U Click Me...I Click U Back

Tuesday, February 10, 2015

Cara Memohon Guru Ganti Di Negeri Selangor

As salam..

ada beberapa kekawan yang tanya prosedur nak memohon guru ganti..
sebab dulu sesiapa nak memohon menjadi guru ganti hanya perlu 'walk in' ke sekolah..
dan tinggalkan resume dan sijil2 berkenaan..

tapi mulai tahun lepas (kalau tak salah)
pihak JPN Selangor telah memperkenalkan kaedah permohonan secara atas talian dengan mendaftar di
Sistem Pengurusan Guru Ganti Selangor

sebelum mendaftar...
pastikan dulu syarat2 pengambilan guru ganti di bawah..


prosedur pengambilan guru ganti di Selangor

syarat-syarat pengambilan guru ganti di Selangor

so untuk sesiapa yang berminat nak mohon guru ganti di Selangor..

ikuti langkah-langkah di bawah ;

1) Log in - http://esggs.juict.net/
(Pastikan anda hanya menggunakan Google Chrome/Mozilla/Safari sahaja. Internet Explorer tidak boleh digunakan bagi melayari sistem ini.)

paparan website 

2) Daftarkan id pengguna : MASUKKAN NAMA PENUH, NO KP & ALAMAT EMAIL.

3) Log masuk menggunakan: ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan Kata Laluan : No Kad Pengenalan

4) Pilih : Pemohon dan tekan butang MASUK.

5) Isikan borang permohonan. Pastikan gambar berbentuk jpeg (.jpg) ada di komputer untuk dimuatnaik.

6) Hubungi Pegawai Guru Ganti PPD berkaitan (boleh rujuk panduan telefon “HUBUNGI KAMI” di sistem e-SPGGS) untuk penetapan tarikh sesi temuduga.


untuk rujukan kadar upah dan had umur boleh rujuk di bawah...


untuk merujuk garis panduan guru ganti di selangor


SELAMAT MEMOHON!!!

19 comments:

eima said... Reply Comment

ade ke org dh dpt degree pd umur 18 thn hehehehe .... genius ye la kot ... hehehe suka hati je tanya soklan tak de kaitan .....

Ida Puanstoberi said... Reply Comment

rate gaji tu mcm rate Pekerja Sambilan Harian .. kat sini kami byk jugak PSH. Tapi, kami takde la had umur. Hihi.

Tingat dulu masa jadi GSTT setahun. Kenangan la jd cikgu..

LydSunshine said... Reply Comment

Maju! Dah kena apply guna sistem. Dulu masa saya mintak jadi guru ganti, mintak melalui sekolah je, tanya guru besar. hehe.

lieyalatif said... Reply Comment

ya Allah baiknye rin...siap buat entry khas yg lengkap lagi terang..senang sape2 nak rujuk.... mesti ramai yg dpt manfaat dgn entry rin nieh.....

hope ramai kat luar sana yg dpt manfaat dari entry rin nie....

Falsya said... Reply Comment

hehe..falsya nie xtau boleh ke idok jadik cikgu..n kalau jadik cikgu mesti garang mcm singa..ahhaha

Diana Rashid said... Reply Comment

Lebih mudah kalau maca ni...

Suria Lekatlekitgurl said... Reply Comment

jadi cikgu tadika pun tak layak apatah lagi cikgu sekolah menengah.. kang kena skolah dengan anak murid. jadi cikgu pada anak sendiri boleh la.. kekekeke

♥TheOnlyFarah♥ said... Reply Comment

kaedah ini lebih memudahkan..sekarang nie semua benda just online jer kan akak..=D

LYAfrina said... Reply Comment

sekarang,, smua d hujung jari

Putri said... Reply Comment

Mudahnya...saya 2x jd guru ganti.kena mntk melalui guru besar/pengetua.best mengajar sek rendah..tp bl kena ajr sek menengah...adoiiiii la...x tahan

afina rahmat said... Reply Comment

Memang ada yang ada diploma umur 18 -_-

Adib Izzat said... Reply Comment

Knape tak boleh nk buka link tu http://esggs.juict.net/

Dosti Notty said... Reply Comment

Xdapat buka pun link website..then col PPD..admin bagitau kene ambil borang d PPD.

anisah ahmad said... Reply Comment

kak...sy nk tye...gaji ppd byr ikut time x? ad yg ckp gj 3 bln skli bru dpt

Penyelia Pentadbiran said... Reply Comment


Jawatan Kosong Sambilan - Cikgu Tuisyen SPM / PT3 / UPSR (RM3200)



1HomeTuisyen menawarkan Jawatan Kosong Sambilan atau Part Time sebagai Guru Home Tuisyen untuk mengajar subjek-subjek UPSR / PT3 / SPM / STPM / A Level di sekitar -

1. Kelantan - Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,...
2. Selangor - Puchong, S.Alam, Gombak, Sepang,...
3. Terenganu - Besut, Dungun, Kemaman, Marang,,...
4. N.Sembilan - Nilai,Tampin, Seremban, Tampin,...
5. Penang - Bayan Lepas, Butterworth,...
6. Pahang - Kuantan, Raub, Rompin, Temerloh,...
7. Sarawak - Kuching, Sibu,Bintulu, Miri,...
8. Perak - Taiping,Ipoh,Kerian, Kampar,...
9. Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
10. Kedah - Baling, Kodiang, Sintok, Yan,...
11. Johor - Segamat, Muar, Mersing, Kluang,...
12. Perlis - Kangar,Arau,Padang Besar,...
13. Sabah - Kudat, Sandakan, Tawau,...

Cara memohon: Isi borang permohonan di >> http://1hometuisyen.blogspot.com/p/kadar-bayaran-tuisyen-di-rumah.html


*****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !

Norfarah Edayu said... Reply Comment

@anisah ahmad saya tolong jawab.. hehe... gaji dibayar selepas abes perkhidmatan.. pembayaran gaji smua ikut kerani...kalau kerani cekap buat kerja... seminggu tamat perkhidmatan da dpt gaji.. dlu kerja pon seminggu pas abes perkhidmatan dapat gaji. then tgok gak PPD.. kekadang ade PPD yang xde peruntukan. tu yg gaji lambat gak dpt.

Normal Azrina said... Reply Comment

kak. kenapa website yg akak bagi dah xboleh buka?

Normal Azrina said... Reply Comment

kak kenapa link website tu da xboleh buka? ada cara lain ke nak apply?

niena.neynot said... Reply Comment

link yang diberi tak dapat nak access, ada cara lain untuk apply ?