U Click Me...I Click U Back

Thursday, October 16, 2014

Drama Setitis Kasih Darmia

As salam..

wah...another drama yang diadaptasi dari novel..
aku suka...aku suka..
hahahaha...

baru tengok semalam (episod 2)
yang syok cerita ni sebab bang jebat berlakon dengan my fav artis...nelydia..
aku suka sangat dia..
tembam ke kurus ke comel je tau..

aku suka jalan cerita dia..
so harusla tercongok depan tv kul 8.30 malam 
setiap Selasa ngn Rabu...
hehehehe
korang pun jangan tak layan..
jom sama2 terjebak dengan aku naaa




SIPNOSIS
Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya.
Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.
Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti.Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar.
JUDUL : SETITIS KASIH DARMIA
EPISOD : 14 episod 
TARIKH : 14 Oktober 2014 (Selasa-Rabu - 8.30malam) 
SIARAN : Slot Ratu TV9 
NOVELIS : Naniey TJ
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative
PELAKON : Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin, Ziela Jalil, Nasir Bilal Khan


5 comments:

Allene said... Reply Comment

xsempat tengok, leh tgk kat tonton kak.. ihihih lin mmg tgk kat tonton je... xde iklan. tp lambat la.. T_T

Tina Othman said... Reply Comment

Suka gila sb ada dorang berdua ni hehe

Falsya said... Reply Comment

Falsya sebenarnye nyampah nak layan cite bersiri..bukannye nyampah sgt..suke sebenarnye..tp part nyampah tuh, bile duk layan setiap hari without failed, mesti mesti bile part last episod falsya xtgk..grrrrrr!!!..kalau out of 10, 9 la yg jd gitu..sobsssss..

Julia Johari said... Reply Comment

Sedap plak nama tajuk cerita ni...nama tu pun sedap darmia...eh cm best jer review ni sis...nak tonton la

LYAfrina said... Reply Comment

Sinopaia mmg best.. lg2 gabungan nely n sharnazz.. cnfirm meletop