U Click Me...I Click U Back

Monday, April 18, 2016

Spagethi Oglio Olio | Versi Tak Cukup Bahan

As salam...


hari ni meh kita ajet2 chef bertauliah...
sebab tak cukup bahan pun kita masih boleh masak dengan sedap dan licin sehingga anak2 menjilat2 pinggan memasing...hahahaha

tak payah ada chilli flake segala bagai pun..
ko pakai je cili kering potong je serong2..


Bahan-bahan

  • spageti sebungkus (bergantung pada berapa ramai nak makan dan rebus dulu )
  • bawang putih 6 ulas (tumbuk)
  • bawang holland potong dadu (sebiji cukup)
  • 1 sudu lada hitam (kalau ada black pepper course tu lagi senang)
  • 5-6 batang cili kering potong serong2
  • minyak olive untuk menumis (pakai minyak biasa pun takde hal)
  • udang/isi ayam/daging/sotong./sosej dbsnya (terpulang)
  • sayuran (kalau suka) 
  • garam secukupnya
Cara Membuatnya
  1. panaskan minyak dan tumis bawang putih dan lada hitam (ditumbuk sekali) dan masukkan bawang holland
  2. masukkan lauk2/ seafood yang anda suka dan lepas tu masukkan sayuran (kalau ada)
  3. masukkan sekali cili kering yang dipotong serong (kalau pakai chili flake masuk last sekali)
  4. masukkan sedikit garam
  5. masukkan spageti yang telah direbus dan gaul rata dan bolehla korang nak taburkan cili flake, black pepper course (sekiranya ada)
macam aku tak letak sayur sebab takde stok kat rumah...tapi tula like i said..korang masak untuk anak2 ni kang sayur dia kuis2 je...tapi kalau letak carrot atau brokoli tu pandai je derang makan....

ala..tak payah nak ikut resepi sangat...
masak je ikut apa yang ada kat peti ais...
pepandai la nk hidupkan???
kehkeh 

series tak cukup aku masak hari tu
sambutan luar biasa plak...hahahaha

7 comments:

Diana Rashid said... Reply Comment

chili flake buat sendiir je kak..blender je bagi hancur sikit , masuk botol..hehehe

safurara said... Reply Comment

HAHAHAHA sy pon, kalau malas. ni lah sy masak, tak payah beriye nak buh mcm2, apa dlm peti je. haha

Suria Lekatlekit said... Reply Comment

Saya pun suka masak spaghatti Aglio Olio ni ni suka je apa yang ada. Jarang nak masak spaghetti ikut resepi asal.. semua mesti resepi derhaka

zulhilmitempoyak said... Reply Comment

mohon hantor ke sini sket..

Falsya said... Reply Comment

menu paling senang nak masak kan kak..hehehe..falsya minggu nie duk ulang aglio olio je kak...sebab itu je yg si semek tuh nak makan..falsya punye kosong je sebab nak bg qisya makan..dh letak dlm pinggan die, selebihnye falsya letak chili flakes je..itupun dh sodap..;)

CikLily Putih said... Reply Comment

memang betul tuh, resipi campak2 namanye kan

LYAfrina said... Reply Comment

tp still nmpk sedappp