya sebabnya taxi tu siap carikan mana 1 rumah kami...
kalau kami naik train sendiri kompem tak jumpa..
dahla dah pukul 12 pagi ko!!!

memula sampai tu tak sure betul ke rumahnya sebab Susumu (owner) dah bagitahu pintu tak berkunci dan kunci ada je atas meja dalam rumah...
rumah tu tingkat 3 tapi tangga dia takde la tinggi sangat sebab tingkat kedua tu naik setengah tangga..lagi setengah tangga tingkat 3...
cuma penatla sikit nak angkat turun beg baju kami yang gabak besar tu (akula tuh)hahahaha..

so alhamdulillah betul rumah yang kami jumpa tuh
syukur selamat sampai...
masuk2 rumah nampak katil tilam rasa nak lompat je...hahahaha.. dan rumah pun selesa sangat...bersih!

kami solat jamak semua dan melena...
dan kami decided esok kami nak pergi sendiri ke Takushoku University sebabnya kalau nak pergi dengan rombongan bas pukul berapa kami nak bangun nak kejar train nak sampai nakano kan?
so kami decide nak pergi sendiri naik train...

****************************************
panjangnya mukadimah...
so masuk dah day 1 di Tokyo


ohayo gozaimas TOKYO!!!
kami bangun solat subuh at 4 am lebih kurang..
pastu melena balik (sila jangan tiru aksi kami)
sebabnya memasing memang tak larat..
kami tido pun dah pukul berapa kot..
so kul 9 pagi baru gerak dari guest house...

janji dengan rombongan AMG tu jumpa di Takushoku University dalam pukul 1 petang macam tuh sebabnya pagi mereka akan ke highschool dulu..
kami terpaksa tak turut sekali dalam lawatan ke highschool tu sebab kekangan masa..(bangun lambat sebenarnya)...buruk perangai!


tudung tak gosok sebabnya Susumu belum bagi lagi iron masa nih...hahahahha

kami bertiga!!!!


sambil2 mencari station keretapi di area rumah..
ahkak ambik2 la gambar persekitaran...
untuk dijadikan kenangan...
besar2 bangunan2 kawasan kami duduk ni..
malam2 kawasan kami ni takde la sunyi sangat...




maklumla..mula2 tu terkial2 cari mana train station ni...kata dekatkan?
alhamdulillah Allah permudahkan segalanya...
lupa nak bagitahu untuk ke Takushoku Universiti..
kami perlu naik train dan bertukar 1 line..
kemudian kami kena naik bas untuk sampai ke universiti tersebut...
adala dalam 1 jam lebih perjalanan menaiki train..




tak payah faham pun apa signboard belakang tu...kita rujuk je google maps habis cerita atau uols boleh download hyperdia kat hp memasing.. kami tak download pun!

busy all the time dekat mana2 station pun..
even dah lepas waktu japanese pergi kerja pun...
oh lupa nak bagitahu sekali lagi..
korang jangan risau sangat atau terkial2 nak naik train yang mana satu nih..
ikut je macam kami, guna google maps aje..
pergi dekat butang direction..
type aje location uols berada kat mana..
then nak pergi mana...


contoh route menggunakan google maps...opkos kami pilih by train..so ikut jela arahan kena naik train line mana dan lastly naik bas..dan berjalan kaki sikit je...dan paling best dia siap bagi harga keseluruhan perjalanan...
hari tu aku ada bagitahukan pasal kad pasmo...
macam kad touch & go fungsi dia..
kad ni kami guna utk semua jenis line di tokyo
bas pun boleh guna.. tak cukup top up aje dekat station2 train mana2 pun ada...minimum 1000yen

bagi chance posing2la ye...
kami pantang jumpa tempat adanya para-para sakura...melekat terus...hahahaha
ye..masa aku masukkan gambar ni dekat fb aku..
memang ramai yang komen bersih betul jepun!
tak dinafikan susah nak jumpa sampah sarap..
kagum dan patut dijadikan contohkan...



bas dia pun sama fungsi macam train..
berkomputer siap ada lokasi seterusnya..
so senang sangat kita nak rujuk..
dan paling kagum kalau kata pukul 10 bergerak..
takkan lewat atau awal seminit pun...
kerlassssssss kan?

sampaila kami di Takushoku University..
antara universiti tertua di Jepun okeh..
kat sini best je udara dia..sunyi dan agak pendalaman la kawasan dia..








kenangan wajib ada even ko tido je banyak...hahahaha


ok..fine masa ni mata aku macam dah tak boleh bukak okeh...aku tak berapa nak tumpu dah wakil dari Takushoku University tu cakap apa tau..
series aku dah tertido terlentok2 tinggal tak keluar ayaq liur je...hehehehe

bila nak dekat habis baru aku sedar..dasar!!!
dah la perut lapar sangat weyhhh...
adakan aku citer kami masak nasi awal2 pagi tapi tak bergerak2 pun nasi tu...rupa2nya 6 jam okeh br nasi tu masak...huwaaa...stress tau tak dapat makan nasi..perut aku ni jenis tak boleh plak tuh...aigoo!
so kami datang ke uni ni hanya berbekalkan air kosong dengan biskut2 tan je..makanla apa yg ada je kan...uhuk...

setel hal uni..jomla posing2..
sebenarnya gambar beribu2 lemon okeh banyaknya..rasa tammak plak aku nak tempek semua dalam ni..so aku tapis2 mana2 yang macam artis jela k..kahkah...






dengan caption malas nak tulis...hahahaha

so balik tu kami naik bas yang disediakan..
turun tempat tinggal AMG dekat Nakano..
singgah solat jamak kat tempat dorang 
baru kami balik ke guest house..
masa ni jenuh menapak cari train station dia..
haduhhh.. sakit betis peha semua tau!




apa yang ada dalam ingatan masa ni hanyala nasi..nasi dan nasi...huwaaa...!!!!



berakhirla day 1 #jejaktokyo2017

to be continued...

5 comments:

Falsya said... Reply Comment

bestnye kakkkkkk...mmg bersih sgt tmpt dieorg nieeeee..bile tgk gambar2 akak semua nie kan, falsya mcm dpt hidu udara kat sana yg bersih dan nyaman..rase mcm nak migrate je kat negara org..hehehe..mcm kat gold coast, jalan2 dieorg bersih sebab setiap malam dlm pukul 11-12pm akan ade lori bersihkan jalan..kat jepun pun gitu jugak ke kak?

urghhh!!..nie yg xsabau nak tunggu hujung tahun nie..doa2kan ade rezeki kami sekeluarga die jepang jugakk..

TeacherAzimah said... Reply Comment

rine..AMG tu apa?

eima said... Reply Comment

Mmg hebat klu ai la entah sampai ke tak ke U tu

LYAfrina said... Reply Comment

Syoknyaaa..mmg rezeki akak betul ..dpt ke oversea selalu..


Walaupun tudung x ber-iron..tp ok n comey je ha..

Aty Fared said... Reply Comment

6 jam nasik nak masak..?? pakai apa tu kak... series nak tau ni..