U Click Me...I Click U Back

Wednesday, December 23, 2015

Best Sangat Ke Dilwale? | Review Filem Hindi Dilwale

As salam...
Ecewah...nak buat review bagai..
Tapi aku rasa ada beberapa sebab korang WAJIB tonton filem nih...
Sebab utamanya ialah SRK dan Kajol
Sebab kedua is SRK dan Kajol
Sebab ketiga is SRK dan Kajol..
Ngeheeee...

Aku rasa derang la kekuatan cerita nih...
Takde dorang Dilwale takde la havoc kot..

Actually lama dah nak booking tiket..
Since filem ni baru keluar..
Tapi yang ada on 18th tu kat One Utama je..
Pastu bila dah ada kat TGV tempat lain..
Aku kena tengok schedule hubs aku pulak..
Kot dia ada job belah malam..
Hadoiii...nak date dengan suami sendiri pun susah okeyhh..

Plan punya plan maka aku booked on Selasa malam kul 9.15pm kat KLCC
Which is malam semalam la..
Tu yang paling dekat dengan kami
Siap2 pesan dengan hubs jangan balik lambat sebab by 8pm dah nak kena keluar dari rumah..



Okeyhh..abaikan kisah aku..
Meh nak cerita best ke tak filem dilwale nih..
Kalau korang suka cerita yang sedih tapi campur dengan unsur2 jenaka..
Korang memang wajib tonton filem nih..

Bagi aku cerita dia BEST GILES...
Giles pun tak best macam nih..hahahaha
Aku gelak je manjang...
Part sedih pun sempat lagi diselitkan dengan lawak...
Yang lain2 dalam wayang tu pun gelak kuat memasing...kehkeh
Semalam penuh jugak wayang..
Ramai peminat SRK ngn Kajol rupanya..

Tapi BARE in your mind..
This is not the sequal of DDLJ..
Please kalau korang letak harapan tinggi macam korang tonton DDLJ..
Lupakan hasrat nak tonton Dilwale
Don't u ever espek SRK jadi Raj okeh..
Kali ni SRK jadi mafia nama Kaali...
Mafia pun jiwang jugak...
Tak boleh nak citer lelebih..
Nanti potong mood kalau korang nak tengok jugak...



Aku rasa nak nangis tengok body Kajol dalam cerita nih..
Makin tua makin slim...
Makin tua makin putih kot..
Series Kajol makin lawa...
Umur dan 41 kot...nangis tepi bucu katil tengok body dia...
Oh..lupa..watak kajol dalam cerita ni pun anak mafia...nama Meera...
Camne dorang fall in love..
Korang mesti tonton sendiri k...

Kalau korang nak tau..
Red Chillies Entertainment ni sebuah syarikat penerbitan SRK dengan Gauri Khan
So filem ni memang filem SRK..
Pengarah dia Rohit Shetty..
Kalau sesapa pernah tengok Chennai Express..
Memang tahula cara dan gaya pengarah ni masukkan unsur jenaka even dalam keadaan bertarung nyawa..
Eh..pendek kata memang korang takkan kering gusi punya..

Selepas DDLJ (20 tahun)
Pastu Kajol berlakon dengan SRK dalam My Name is Khan..
SRK banyak kali pujuk Kajol untuk buat come back...
Tapi Kajol macam tak setuju sebab nak kena tinggal anak2 dia untuk shooting 100 hari..
Tapi SRK berjaya kot pujuk Kajol sebabnya kata SRK Dilwale takkan diteruskan kalau Kajol tak setuju untuk berlakon...
Seolah2 skrip Dilwale memang dibuat khas untuk mereka berdua seiring dengan fasa umur SRK dan Kajol...


Selain SRK dan Kajol..
Filem ini turut diserikan dengan bintang hindi baru iaitu Varun Dhawan dan Kriti Sanon...
Bagi aku watak Varun memang kelakar habis...
Dan takdela tenggelam sangat pun...
Yelar bukan senang kot ko nak nampak menyerlah dengan bintang hebat seperti SRK dan Kajol....

Pendek kata filem ni bestla untuk ditonton..
Tapi lain orang mungkin lain persepsi dia kan...
And as i told u before..
Jangan mengharap cerita ni macam DDLJ...
Jiwang2...nyanyi golek2...hehehehe
Bersesuaian la dengan tema cinta2 sekarangkan?
Nyanyi pun dah takde golek2 sangat...hehehe

Bak kata SRK...
DILWALE harus ditonton kerana ianya merupakan keraian cinta..
Bagaimana cinta boleh memaafkan hati yang berdendam..
Dan boleh melenyapkan segala permusuhan...

Mana nak tahu ini merupakan penampilan terakhir SRK dan Kajol berganding bersama dalam filem...
Dan inila masanya peminat mereka nak menyaksikan penyatuan mereka berdua..kan?

Selamat menonton!!!

13 comments:

mama tisya said... Reply Comment

shah rukh khan ngan kajol mmg hero & heroin fav...dh 41 ek umur kajol

cik hani said... Reply Comment

serius..memang dia nampak makin cantek..

anez zamri said... Reply Comment

baca review akak lagi tak sabar nak tgk..huaaaa bila nak g tgk nih

Dewi Aja said... Reply Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

nolida said... Reply Comment

Oh, ini melampau. Kenapa Kajol cantik sekarang? Huhuhu

syawalsimpsons said... Reply Comment

NAK g TGK JUGAK NI....MMM...TP AJAK EN ASBEEN..MMG TAK LA DIA..MMG KENA AJAK GENG GOSIP NI..LANTAK DEME LA TGK BANYAK KALI PON..HAHAHHAHAH

mummy_ayu said... Reply Comment

best ek? ala...tak sabar nak gie tgk.. emmmmmm bila la nak gie nie...

Diana Rashid said... Reply Comment

memang ramai peminat diaorang ni..cakap je filem apa, kalau ada shshrukh khan dan kajol memang pecah panggung la jawab nya..

mrs kayrul said... Reply Comment

Baca review kak rin terus rasa nak g tengok 2 kali...cepat la kpuqr kat astro first...nak tengok puas...tengok kat wayang x puas

sheda ucu said... Reply Comment

kite nak tengok jumaat nih tak sabar kite follow awak

seraa rose said... Reply Comment

ramai yg ckp best.. tringin jgk nk tngk..tp apakan daya kelantan xde wayang.. ya kajol makin tua makin lawa, SRK pun makin hensem.. Cair..hihi

LydSunshine said... Reply Comment

Semua org ckp fiem ni best. Sampaikan kawan saya yg jenis tak layan nustan pun kata best. Dah cemana. Tak sabar nak tunggu keluar Astro Best/Astro Best. Heheh. Nak gi tengok wayang rasanya quota tgk wayang tahunan dah habis. Apapun, Kajol memang cantik sgt. Muka mcm takde perubahan mana pun drpd dulu. CUba letak muka aku 10 tahun dulu dgn wajah sekarang.

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

keseluruhan kata cerita ni best.. tapi ai is tak minat hindustan.. so dengar dari mulut kengkawan bercerita je hihi