U Click Me...I Click U Back

Tuesday, October 7, 2014

Resepi Rendang Daging di Aidiladha 2014

As salam..
masih bercuti lagi nih sekolah aku..
esok baru mula sekolah...
yeahhhh!!!

ada yang dah mula kerja ke hari ni??
selamat bekerja ye..
kerja lok..lok.. k
hahahaha

***********************************************************

hari ni nak share resepi rendang tok walia yang pernah aku buat masa raya baru2 nih
ada aku dah share kat Link nih
takpe2..
aku share lagi sekali kat sini ek..
kali ni aku buat banyak sikit sebab nak bagi sikit kat mak aku
kat fuza..mehantu kesayangan aku tuh...
ngeeee..
dia la dok rekues nak makan sangat...
kikikiki


RESEPI RENDANG TOK WALIA
Bahan-Bahan
  1. 1kg daging
  2. 10 biji cili hidup - blend
  3. halia - blend dan hiris sedikit untuk menumis
  4. bawang putih dan bawang merah - blend dan hiris sedikit untuk menumis
  5. 1 biji santan
  6. kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih (menumis)
  7. lada hitam (anggaran) - tumbuk
  8. jintan manis dan jintan putih (anggaran) - tumbuk
  9. garam secukup rasa
  10. minyak untuk menumis
  11. sedikit daun kunyit untuk hiasan

Cara Membuatnya
  1. Goreng daging bersama kunyit terlebih dahulu hingga kering sedikit dan angkat
  2. Tumis bawang putih bawang merah dan halia yang dihiris halus bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih.
  3. Apabila bahan dah mula naik bau dan kekuningan masukkan bahan yang telah diblend dan masukkan bahan yang ditumbuk
  4. Apabila sudah kering dan cili sudah masak masukkan daging yang digoreng tadi dan masukkan santan.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan biar rendang kering ikut korang nak kuah banyak atau tak
  6. Kalau rasa nak letak kentang pun boleh jugak, tapi potong kecik2 dan goreng dulu kentang sebelum letak dalam rendang..
  7. Dah kering boleh angkat dan hiaskan dengan daun kunyit

SELAMAT MENCUBA..TAK RUGI SEBAB MEMANG SEDAP DI MAKAN DENGAN LEMANG ATAU KETUPAT..NAK MAKAN DENGAN ROTI PUN SEDAP.....

13 comments:

Julia Johari said... Reply Comment

Resepi rendang tok walia...sedap yer kak...untung dpt warisi resepi sedap mcm ni...julia keje hari ini, start dewan rakyat today...seronok yerr...jgn lupa bajet 2015 jumaat ini ye sis...

Fuza Musa said... Reply Comment

eh xrasa pun? Tu cubit-cubit je...
Anyway tq. Dah membedal. Pak Bandung sila rekues lain!!

syawalsimpsons said... Reply Comment

boleh try ni

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

EHH sekolah Rine cuti lagi.. manyak syokkk. anak2 Zaza skolah.. jadinya mummy dia pun bekerja harini.. dah sedap cuti panjang haritu :))
menarik & mcm senang je nak buat rendang tu.. boleh try nnt..

mommycha a.k.a kak jenab said... Reply Comment

sedapnye nampak kak rin?
nak buat malas.
nak tumpang makan je bulih dop?
;p

Fai CeritaCinta said... Reply Comment

raya haji hari tu , Mil yang masak.. hihi.. bila2 boleh try rendang daging akk ni. resepinya memang lain dgn yg MIL punya..

Falsya said... Reply Comment

haiyooo akak.nmpk sodap ngat tuh...boleh try nie..tp xtau la bile thn nak try tuh..ahaha

dilazfamily said... Reply Comment

nampak sedap.boleh cuba ni. tak pernah buat rendang sendiri

eamy milea said... Reply Comment

amboi sedap tu kak! NYUM NYUM

Ibu Dilah said... Reply Comment

Sedapnya kak... tp nasib baik la tekak ni skrg x leh makan makanan yg berat2 rasanya, kalo x, terliur jugak dilah nanti.. hihi.. maybe leh try nanti2 sbb tgk cam simple jer... hehe

Diana Rashid said... Reply Comment

Raya kalau tak de rendang memang tak rasa raya la..

kalau mak saya dia buat rendang,dia masuk kan semua dalam kuali lepas tu buka api sampai dah masak terus angkat.tak de tumis2 apa pun..heheh

♥ Mrs. Secretary ♥ said... Reply Comment

mesti sedap nie.. nnti nak buat boleh godek kat sini..=D

Ida Puanstoberi said... Reply Comment

nampak lazat chekgu azrineee...
sedap kan kalau ada macam kuah2 sket tu.. makan ngan nasik pepanas pun sodap aih.. :D