U Click Me...I Click U Back

Monday, January 4, 2016

Tips Memakai Jaket

As salam...

hari ni aku nap share dengan uols semua tentang tips memakai jacket...


Jacket merupakan sejenis outerwear yang gemar dipakai oleh hampir semua individu baik lelaki mahupun wanita. Dan seperti yang kita semua ketahui, jacket terbahagi kepada beberapa jenis dan rekaan terutama sekali koleksi jacket wanita. Suatu ketika dahulu, ketika jacket baru sahaja diperkenalkan, ia berfungsi sebagai pakaian yang memberikan kehangatan kepada si pemakai ketika cuaca sejuk. Namun kini jacket dipakai sebagai pelengkap gaya atau item fesyen yang menyerlahkan lagi penampilan setiap individu. Jenis-jenis jacket yang boleh anda temui di pasaran adalah seperti jacket kulit, jacket denim, bomber jacket, varsity jacket dan banyak lagi. Untuk anda yang ingin cuba bergaya dengan pemakaian jacket, jom kita lihat beberapa tips gaya pemakaian jacket bagi wanita;



Gayakan bomber jacket seperti berikut untuk digayakan dengan padanan pakaian kasual anda. Tampak santai dan bersahaja dengan kombinasi jeans dan t-shirt seperti berikut.



Atau, untuk gaya smart casual, anda boleh menggayakan padanan jeans dan blouse anda bersama jenis jacket yang less casual seperti gambar berikut.



Untuk gaya yang ranggi dan lebih daring pula, sekali sekala tampil bergaya dengan pemakaian leather jacket seperti berikut. Jangan lupa untuk menyerlahkan lagi gaya anda dengan pemakaian ankle boots!






Dan untuk kelihatan lebih ‘neat’ dan elegan, anda boleh tampil bergaya dengan pemakaian blazer sebagai outerwear anda. Terdapat banyak rekaan blazer yang boleh anda temui dipasaran untuk disesuaikan dengan gaya pemakaian yang anda gemari!

8 comments:

cik hani said... Reply Comment

kita pakai jaket nipis time malam je kalau pakai lengan pendek, so tutupkan dengan jaket nipis..

lieyalatif said... Reply Comment

lieya antar aorg yg suke bejaket rin.... kalo lee cuace kat malaysia ni sejuk2 mcm overse alangkah best.... leh buat collection jaket plak heheheeheheh

Hamelia Hamid said... Reply Comment

tengah cari jacket jugak ni sis..btw thanks ya

Julia Johari said... Reply Comment

Suka jaket yg nipis dan tak panas...nak try pakai tp rasa malu hahahhaha

Falsya said... Reply Comment

Tetibe terasa mcm nak migrate gie obese pulak dh sebab nak wat collection jaket..kalau x malaysia yg panas berdeting nie mmg kene org pandang pelik kalau pakai jaket tgh2 panas terik..hehehe..

LydSunshine said... Reply Comment

Tak dpt nak pakai jacket la dgn badan chubby macam ni sbb payah nak cari saiz. Kalau ada pun long cardigan je, tapi tu kira masuk dlm kategori jacket ke tak? Hehe.

Diana Rashid said... Reply Comment

Nak cari la satu..saya ni tak suka panas sebab tu tak terfikir nak ada jaket.

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

actually i suka pakai jaket dengan jeans.. nampak more santai.. tak terlalu over sangat kalau berfashion.. :)