U Click Me...I Click U Back

Monday, August 8, 2016

Layan K-Drama ~ Uncontrollably Fond

As salam...


peminat2 K-drama...korang tengok tak drama ni...aku suka drama camni...main2 perasaan tapi dalam masa sama sedih...

aku rasa ramai je yang tengok drama ni...
ada jugak yang cakap drama ni slow...tp knowing k-drama yang genre cinta ni memang mostly slow..tapi tatap jugak peminat2 suka nak tengok...

tapi cerita ni bagi aku memang best dan sedih...sebabnya hero tu ada penyakit...aku baru layan sampai episod 8 rasanya...sebab aku camping tak sempat nak ketchup masa weekends...aku tak suka tengok 1-1 episod..sekali tengok 3 episod terus...baru feeling tak berdebar sikit sebab lepas habis 1 episod..dan tau ada lagi episod lain...hahahaha..macam psiko jekan?

Uncotrollably Fond ni kisah dia Joon-Young dengan No Eul ni memang dah kenal masa depa belajar sekolah menengah dan adala simpan perasaan memasing...pastu memasing berpisah sampaila memasing dah kerja..Joon-Young jadi penyanyi terkenal dan No Eul dia jadi prodesur untuk dokumentari la...dan derang jumpa masa No Eul ni nak buat dokumentari pasal Joon-Young..dari sinila mulanya kisah cinta 3-segi nih...

masa ni la bagi aku paling best sebab baru aku tahu rupa2nya No Eul (heroin) mengaku in love dengan Jitae (Hero ke2) through the phone...masa ni giler punya frust Joon-Young (Woo Bin) sebab dapat tahu minah yang dia gilerkan sangat nak dekat Jitae...

lepas tu si  Joon-Young merajuk tapi No Eul tak perasan sebab masa dia mengaku dalam phone tu dia tengah mabuk so dia tak sedar dia dah luahkan perasaan dekat Jitae dan Joon-Young pulak dengar...bengkek la member siap buang hp dalam laut...hahaha

korang kena tengok drama ni memang best...ada sikit2 romantik dan komedi..tapi aku layan tang sedih2 tu je...and aku suka sangat Bae Suzy dalam drama ni...comel dan cantik...hahahaha

aku layan dekat astro je channel 393 setiap khamis jumaat (9.15-10.15pm)

3 comments:

MiSz eMyRA said... Reply Comment

Rara tengah tengok Doctors & W-Two World. best dan tak boring. lagi-lagi W. rasa sekejap je tetibe dah bersambung..huhu~

Diana Rashid said... Reply Comment

tak tengok..sebab tajuk macam tak best..hahhaha..nanti tunggu ulangan la saya layan pulak..Suzy ni dulu tak cantik tapi sekarang cantik la..dia buat pembedahan plastik ke ye??hehhe

syawalsimpsons said... Reply Comment

akak patut tgk ep 10 ni...adoii....eul dah falling in love ngan joonyeung ni...tapi sedih ep ni kakak....hero dah start sakit teruk ni sampai minta tlg mak dia...eul pon dah ada prob, msk balai..kasi tgk kakak....citer ni terpaksa layan weekend je...sebab hari khamis jumaat, sebok layan W....