U Click Me...I Click U Back

Monday, September 26, 2016

[Kongsi Tips] Cara Aku Mengatasi Masalah 'Urinary Tract Infection' Atau Kencing Kotor

As salam...


setelah 4 hari menanggung derita akibat kencing kotor..sampaikan hari Jumaat lepas kena ambik MC sebab tak larat nak ulang alik tandas kalau pergi sekolah..plus dengan rasa tak selesa pulak lagi...

ok..back to tips...cara aku la aku share ni ye...sebab aku jenis manusia kalau sakit aku jadi patuh giler dengan benda2 yang tak sepatutnya ko buat bila ko sakit...gituuuhhhh...lols

1. Jumpa DR dan dapatkan ubat
tips ni penting sebab just to make sure that memang apa yang sedang ko alami is kencing kotor...based on pengalaman aku...aku pernah kena dulu2 kencing kotor tapi sakit sangat bila nak kencing...tapi kali ni takde langsung sakit masa nak kencing...cuma aku kencing tak lawas..kencing sikit2..tapi kerap..walawehhh...tak syiok okeh!masa ni DR akan selalunya akan periksa air kencing kita samada ada infection atau apa2la..dengan air kencing dan kertas pH yang DR ada tu dapat la tau result dia..macam aku DR cakap just ada infection dan DR bagi ubat antibiotik dan juga ubat serbuk bancuh dalam air untuk minum...aku minum habis dan selesaikan antibiotik aku tu selama 5 hari...

2. Jangan minum air manis atau berkafein
yang ni betul2 aku jaga..aku hanya minum air bali sahaja...dan air putih mesti kena minum banyak...supaya dapat mencuci balik pundi kencing kita..dan kembalikan kencing tak yang lawas tadi...air putih memang ko kena minum banyak sangat...ada yang kata air kelapa pun dapat membantu..aku tak cuba sebab air kelapa ni boleh memberi kesan kat atas ubat yang DR bagi rasanya..so aku just ambik air bali je...so neskepe tak minum langsung sepanjang kejadian..ngeee

3. Ambil supplement
yang ni aku terpaksa la cari  jugak kat farmasi dan riki2 sebab aku dah tak nak pisang berbuah banyak2 kali...lols...supp yang aku sedang makan sekarang...ialah


aku beli yang ini..dia ada extract buah cranberries..actually cranberry adalah sejenis buah yang bagus untuk membantu urinary system kita...macam aku memula staf kat farmasi tu suruh aku beli yang jus..


tapi aku rasa macam alahai..kompem2 takde masa aku nak layan2 ambik sudu minum bagai..nak bawak kesana kemari pun payah..so aku ambik yang dalam bentuk tablet..dah 4 hari dah aku makan..so far alhamdulillah...aku cuba amalkan supaya takde lagi berlaku dah penderitaan ini...ecewahhhh!!!!

kan omputih ada kata...

prevention is better than cure...tak gitu??




4 comments:

CikNaa said... Reply Comment

pernah rasa.. ya Allah seksanya lahai..

Julia Johari said... Reply Comment

Oh akak...semoga cepat sembuh ye...21 st century tu julia suka beli sebab murah julia beli vit C 1000mg satu tablet sehari...berbaloi...cranberry, baru tau ia satu buah yg bagus untuk sistem urine...noted

Kak Long said... Reply Comment

Tak selesa kan kene kencing kotor ni..

Ibu pun pernah kene, badmood je dia sepanjang hari..

aina amin said... Reply Comment

Once kena UTI, memang tak best. Kadang2 boleh buat sampai sakit kepala, sakit belakang..huhu. Pernah kena juga.