U Click Me...I Click U Back

Wednesday, May 13, 2015

Dia....Isteri LUAR BIASA

As salam...

aku sebenarnya dah tak sabar nak tunggu drama hati perempuan tu habis..
cerita dia buat aku menyampah tengok watak yuhanis kepala batu tuh...
hadoiii...hahahhaahaha
tak silap aku esok last episode kan??


next week drama adaptasi dari novel pulak muncul
"Dia...Isteri Luar Biasa"
start 18hb Mei 2015..
tak sabar nak tengok fatiah berlakon..
tapi 1 je slack..
rambut merah menyala dia yang aku tak berkenan sangat..
lagi lawa dan manis kalau dia berambut hitam...
uhukkkk...

sekarang ni memang dah trend drama adaptasi dari novel..
rasa macam nak pergi beli buku cerita ni and baca dulu camne cerita dia..
huwaaaa...huwaaaaa...

Mulai isnin depan di slot akasia TV3 (7.00-8.00 malam)
setiap isnin hingga khamis...

Tak dapat tengok ontime pun dah takpe..
Boleh rakam tengok waktu free..gituhhh!!!


SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

7 comments:

eima said... Reply Comment

AKU MMG MENYAMPAH BETUI DAH NGAN DRAMA hati perempuan tu ...adui .... tah pe2 ... mmg tak tgk ...smlm tgu azan kat tv3 buka la kejap .... dok bergado plak dah ...dh la pagi tadi depa ber2 menyanyi plak kat hotfm ... cehhhh
memalukan diri sendrik je .... emo plak ... menyampah punya pasal

mama tisya said... Reply Comment

Tu la xsbr tgu citer br ni.. Xbest cite hati perempuan yg kayu tu..meroyan je

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said... Reply Comment

kite dah baca novel die taon lepas.. memang besttttt.

drama tak tau lah camne. tapi pelakon die semua mak sukaaa hehehe

Allene typicalmommy said... Reply Comment

rambut merah menyala memang ikut watak dalam novel kak...

lia ummiirfan said... Reply Comment

wahhh! ini drama sungguh! kena tengok ni.. hihi

ameris said... Reply Comment

wahh suspen sungguh ni

Diana Rashid said... Reply Comment

fatiah ni ke yang lakon kan watak isteri tu?