U Click Me...I Click U Back

Thursday, September 11, 2014

Just My 2 Cents

As salam..



sory la sesapa yang tak setuju apa yang aku nak tulis nih..
ni sekadar pendapat peribadi aku jek..
tentang isu soalan sains bocor..
kalau ikutkan setiap kali kita ada exam besar camni
mesti akan ada isu camni
isu soalan bocor..
bukan exam UPSR jek...
semua examla..
macam tahun lepas kecoh soalan matematik SPM kot kalau tak silap
tapi rupa2nya hanya spot questions...

aku sebagai seorang cikgu memang la ada rasa sentap sikit sebab ada pihak mempersalahkan dan menunding jari pada cikgu
to be honest kalau ada cikgu yang dapat soalan camni..
memang ada jek cikgu yang akan share dengan students dia
to be honest once again..
sekolah aku memang takde dapat la soalan sains bocor tuh
memang cara kami adalah dengan membuat spot2 questions jek..

tapi yang mengecewakan aku
banyak sangat keyboard warrior yang kononnya macam tau sapa yang bertanggungjawab
dan sesuka hati memfitnah pihak2 tertentu tanpa bukti yang kukuh
isu soalan bocor ni actually isu yang lapok
bukan di alami oleh murid2 sekolah sahaja
masa aku dok kat U dulu pun bersepah2 students yang dapat soalan bocor
set soalan tu sebijik2 dengan soalan exam yang aku duduki
setiap tahun kita dengar benda yang sama
cuma takde tindakan yang sewajarnya dikuatkuasakan...

cuma ada pihak yang bertangunggjawab menyeleweng amanah yang diberi..
boleh pulak dapat set soalan yang sebenar pulak tuh
yang menjadi mangsa anak2 kita..
anak2 murid kita..
sepatutnya hari ni dah habis dah waktu sukar mereka untuk menghadapi UPSR..
dah terpaksa hadap lagi exam 30 September nanti..
ada yang dah siap plan nak pergi bercuti sakan selepas habis UPSR..
pity them..
kesian sebab bukan semua sekolah dapat soalan tuh
kenapa tidak sekolah yang dapat je disuruh tangguh??
pastu pada guru2 yang bertugas menjaga exam UPSR pun terlibat sama
tak pasal2 semua bersangkut paut..

aku ada baca dalam website awani..
katanya bukan setakat sains
soalan maths kertas 1 pun bocor..
ko tengok??
kalau ko bukak link kat atas tuh
memang sebijik2 soalannya..
so ada kemungkinan tak soalan2 lain pun sebenarnya bocor?
dah tu takde set lain ke yang pihak lembaga peperiksaan buat?
kompius sikit aku kat situ...
sampai nak tangguhkan hingga hujung bulan??

aku sebenarnya malu tau..
sebab sebagai seorang guru dan mengajar pulak subjek sains
even aku tak mengajar sains tahun 6
tapi aku malu sebab ada penjawat awam yang pentingkan diri sendiri dan tamak
sanggup meletakkan integriti anda sebagai penjawat awam dengan membuat benda2 pecah amanah camni
dan yang jadi mangsa siapa??
anak2 bangsa kita jugakkan?

untuk readers/parents yang ada anak ambik #UPSR2014
anggap jela benda ni ada hikmah disebaliknya
takde guna nak cari salah orang itu orang nih..
kita nak marah2 nak bising2 pun no point..
sebab benda dah pun berlaku
apa yang sepatutnya kita buat
mendoakan kecemerlangan anak kita dalam #UPSR2014
dan semoga dipermudahkan sepanjang dorang menjawab exam..
amin...

biar pihak berkuasa sahaja yang selesaikan...

lagi sekali aku nyatakan..
ini sekadar pendapat peribadi ye
jangan kecam aku pulak..
hahahaha

16 comments:

eima said... Reply Comment

kesian boss lama aku ... mmg kesian sgt muka smlm ... DR Naimah sabar tau ... we all love u ....

isu paling kecoh kat opis kami ...

ummi aqilah (LM) said... Reply Comment

Kerja apa pun.. Kalau ada yg jenis tak jujur memang akan menyusahkan pihak lain. Bila jd camni murid2 pun susah, kena exam lagi, cikgu2 lain pun kena bertugas lagi kan rine. Ramai yang susah.. Harapa ada kesedaran lepasni takdalah pihak yang x amanah dlm tugas

Tina Othman said... Reply Comment

Isu yg tiap kali muncul time exam, tapi dulu tak penah pulak dpt hehe kot dpt dulu cemerlang lah kot result exam

Ida Puanstoberi said... Reply Comment

tu lah..mmg dari zaman kita dah ada isu soklan bocor, cumanya..kita dulu takde laman sosial bagai.. yg ada laman rumah je.. huhu #lawakhambar.
Dah dpt soklan tu, duk dendiam boleh.. ni bijak sgt pegi share sana sini kat w.app bagai. Ah sudah..
Susah juga hidup dalam kecanggihan dunia teknologi ni rupanya.
Bayangkan da beribu2 kertas di print, ni nak re-print balik.
Bebudak pun ingat dah hurey hurey next week kan..tetgk.. ada lagi satu exam pulak.

Hurm. Bertabah lah anak anak

p/s : anak saudara pun ada amik upsr tahun ni.

LydSunshine said... Reply Comment

yang memegang amanah tu ambik mudah je amanah yg dia pikul. tak faham betul. kalo nak anak sendiri berjaya pun, takkan la guna cara tu. atau pon dpt habuan kot.

Nad MamaZN said... Reply Comment

saya setuju dgn akak.. setuju sangat!

mengarut sgt rasanya bila soalan upsr pun bocor. buat malu je sbb dah tentu2 yg bocorkan tu org dewasa.. ksian kt bebudak sbb dorg yang terpaksa hadapi soalan2 tu. apa faedahnya ntah kasi soalan bocor pd budak2 ni?

Aeen said... Reply Comment

betul tu kak...bole dikatakan tiap2 tahun la bila ada periksa bsar2 ni mesti ada soalan bocor...kesian kat budak2 upsr taun ni patutnye hari ni dah boleh merdeka..da boleh releks2...tapii..nak kene hadap lagi periksa hujung bulan..

Allene said... Reply Comment

tak baik cmtu... pada lin, sekarang zaman hacker... klu dorang nak hack untuk dapat kan soalan mudah je kak. sbb semua soalan ada dalam komputer kan...

Falsya said... Reply Comment

Mmg xamanah org tuh kan kak..psl org2 mcm nie yg bersalah pun tempias..kesian kat murid2 kene repeat paper..boleh kacau tau emosi dieorg..

mOoN IzzaN said... Reply Comment

terkejut gak baca paper pagi ni pasal soalan bocor tu... ada jugak yg x amanah nak bt benda2 mcm tu.. apa yg dia dpt agaknya...

Diana Rashid said... Reply Comment

kan??kesian betul..manusia yang tak tahu nak pegang amanah .

Diana Rashid said... Reply Comment

kan??kesian betul..manusia yang tak tahu nak pegang amanah .

Fuza Musa said... Reply Comment

ok ok..
kita TAG awak

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

Syima Syaz said... Reply Comment

Sekrg semua orang berlumba2.. kita mak mak ni excited dan berangan nak update kat status fb MY DAUGHTER GET 5As.. saya pun berangan macam tu dan sebab tu lah ada kes soalan bocor ni berleluasa sebab bila ada yg tak amanah, sanggup bocorkan demi rm? Demi status? Kehormatan? Atau kepentingan diri sendiri?.. entah la....

Dapat tangkap 1 tak semestinya kes bocor membocor ni settle... ini pandangan saya la...

Julia Johari said... Reply Comment

Sedih tau...julia ada anak saudara ambil upsr...tak baik mcm ni...harap ada jalan penyelesaian ttg kes ni

LYAfrina said... Reply Comment

kesian sgt..
lg2 ada sorang calon y nk pergi mekah.. pilih utk ke mekah n x ambik exam akhir bulan ni.. hrp org y btanggungjawab dibawa k muka pgadilan