U Click Me...I Click U Back

Thursday, January 1, 2015

Entry Pertama Tahun 2015

As salam..
Nak jugak abadikan entry pertama aku kat dalam blog kesayangan..

Fuhh..
Alhamdulillah dah selamat kita sampai ke tahun 2015..
Azam takde la banyak sangat..
Azam paling besar biarla aku simpan dalam hati jela..
Tak boleh nk share semua benda dengan semua orang..
Kita tak tahu kot orang salah faham ke..
Meluat ke..
Rambut manusia ni sama je hitam..
Biar Allah je yang tahu apa yang aku nak kecapi dalam hidup aku..

Bagi aku benda yang buat kita kelihatan seakan nk menunjuk2 biarla kita simpan sendiri je..
Memang bukan akula semua benda yang kita ada kita nak tunjuk kat orang..
Aku nak jadi seperti resmi padi..
Kalau boleh nak jadi lebih humble..
Tu bukan azam ye..
Tu memang Allah suruh pun kan?

Azam yang aku boleh share kat sini is..
Aku nak lebih saving dari tahun sudah..
Trying to be orang yang berjimat cermat..
Kurangkan dengan keterujaan sopingan..
Kurangkan beli barang online..
Beli yang perlu sahaja..
Gitewww...

Kalau ikutkan akhir2 tahun ni aku dah kurang beli benda yang tak perlu..
Kalau aku rasa nak sopink pun aku cari yang murah2 je..
Takpe orang cop cheapskate pun kan?
Duit aku..aku punya sukala kan?
Sebab bila kita susah kita yang tanggung sendiri..kan?

Priority aku sekarang nak bagi anak2 aku selesa..
Nak bagi anak2 aku keselesaan belajar..
Dan aku nak anak2 aku semua berjaya dalam pelajaran dorang..
Sapa taknak anak2 derang masuk sekolah bagus2kan?
Tu salah satu impian aku tuh..
Nak sangat anak2 aku dapat masuk boarding school yang bagus2..

Semoga dipermudahkan urusan kami..

4 comments:

eamy milea said... Reply Comment

keterujaan sopingan.. hehe gelak sorg2 sy kak. lebih kurang je azam kita...insyaallah semoga 2015 kita akan dapat laksanakannya.

ameris said... Reply Comment

sama la kita rin. nak berjimat. lebihkan saving.kurangkan shopping online.

♥ Mrs. Secretary ♥ said... Reply Comment

Semoga dipermudahkan yer akak.. =D

LydSunshine said... Reply Comment

InsyaAllah dipermudahkan. Azam yg besar tu apa? Nak menunaikan haji kan? Kan? Ececeh... sesuka hati je saya teka.