U Click Me...I Click U Back

Thursday, November 3, 2016

Bandung 2016 | Sedikit Tips

As salam...

selamat dah kembali ke Malaysia semalam..touched down pukul 6pm...flight delayed sebab hujan..patut dah take off pukul 2.05 tapi jadi pukul 3pm...

penat dan tak berapa sihat sebab kat sana asyik kena hujan je...so sekarang memang musim hujan dekat Bandung...so be careful to those yang planning nak bercuti ke sana..bawak baju tebal sikit sebab sejuknya boleh tahan...

nak share sikit2 je tips based on my experience yang dah kali ke3 ke sana..takdela teruja mana sangat tapi harap dapatla membantu korang sikit2 yang ada planning nak ke sana...yang bestnya bandung ialah syurga beli belah..kalau nak ke sana bukan setakat emosi dan jasmani je kena sihat...ongkosnya pastikan banyak ya ibuk2...hahahahaha

sedikit tips

  • cari tiket murah atau beli tiket awal..AA kan selalu buat promo free seat bagai..beli awal setahun sempatla simpan duit untuk shopping kan?macam aku hari tu dapat harga tiket Malindo Air RM268.34 pergi balik dengan free 30kg untuk luggage (memang included sekali harga), aku beli bulan May 2016, tak beli awal sebab pergi atas tiket conference but still cheaper atau korang boleh dapatkan tiket paling murah di traveloka.com sebab ia membandingkan semua jenis penerbangan dari harga murah ke paling mahal
  • kalau ada plan ke sana..tukar duit sikit2 bila currency tengah murah...jangan jadi macam aku..nak pergi lo lo tu jugak baru nak tukar...ngeeee..
  • jangan lupa bawa traveler adaptor, dapatkan dekat DIY belambak!
  • kalau nak gi bandung wajib bawak cash dalam bentuk rp lebih sikit..sebab dalam kata2 tak nak shopping tu sekejapan je habis berjuta2..kalau dekat pasar baru tu memang pinar2 mata tengok telekung dan kain sulam, tahan air liur jela kalau tak bawak cash banyak, macam aku tukar rm1100 (rp3,400 000), licin!
  • consider hotel yang terletak di bandar bandung...bagi aku lebih mudah nak bergerak sebab bandung sentiasa macet, nak pergi celah2 situ pun boleh makan masa berejam, tabah jela...
  • untuk ke tempat wisata (pelancongan), terbahagi kepada north dan south, kalau north (tangkuban perahu, farm house, floating market etc) and kalau south (kawah putih, glamping lake side, ladang stoberi etc), kalau uols nak pergi dua2 kena pergi hari yang berlainan, kalau 1st time sampai Bandung silala pergi dua2 tempat sebab sumpah best!
  • tempat shopping kain sulam dengan lace semua tu korang boleh google je memang ada banyak tempat yang jual murah2...tapi kat pasar baru pun murah jugak cuma macam serabut sikitla sebab banyak kedai, macam aku pergi 1 kedai memang jual kain sulam je kat jalan setiabudhi, harga pun bagi aku murahla, dan design baru2, gituhhh
  • tempat makan pun banyak, sedap2 (bagi akula) sebab fresh, sambal merah ke ijo ke semua sedap, tapi kena pandai cari tempatla, ada yang tempat je kemahen indah, tapi makanan tak berapa sangat, pfffttt
apa lagi ek??

kalau ada apa2 yang korang nak tanya boleh je email aku dekat alyatirah@gmail.com atau pun drop je soalan kat comment..

inshaAllah aku jawab ye..kot ada apa2 maklumat yang korang nak tau..


jangan pulak kata hakak ko tak payung??

tq for reading this


regards : chekguazrine


5 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said... Reply Comment

teringin nak pegi bandung lagi.. last pegi taon 2013 kot

Ibu Dilah said... Reply Comment

bestnya.. teringin nak gi jugak.. InsyaAllah.. satu hari nnt pegi la kan.. hihi.. thanks for the tIPS ye sis..

lieyalatif said... Reply Comment

bestnye rin...

rindu bandung...in sha Allah tahun depan dlm planning jugak...rindunye nak makan kat kampung daun...nak makan pak chi met...adoiii bab mkn jek laa lieya ni nombor 1 hahahaahah

admirenaa said... Reply Comment

bila nk smpi sini...nk usha tiket murah la

Juls Julie80 said... Reply Comment

salam sis...saya pun dah pernah g sana thn nov 2014..masa tu cuaca alhamdulillah ok.. mmg kene bajet lebih sket esp bab2 soping tu..x dpt menahan diri..hahahah