U Click Me...I Click U Back

Friday, December 11, 2015

Rani Mukherjee Selamat Bersalin Anak Perempuan



Aktres Bollywood, Rani Mukerji selamat melahirkan bayi perempuan yand diberi nama Adira di Hospital Breach Candy, Mumbai semalam.

Berita gembira tersebut disahkan sendiri oleh suaminya, Aditya Chopra menerusi akaun Twitter miliknya.

Adira yang merupakan gabungan nama gabungan Adiyta dan Rani disahkan berada dalam keadaan sihat oleh pihak hospital.

“Ianya Bayi Perempuan!,” tulis Aditya ringkas.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Rani Mukerji, aktres berusia 37 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakannya.

“Hari ini tuhan telah mengurniakan ciptaan tuhan paling hebat buat kami. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan dan peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi. Dengan rasa gembira kami memulakan bab dalam kehidupan kami,” jelas Rani Mukerji.

Selain itu, media sosial turut di banjiri dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan artis mahupun para peminat yang menyambut gembira berita Rani yang kini sudah bergelar seorang ibu.

Rani dan Aditya Chopra berkahwin dalam sebuah majlis tertutup di Itali pada bulan April 2014.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Indian Express, Bollywood Life, IB Times

4 comments:

syawalsimpsons said... Reply Comment

dah bersalin ye dia

mrs kayrul said... Reply Comment

Pelakon peberet nie..mesti comel anak diakan

eima said... Reply Comment

kata nk beranak kat luar negara tak jd ke ... hehehehe

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

sure anak dia comel macam dia gak...