U Click Me...I Click U Back

Wednesday, July 2, 2014

Penjawat Awam, Pesara Dapat Bantuan Khas Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

“Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya, lapor Bernama.

Sumber : Sini

10 comments:

Ayu azmir said... Reply Comment

Hehehe singgah sini... alhamdulillah

DYatie said... Reply Comment

Alhamdulillah. Dapat topup mana yg kurang.

Fuza Musa said... Reply Comment

Alhamdulillah...rezki anak-anak tu

Ummiarissa Mahdi said... Reply Comment

Rezeki raya.....Alhamdulillah

LYAfrina said... Reply Comment

alhamdulillah..
rzeki org gomen..

Naemah Umi said... Reply Comment

Alhamdulillah syukur...sekurang-kurangnya lepas dah utk beli bj raya kiddos :)

Julia Johari said... Reply Comment

Alhamdulilah...syukur...

ZazaMyMoon said... Reply Comment

rejeki nak raya.. syukur alhamdulillah :)

CikNaa said... Reply Comment

alhamdulillah..boleh la abiskan tuk tol & minyak kereta raya nanti..hehe.

LydSunshine said... Reply Comment

Syukur.. Bestnya kalau penjawat separa awam pun dpt.