U Click Me...I Click U Back

Wednesday, August 6, 2014

Resepi Rendang Istimewa Aidilfitri

As salam..

hari ni nak gebang kat hampa pasal juadah pagi raya..
hehehe
pagi raya aku masak simple2 je dengan bantuan anak dan menantu hubs aku...

malam raya tuh aku siap goreng kacang and terus masak kuah kacang
nak makan ngan nasi impit...
sebab bagi aku masak malam lagi sedap
esk dah rasi rasa dia kan??

kami siap rebus nasi impit 2 rounds
2nd round tu aku dh terlena..
hangus nasi impit aku..
bahahaha..
nasib fuza tutup api..
gilos betul!!!

memang mata dah tak boleh nak celek dah..
kira surrendered gitewww...

then esok tu kul 5 pagi dah siap bangun nak merendang..
first time nak cuba buat rendang resepi istimewa..


cerita di sebalik rendang ni..
aku dapat resepi ni dari fuza..
sebab masa gi beraya kat rumah tok anak2 tiri aku (mak arwah isteri hubs aku) tahun lepas
aku try rasa rendang dia sedap giler kot..

fuza cakap dia ada resepi ni mintak dengan adik arwah..
so aku cakap nanti nak try masa raya tahun depan (tahun ni)
yang bestnya resepi ni takde pakai serbuk2 rempah ke apa tau..
so aku macam teruja nak cubala..
hehehe
alhamdulillah menjadi jugak even warna dia macam tak sama sangat dengan yang aku makan tuh

korang nak resepi ke??

ok ambik kertas salin sekarang!!(arahan)
hahahaha

Bahan-Bahan

  1. 1kg daging
  2. 10 biji cili hidup - blend
  3. halia - blend dan hiris sedikit untuk menumis
  4. bawang putih dan bawang merah - blend dan hiris sedikit untuk menumis
  5. 1 biji santan
  6. kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih (menumis)
  7. lada hitam (anggaran) - tumbuk
  8. jintan manis dan jintan putih (anggaran) - tumbuk
  9. garam secukup rasa
  10. minyak untuk menumis
  11. sedikit daun kunyit untuk hiasan


Cara Memasak

  1. Goreng daging bersama kunyit terlebih dahulu hingga kering sedikit dan angkat
  2. Tumis bawang putih bawang merah dan halia yang dihiris halus bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih.
  3. Apabila bahan dah mula naik bau dan kekuningan masukkan bahan yang telah diblend dan masukkan bahan yang ditumbuk
  4. Apabila sudah kering dan cili sudah masak masukkan daging yang digoreng tadi dan masukkan santan.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan biar rendang kering ikut korang nak kuah banyak atau tak
  6. Kalau rasa nak letak kentang pun boleh jugak, tapi potong kecik2 dan goreng dulu kentang sebelum letak dalam rendang..
  7. Dah kering boleh angkat dan hiaskan dengan daun kunyit

korang boleh makan rendang ni dengan ketupat palas atau nasi impit..

SELAMAT MENCUBA YE!!


14 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said... Reply Comment

saya suka rendang tp tak penah pon try buat. ngeeee

Fuza Musa said... Reply Comment

Kenangan terindah
Tq chef for all the menussssss
(Plural tuh)

syawalsimpsons said... Reply Comment

boleh try ni kakak

Falsya said... Reply Comment

Nyum nyum nyum.....

MizzTina said... Reply Comment

i is mls nk msk rendang.. huhuhu

Nana said... Reply Comment

resepi kita lebey kurang sama
cuma saya xletak bahan no 6,7,8 nnt bole try rsepi ni plak hehe

Diana Rashid said... Reply Comment

sama macam resepi mak saya je.tapi mak saya ada tambah kerisik .

Diana Rashid said... Reply Comment

dan jugak tak de tumis2..semua blend masuk dalam kuali,masak gitu je..

Diana Rashid said... Reply Comment

dan jugak tak de tumis2..semua blend masuk dalam kuali,masak gitu je..

Allene said... Reply Comment

kak.. kita tak pernah masak rendang.. uhhuuhhu.. tp nampak macam senang je...

Aty_Fared said... Reply Comment

buat masa ni seriau ngan rendang.. hahaha.. teringat raya 2-3 hari ritu.. sepanjang2 hari makan rendang.. sampai dah tak ly nak pandang dah... ngeeee....

LydSunshine said... Reply Comment

beza dia ada letak jintan ye. biasa rendang tak letak jintan kan? tgk bahan2 dia boleh imagine ada rasa mcm sate skit kot.

Zaza Abdul Latif said... Reply Comment

seumur hidup I tak pernah masak rendang.. thx for the recipe Rine.. nanti I try :D

Syima Syaz said... Reply Comment

Lebih kurang la resepi kitee tapi saya ada kerisik. Resepi google complicated skit bahan2 dia, saya pakai resepi MIL rendang tok. Fuhh menjadi pulak tu. Sampai raya ke 2 saya n husband menala rendang tu... Teringat2.. Eh puji rendang sendiri pulak. Hehehhehehe