U Click Me...I Click U Back

Saturday, September 27, 2014

Aku Kesian Betul Dekat Mamat Nih...

As salam..
dah lama dah actually aku terima message dari kekawan dalam wasap pasal mamat nih
ada jugak aku tengok dekat group cikgu2 dalam fb..
tapi aku busy aku tak sempat nak buat entry pasal mamat sorang nih...

aku sebenarnya kesian betul dekat mamat nih.
sebab dia boleh meluahkan sesuatu tentang kerjaya cikgu tanpa dia sendiri pun faham dan tahu pasal kerjaya seorang guru..
tu sebab aku kesian..
sebab aku rasa dia nih ada perasaan hasad dengki yang tinggi terhadap kerjaya guru..

ye..ye..aku tak nafikan memang wujud segelintir guru2 yang peel macam yang dia cakap tuh
tapi ko tak bolehla nak generalisasikan semua cikgu perangai macam tuh..
kalau ko buat kajian ke tesis ke..
kawasan dan populasi kajian ko tu kat mana??
ko kena tau tuh..
so that ko tak bolehla nak pukul rata semua cikgu2 perangai bangsat macam tu khen??

bila dia tulis fakta cikgu hidup senang dari penjawat awam lain...
hah..yang tu kalau ko tanya sesapa pun takde sapa yang mengaku..
tak payahla tengok orang lain..
tengok je aku nih hah..
kalau gaji aku banyak...
dah lama dah aku tak pakai kereta buatan Malaysia jek...
gaji cikgu ni bukan banyakkkkkk sangat sampai ko nak banding2kan dengan gov servant yang lain..
cikgu2 ni lagi lama mengajar lagi tinggi gaji dia..
even dia hanya ada diploma..
kalau dia dah mengajar lebih 15 tahun..
gaji dia lebih tinggi dari cikgu2 yang memegang ijazah yang baru 2-3 tahun mengajar...

dan untuk pengetahuan ko gaji cikgu sama je dengan penjawat awam yang lain kalau mengikut gred..
kecuali PTD dan doktor kerajaan..(betulkan aku kalau salah)
skim gaji dorang je yang lain...
tak sama dengan penjawat awam yang lain..
macam ptd dan doktor skim gaji derang lebih tinggi berbanding penjawat awam yang lain..
korang faham tak??
tak faham buat2 jela faham erk..

lagi mamat ni tulis..kerja mudah dan ringkas dari misi bla..bla..
aku takmo komen kerja orang lain ek..
aku nak komen hanya bidang kerja guru je..
satu je aku nak cakap kat mamat nih
jadi guru je dulu dalam seminggu..
kalau aku suruh ko masuk sehari macam tak kena la plak kan..
so ko dok seminggu..aku bagi ko mengajar tahun 1 tengok camne??
nak tak??
ni ko tak dok pun jadi cikgu even 1 minit..
dah pandai2 ko buat cerita macam tuh..
tak boleh pakaila ko punya komen tu bro!!
sorry!!!
rasa dulu then baru komen..
jangan dengar cerita dongeng orang lain k...

fakta makan minum murah??
yenadeyyyy...appppaaaa...aammmmaaaa!!!!
tu rezeki memasing la bro...
ko nak sakit hati kantin aku bagi makan free ke murah ke..nak bayar diskaun 10% ke?
benda ni Allah punya kerja la..
sapa kita nak halangkan??
ko nak makan murah..
mehla makan kat kantin2 sekolah..
kantin sekolah aku pun boley...
boleh jimat cermat giteww...
takde halla bro!!

fakta banyak masa dan boleh buat bisnes waktu petang
ala..bro..
selagi dia tak ganggu tugas dia sebagai guru
tak ganggu tugas dia masuk kelas mengajar
tak ganggu cikgu2 lain
pedehal!!!
macam kami cikgu2 ada yang siap jual tudung lagi..
tapi memang takdela jual terang2an..
jual dalam wasap..pastu dia bawak dia bayarla..
menyenangkan cikgu2 apa tak payah beli kat luar..
jimat duit minyak air liur segala bagai kan..
eleh..bkn cikgu jek kot buat benda2 camni
korang2 pun buat jugakkkan..
baik ngaku cepat!!
tapi kenapa cikgu2 jugak yang dipersalahkan??
why..why...kyunki..kyunki??
sekali keluar nustang daaaaaa....

fakta cikgu tak perlu tulis guna papan hitam sebab pakai buku teks..
deyyyy..bro!!
buku teks wujud since zaman omputih jajah Tanah Melayu deyyy...
buku tambahan tu aku tau ko maksudkan buku latihan
memang zaman sekarang semuanya nak mudah dan cepat dan jimat
tak payah cikgu2 tulis balik soalan2 kat atas papan putih
pastu murid2 salin..
kan lambat tuh
ni kira menyenangkan anak2 komela
mak bapak bawak keluar duit sikit je pong untuk beli buku latihan
bukan untuk keuntungan cikgu2 pun
untuk anak2 hampa la bro!!!
tu pun nak kena bagitahu ke?
ke ko memang dengki sangat kat cikgu??
sampai benda yang untuk kebaikan anak2 ko pun ko dah tak nampak
bro..bersihkan hati bro dulu la ek..
baru komen tau!!

fakta 70% cikgu penat sebab letih kerja sampingan ek??
ko buat kajian ke bro??
ke ko reka2 sendiri??
tak boleh pakai la bro
tak valid..hahahaha
konon ko nak berdepan dengan semua guru di Malaysia kan??
meh...meh..kita bersidang dekat PWTC pun okeh..
kita adakan forum perdana bangkitkan isu2 guru di Malaysia..
ok jugakkan??
sesapa yang tak puas hati dengan cikgu2 boleh la datang..
hhahaha..
aku ajak bersungguh ni bro..
ko bawak kaum kerabat ko pun takdehal..
aku bawak kaum kerabat aku..
kita berdebat...

pastu fakta kata cikgu banyak hutang
ala..bro..ko tak banyak hutang ke?
ko beli harta benda semua pakai cash ek..
untung ar ko..
kalau cikgu gaji dia tinggi sangat..
kompem dia tak berhutangkan??

tujuan aku buat entry ni bukan nak back up cikgu2..
tak..takde niat macamtuh
aku bukan nak tegakkan benang yang basah
cuma aku rasa terkilan dan sedih ada manusia yang sebegini dalam kalangan masyarakat kita
kena ingat bro..
ko pun pergi sekolah kan?
sapa yang ajar ko masa sekolah..
ayam itik kucing ke cikgu2?

so lu pikirla sendiri bro!!!

22 comments:

Allene said... Reply Comment

ini dengki ni kak... lin tgk cikgu je pun dah stress.. blum jadi cikgu lagi... huhuhu


entry terkini...Harris getting better

Wawa Yusoff said... Reply Comment

Sis, Wa ade pengalaman kejap jadi cikgu ganti tahun 2. cannot go! hahaha!

Respek kat cikgu yg bertahan dalam pendidikan sampai pencen :)

DYatie said... Reply Comment

yt pernah jd cikgu skol menengah. tak sampai seminggu. tak minat punya psl melompat ke bintang dpt research assistant kt kedah. so xleh nak komen sgt psl keje cikgu. hehe. tp masing2 ad komitmen. ad tggjwb. ad tugas. :)

Aeen said... Reply Comment

dia dengki nie...sbb dia yang kerja stress...so dia buat la cite mcm ni...huh.

MizzTina said... Reply Comment

xde pengalaman mengajar..tp pernah ada pengalaman bg motivasi kt budak sek rendah..ya Allah kak,mmg menguji kesabaran...

Tihara said... Reply Comment

bagi dia peluang jadi cikgu
baru dia tau kot kan

eima said... Reply Comment

rileks kak ... huhu
tak pe ai paham sbb ai kerja dikalangan DG..

Ida Puanstoberi said... Reply Comment

Hihi. Kesian ke cikgu..asyik kena je kan..

Pernah jadi cikgu GSTT setahun.
Adik beradik yg lain (4 orang) cikgu.

Tapi, kalau diberi pilihan - taknak lah jadi cikgu. Penat kot. Lps tu, every year ulang menda yg sama. Tak kira lagi key in itu ini, bawak balik kerja.. adey lah..

Lagi satu, kalau jadi cikgu, saya tak dpt la jalan2 dan bercuti sesuka hati saya..kena tggu cuti sekolah. Berat nanang tu bagi saya yg kaki travel. Hahaha :D

Yana Ujang said... Reply Comment

setahu sy cikgu yg hidup senang kya raya tu sbb dorg byk jd private tutor..sekolah sy dulu ramai cikgu buat gitu..mahal kot yuran private tutor..

sy pn x setuju hujah mamat ni..klu jd cikgu tu senang, masakah mak saya berhenti jd cikgu lepas lebih 10 tahun mengajar..dia lbh prefer kerja opis..penat jugak kerja opis tp x sama dgn penat jd cikgu...hermm sian dia ni

Tina Othman said... Reply Comment

Kesian dia ni, haha part ngajar tahun 1 tu dpt bayangkan

Diana Rashid said... Reply Comment

tengok cara statusnya ditulis pun dah tau ada unsur2 iri hati dan dengki.Mungkin anak dia bodoh kat sekolah dan dia salahkan cikgu tak buat kerja dan jadi punca ank dia bodoh bedengung.


saya kata mungkin...
saya serkap jarang je...tak sama macam status dia yang nampak yakin dengan fakta2 bagai..huhu

PoohGumux said... Reply Comment

yup betol tu rinne
kesian mamat nih kan
tulis status tak guna fakta
dia bukan cikgu
mne dia tau
sy yg bini cikgu ni pun ikut terasa dgn tugas cikgu...belum sy yg jadi cikgu..urm...kalo tak tau fakta jgn sembang lebey....

TeacherAzimah said... Reply Comment

Aku speechless. Kalau btl apa yg dia cakap..dah lama aku update blog aku tu. Ni nak update blog pun x sempat hokay! Urghhhhhhh...stresssssssss

Alongxp said... Reply Comment

Saya bukanlah cikgu, saya kakitangan yang bekerja di sekolah.jadi, kawan2 saya cikgu2 disekolah. dan sedikit sebanyak saya pon merasa tempiasnya

Betul fakta yang dia cakap tu, tapi banyak lagi fakta yang dia tak tahu, dengan parent, dengan sistem2 baru yang dicipta, dengan penilaian yang macam2, dengan dokumentasi yang belambak, kerja cikgu bukan sekadar mengajar je dah sekarang kan?

dia tengah boring la tu xde kerja, tu yang buat status yang macam tu... maafkan ajelah kan?

εïзmummyHazaεïз said... Reply Comment

kena apply jadi cikgu pakcik ni.. haihhh la...

♥ Mrs. Secretary ♥ said... Reply Comment

Ermmm ada unsur kedengkian kt situ la akak.. IQ zerooo nie.. buang masa jer nak ajak berdebat dgn org mcmni..just ignore jer akak...=D

Bro Framestone said... Reply Comment

No komen...

Tapi part yang cikgu banyak hutang tue.. macam boleh diterima..

Sebab dah banyak jumpa.. Biasa la tue.. banayk buat loan untuk masa depan...

Falsya said... Reply Comment

Well said kak..rase mcm nak tag je mamat nie suruh die baca (kalau kenal la)..kihkihkih..

Julia Johari said... Reply Comment

Haaaaaaa dah agak dh mesti cikgu azrine up punya entry pasal isu ni...julia wpun bukan seorang cikgu tp abah julia dulu masa muda2 remaja belia adalah seorang bekas cikgu...julia faham cm ne hati dan jiwa cikgu...ish2 kesian sungguh kt dia...lg kesian plak tgk bini dia...x memasal dpt free kutukan ermmm bawa2 insaf sebelum keluarkan statement pelik2...ramai yg memerhati

LydSunshine said... Reply Comment

mende masalah dia dgn cikgu2 ni. tugas cikgu tu bukan mudah, saya setuju. setakat cakap je boleh le. kadang2 ada org nak ajar anak sendiri pun rasa nak naik tgn ke muka, dah tu dia expect kalo dia ajar 40 org murid satu kelas, mampu ke dia thn sabo.

LYAfrina said... Reply Comment

aduyai.. agak memalukan..last2 terpalit malu kt diri sndri

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

Ngok betul lah.. dia pikir kalau cuti sekolah cikgu2 semua dpt sama cuti tapi tak ada kerja ke nak buat.. lepas mengajar pun sama jg.. bukan kerja setengah hari je lepas mengajar.. ada lagi kerja2 yang perlu disettlekan lepas waktu mengajar.. kan Rine..