U Click Me...I Click U Back

Friday, June 17, 2016

#KakcikYaya Warded HKL

As salam...



rasanya ramai je yang dah tau yang kakcik yaya positif denggi dan berada di wad paediatrik di HKL...

semalam warded at 6am selepas hampir 5 jam 'melepak' dekat zon hijau HKL...

actually kakcik Yaya dah demam banyak kali dah since bulan May lagi...2x ambik darah tapi takde apa2 tanda denggi pun...

then Isnin (1st day buka sekolah) dia mula demam balik dan abah dia bawakla gi klinik kesihatan tapi DR cakap cukup 3 hari demam baru ambik darah...so her fever patern was on and off...tapi demam tak kira masa..muntah2 hanya hari Isnin sahaja...pastu selasa-rabu dah tak de vomit ke apa..makan still on off jugak..lalu tak lalu...kesian sangat...

then malam Rabu tu tengok macam tak sihat balik...terusla ke HKL..sampai kul 11.30 camtu terus ke emergency dan dorang tolak ke zon hijau sebab mungkin dia nampak kakcik tak teruk sangat..masa tu DR ambik temp dia takde demam tau...

lepas masuk jumpa DR...DR decided wat blood test la sebab dah 3 hari demam kan?

then dalam pukul 1pg sementara menunggu ujian darah yaya dah muntah lendir hijau dan badan dah start panas..aku terus jumpa dengan staff medical yang ambik darah yaya tu untuk cek temperature untuk boleh bagi pcm...masa tu aku rasa macam dah agak bengang la sebab result darah lambatkan...aku dah risau sebab yaya dah lembik giler masa tuh...

alhamdulillah staff kat zon hijau semua bagi kerjasama yang baik cumanya kalau pergi sini tengah2 malam camni memang result darah dapat lambat la sebab bukan waktu off hour..as selalunya aku pergi 10 minit dah dapat result tau...tu sebab aku suka pergi HKL...


so mulai semalam berkampungla aku kat sini...dan so far belum boleh update lagi platlet kakcik yaya drop banyak mana sebab darah last ambik semalam kul 6pm..so hari ni baru boleh tau...tapi progress yaya positif la so far...dia boleh pergi kencing sendiri..siap kencing dalam bekas untuk sukat jumlah air kencing yang keluar..terror dah kakcik yaya..aku siap2 ajar macam mana nak baca senggat tuh...hehehehe

korang doakan Nur Amirah Hj Abdullah ni cepat sihat ye...dan diberikan kesembuhan sepenuhnya..syafakillah!!!

8 comments:

Falsya said... Reply Comment

get well soon kakcik..speedy recovery aight!..

Ibu Lala said... Reply Comment

Allahuakbar. Kesiannya kak yaya. Umo berapa tu. Mudah mudahan cepat sembuh. Try bagi minum pink guava peel fresh tu ye.

Mommy Cici said... Reply Comment

semoga cepat sembuh ye

Ibu Lala said... Reply Comment

Kat hkl ada jual jus daun betik jugak. Antara lalu nak telan dgn tak je

Yana MIB said... Reply Comment

speedy recovery kakchik! mama kena buatkan sup ketam lah nk kasi cpt baik demam tu...heee

sweet tooth said... Reply Comment

syafahallah...

Julia Johari said... Reply Comment

SubhanAllah ujian bulan ramadan...cepat sembuh kak yaya...risau rasa

ibuayu said... Reply Comment

moga yaya cepatsembuh