U Click Me...I Click U Back

Monday, January 11, 2016

Resepi #AyamSambalBali

As salam...
syiok kan kalau dok buat resepi hok dok viral kat laman sosial...
pastu kita pun terai buat...
pastu menjadi pulak...
yeahhhh!!!
terus lompat bintang....
#mengada
meh aku tunjuk step by step camne aku buat #ayamsambalbali nih k...
takde la details sangat...
yang mana sempat aku snap ajela ye...
firstly bahan-bahan untuk memasak mesti ada okeh...
aku takde ikut sangat sukatan resepi original...
aku ikut suka hati aku sajok...
krik..krik...
  1.  ayam setengah ekor (garam kunyit siap)
  2. bawang besar  - 5 bijik
  3. bawang putih - 8 ulas
  4.  2 inci halia
  5.  15 -20 tangkai cili kering
  6.  5 batang serai
  7.  daun kari (ikut suka banyak mana hampa nak)
  8. minyak 
  9. gula dan garam 
  10. sedikit kicap
* sila blend semua bahan2 yang berwarna merah
cara membuatnya pulak??

 1. mula2 panaskan minyak bekas goreng ayam tadi dan tumis daun kari dan serai hingga naik bau
 2. masukkan bahan2 yang telah diblend...dan tumis sampai pecah minyak...kira2 lebih kurang 12 mins jugak...jangan lupa masukkan gula dan garam secukup rasa
 3. inila rupa dah pecah minyak
 4. then masukkan kicap..ikutla banyak mana yang korang punya selera...aku pun boh main agak2 je...
 5. lastly...boh ayam dan gaulkan...kalau rasa nak letak bawang holland lagi sedap...gaul lebih kurang 5 - 10mins ( (terpulang kat korang nak kering atau basah) dan tutup api angkat...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 v
v
v
siap...jemput jamu mata ek...
ehehehhee
SELAMAT MENCUBA!!!

11 comments:

ayunidati said... Reply Comment

nampak sedap dan bole cuba kat rumah ni esok... tq

Yana Libra said... Reply Comment

nmpk mcm msk merah je..huhu :)

eima said... Reply Comment

menarik .... mcm masak merah ayam tp letak kicap ngan daun kari je kan ... boleh try

cik hani said... Reply Comment

malam ni baru nak try.semalam dah plan nak masak menu ni hari ni lepas balik kerja.
hehehe..
katanya viral sebab sedap, so nak try nanti.. tak sabarrrr..mesti sedap ni

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

nama sambal pun dah seram.. ingat susah nau nak buat.. ok nanti boleh try lah :)

nadiah hanum said... Reply Comment

viral sungguh resepi ni yer..nampak cam sodappp..ramai yang dah try, iols jer yg tak sampai seru lagi nak mencuba.

mummy_ayu said... Reply Comment

FEMES TUL AYAM BALI NI SEKARANG...NAK TRY GAK..TQ FOR SHARE RESEPI.. :-)

LM said... Reply Comment

Tq rine sudi share. Ooo baru tau apa tu ayam masak balik. Cam ayam kicap bercili yg LM selalu buat tu rupanya tp tambah serai dan daun kari. Nnt nk cuba

Julia Johari said... Reply Comment

Kalau tgk bahan tu, biasa julia masak cara simple mcm tu sis...cuma nama resepi tu yg berbeza...hmmm sedap kan makan nasi panas2

Shakina Farhan said... Reply Comment

memang best resepi ni..dah buat 3x..:)

Falsya said... Reply Comment

Aduhaiii kak..perut lapar nieeee..