U Click Me...I Click U Back

Friday, August 15, 2014

TQ Kepada Yang Sudi Datang Beraya di Rumah Kami di Penang

As salam..

masih dalam mood cerita raya..
serius banyak lagi cerita raya yang aku nak gebang2 kan hampa nih
hehehe

gebangla sangat ek

tak gebang maka tak umpphh la blog bilis suam2 kuku aku nih
*matakeatas

masa raya kat Penang baru2 nih
adala aku jemput kekawan yang aku tahu beraya di Penang
datang rumah hubs aku kat Taman Koskam, Kepala Batas

aku dapat message daripada blogger khairul katanya nak datang beraya 
tapi dia nak datang raya ke-2 la
tapi aku takde kat rumah
sebab aku nak pergi sekebun cinta hubs aku tuh [Link]
aku cakap kat khairul nak datang umah aku on 3rd raya 
inshaAllah aku ada

pastu malam plak aku terima whatsapp dari kawan sekolah aku
dia nih lecturer UiTM sekarang
hubs and wife la lecturer
dia selang seli raya penang kl
sebab dia menetap kat Kelantan
so apa lagi
aku cakap la datang umah aku on3rd raya sekalian dengan khairul
sebab aku boleh masak heavy sikit
aku cakap datang lunch aku masak
ala simple2 jek

aku masak sambal tumis udang, sup sayur, rendang ayam ngan ikan bilis goreng cili api
(sorry gambar tak tersnap)

on 3rd raya tu pepagi dah bangun setelkan buat rendang ayam dulu
pastu kami semua keluar sarapan kat luar
balik dah kul 11 ko
lorat aku kelentung kelentang kat dapur

alhamdulillah siap jugak semua sebelum tetamu datang


bersama tetamu istimewa
hehehe

abaikan keselerakan yang melanda di belakang sinun

tengah tu khairul dan kanan sekali tu atul kawan aku yang lecturer tuh
atul ni satu sekolah dengan aku..
lawakan?
mata tu original bak hang!!!

sebelum kita makan lunch layan dulula buah2 yang ada
ambikkan kebun hubs aku semalam tuh



hopefully lauk yang aku hidangkan mengena dengan selera korang ek...
sebab aku masak lorat2 jugak tuh
hahahaha
kira apa yang ada je dalam peti ais

mintak maapla atas apa2 kekurangan sebab rumah ni rumah persinggahan jek
pinggan mangkuk pun belum serba lengkap lagi..
wakakaka..

tahun depan inshaAllah aku akan tambah sikit pinggan mangkuk yang ada
tu pun dah bersyukur sebab barang2 dalam rumah ni semua ehsan anak dan menantu hubs aku
yang dulu penah dok penang jugak..
so setakat kuali2 nak masak tu dah lengkap dah
cuma pinggan2 jela nak tambah..


sessi ngeteh plak

khairul lepas datang umah aku terus gerak balik KL
nanti datang lagi rumah akak ye khairul tahun 2016
kalau umur kita panjang
inshAllah


ni je the best shot yang sempat...
kawan aku Atul ni pun petang2 dah nak balik Kelantan
tahun depan dia tak raya penang dah..
tunggu 2016 la plak nak datang jumpa aku tul..

maafla jika ada sebarang kekurangan ye kekawan semua
dan tq sudi meriahkan raya ke3 ahkak
jangan serik datang lagi ye..
hikksssss


12 comments:

Ida Puanstoberi said... Reply Comment

Rumah KL tak buat open house ke?? Cece.. tanya macam kan nak dtg ye dok.. hihi.

Rine, sok kalau takde apa2, meh la singgah rumah. Bkn open house, tp bebudak opis nak dtg, jadi buleh la ajak rerakan sekitar. Meh emel ke Ida no tipon. buleh w.app alamat :)

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

seronok bila ada kawan yang kebetulan bila ada kat kampung lepas tu di inform kata nak datang rumah beraya..dapat pulak dijamu dengan masakan best2 dari cikgu Azrine.. hehe

Falsya said... Reply Comment

wahhh, bestnye..kat penang pun ade blogger yg singgah..;)

mrs kayrul said... Reply Comment

Semua kak rin hidang sedap2 belaka...thanks kak rin, menyusahkan kak rin masak macam2...nanti 2016 kita jumpa lagi....hehehe

Suka tengok mata kak atul...cantik la..org nya pun lawa

Naemah Umi said... Reply Comment

Sonoknya dpt jmu kekwn mkn... :D

Allene said... Reply Comment

lawanya kawan akak....

Anonymous said... Reply Comment

kalau nk pinggan murah dan taraf import sila terjah warehouse kat Lunas Kedah....lps raya haritu ada depa buat warehouse sale, next mungkin nov ni.

Adinda Baizura Mazlan said... Reply Comment

Blogwalked!

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

Nad MamaZN said... Reply Comment

bestnya...
sonok ka dpt jumpa kengkawan
apatah lagi kengkawan lama :)
tak kurang jugak kengkawan baru, hehe

♥ Mrs. Secretary ♥ said... Reply Comment

tak jemput kami pun..hehehe..

dalila said... Reply Comment

seronok kan dapat berkumpul begini.. :)

LYAfrina said... Reply Comment

Lya tringin gak nk mjamu kawan2. Klo rmh sndri best la..