U Click Me...I Click U Back

Saturday, January 17, 2015

9 - Nine Times Time Travel


As salam...
nak review pasal K-Drama-tajuk Nine Times Time Travel..
cerita ni so far bagi aku cerita korea paling sedap pernah aku tengok...
lain dari yang lain..
bukan macam cerita korea yang biasa2 kita tengok tuh..
bila ko tengok 1 episode..konfem tak sabar  nak tengok the next episode..

Lee Jin Wook (Park Soo Woo)
inila hero drama nih..
aku suka tengok muka dia..cool aje..
handsome jugak...kikiki
dalam cerita ni dia jadi anchorman (penyampai berita)

Joo Yoon Hee (Jo Min Young)
 heroin...muka tuh tak boleh comel lagi ke??

cerita dia bermula dengan polis memanggil Jun Woo untuk mengecam mayat abang dia yang dijumpai mati dekat sungai di Nepal...
pastu adala barang2 peninggalan abang dia yang salah satunya colok yang merupakan mesin merentas masa..
masa dia jumpa tu 1 je colok..
ada lagi 8 colok yang belum jumpa..
so misi pertama dia ialah mencari 8 lagi colok tetapi dia kena kembali balik ke tahun 2011

lepas dia dapat 8 lagi colok tuh..
bermulala 9 times travel dia ke tahun 1997
setiap 1 colok tu dia boleh travel back ke tahun yang dia nak..
tapi cerita ni banyak berlatarkan zaman dia berumur belasan tahun pada tahun 1997
zaman ni jugakla bapaknya ditemui mati terbakar...
so actually dia nak tau sangat sapa yang bunuh bapak dia...
dengan bantuan colok yang dia ada tuh dia dapat tau sapa yang bunuh bapak dia...

masa dia jumpa colok time travel

Lee Seong Jun (Dr. Han)
ini kawan baik hero...Dr Han..
dia ni kelako giler..
muka asik cuak aje..
pastu manjang nangis sebab dia kawan baik hero..
hero pulak ada penyakit yang 6 bulan je lagi boleh hidup..
ko bayangka derang ni kawan dari kecikkan??
so memang rapatla dengan hero...
aku suka watak Dr.Han dalam cerita nih..
sangat2 membantu..


hero Sun Woo jumpa dengan diri dia sendiri pada tahun 1997

setiap kali dia travel ke tahun 1997..
setiap kali tu jugak ada je benda yang akan berubah
sebab kalau ikutkan dia dah ubah masa lalu kan?
jadi masa depan pun akan dipengaruhi...
dan tetiba tak memasal heroin jadi anak sedara dia ko tahuk!!

tu sebab memang kena tengok cerita ni bagi yang minat giler dengan Kdrama...

aku masa sewa dvd nih..
aku dah takut cerita ni tak sedap tau..
fuhh sekali tak rugi ko bila aku tengok sampai habis..
memang terbaik betul drama ni digarap oleh pengarahnya..
Tahniah!!!

sekarang aku tengah layan pinocchio kat saluran 393..
baru nak masuk episod ke-11
kalau ikut hati aku nak sewa je nak tengok habis..
tapi takde plak kat kedai tuh...
sebab kdrama baru kot..
so belum ada lagi la kot...

sapa2 yang belum tengok 9 - Nine Times Time Travel
korang tengokla..
online pun boleh..

selamat menonton!!

14 comments:

eamy milea said... Reply Comment

macam bes je kak... :)

Umi Nazrah said... Reply Comment

dah lama tak tengok drama online. even tho keja tempat internet. ntah kenapa, hilang mood barangkali. hehehehe

Julia Johari said... Reply Comment

hensem2 actor tu semua kak...suka la tgk akak ni rajin tau layan drama korea...weeeeeee

Suria Lekatlekitgurl said... Reply Comment

takut nak layan drama korea... takut tak sabar nak tunggu ending hahahaha.. dulu mula2 cerita korea tayang kat Malaysia ni layan la jugak.. Auntum in my heart. my love pazzi.. suka la jugak tengok.. sekarang dah tak berapa nak follow atau lebih tepat tak follow langsung

Diana Rashid said... Reply Comment

menarik jugak nih..lain dari yang lain drama ni..

Nooriah Abdullah said... Reply Comment

assalmualaikum singgah follow cikgu kat sini, hmm..dah lama tak tengok ceta korea heee boleh gak try ni kalau best

amy (^_^) said... Reply Comment

Salam..
Ahah citer Nie memang best sgt.. Download dri internet tahun lepas.. Tp 8tv ada siar masa bulan december aritue.. Citer nie disiar kat cable tv Korea tue yg xdea kat astro.. Citer misaeng pun best jga.. Cuba la tgk.. (^_^)

amy (^_^) said... Reply Comment
This comment has been removed by the author.
aishah nin said... Reply Comment

Lau layan cite ni mao nangis terlebih emo..hihi

Falsya said... Reply Comment

Betul2 best tuh..nnt bile falsya dh ade keinginan nak tgk drama korea nie falsya kene bukak blog akak tgk cite mana best..hehe

eima said... Reply Comment

Kdrama ni ai suka the secret door je
yg lain tak minat tp cam besh plak drama ni ..sains fiksyen ....

LydSunshine said... Reply Comment

RIn, lawak je bila rin kata muka heroin tu takleh comel lagi ke. Hahah.. Saya kalo nak tgk drama atau filem korea, saya kena tgk pelakon dulu hensem ke tak hensem, cantik ke tak cantik. At least salah sorang mesti lulus piawaian cantik tu. Kalo 2-2 tak hot, malas nak tgk. Kehkeh. Boleh.

Aty_Fared said... Reply Comment

banyak kali ter tekan tengok cerite ni.. tapi cepaat2 kalih..hahaha..sebab tak nak sangkut tengok..payah nak berebut ngan asben nanti.. lama tak layan korea...hurrmm..

LYAfrina said... Reply Comment

lama x layan korea.. hehe