U Click Me...I Click U Back

Tuesday, July 12, 2016

Sentiasa Doakan Kesejahteraan Beliau

As salam...


masa bulan puasa hari tu memang banyak sangat dugaan menimpa orang terdekat kami...dengan kakcik yaya warded kerana denggi...pastu aish demam sampai keluar rashes..lama jugak dak Aish demam...huhu

syukur sangat Allah permudahkan urusan kami sekeluarga...dapat menyambut aidilfitri dengan tenang even secara sederhana...

masa ramadan hari tu jugak...
our beloved GB En. Alwan tetiba di masukkan ke wad di HKL..pada mulanya kami di khabarkan Tuan GB kena mild strok...sebab beliau tidak dapat bercakap dan tidak mengenali isteri beliau pada awal2 diagnos tu...

ramai yang datang melawat beliau di HKL..aku je tak sempat sebab masa tu dak Aish demam panas..hubs dok jaga kat rumah..balik sekolah dok tumpu kat dia jela kan?so nak tak nak kena tunggu beliau keluar hosp dulu then melawat beliau kat rumah...

so berpakat2 la kami selepas habis waktu sekolah keluar melawat di rumah beliau di Keramat...

masa melawat beliau dah boleh bercakap agak lancar dan masih menjalankan speech therapy sampai sekarang di HKL...dan he's recovering...dan dapat bercuti selama 3bulan...syukur alhamdulillah...

menurut DR yang merawat beliau...beliau didiagnos sebagai German Syndrome...korang boleh google about this for further info k...


selamat bercuti rehat En Alwan...dan semoga cepat sembuh dan dapat kembali menceriakan kami guru2 di SKTM 2...sesungguhnya kami sangat merindui 'bebelan' En Alwan...

Aaaminn....

5 comments:

Nad MamaZN said... Reply Comment

moga GB cepat2 beransur sehat... dpt cuti pjg, dpt la berehat sket dr urusan kerja..

syawalsimpsons said... Reply Comment

MOGA TUAN GB AKAK CEPAT SEMBUH AMIIINNN

Julia Johari said... Reply Comment

semoga beliau segera sembuh...

eima said... Reply Comment

semoga GB cepat sembuh dan dilindungi Allah swt

Falsya said... Reply Comment

semoga GB akak cepat sembuh...