U Click Me...I Click U Back

Wednesday, July 16, 2014

Alhamdulillah ~ Ziana Zain Berhijab Penuh




“Alhamdulillah, saya kira ini adalah hadiah terbesar buat saya daripada Allah SWT di hari baik dan bulan mulia ini. Bermula hari Nuzul al-Quran, secara terbuka saya mahu mengumumkan kini sudah berhijab sepenuhnya,” jelas Ziana Zain hari ini.

“Saya kira, penghijrahan ini juga banyak bergantung kepada keluarga saya. Saya sifatkan Tuhan mendengar doa daripada semua pihak termasuk suami, ibu bapa, anak-anak dan peminat saya agar saya berhijab dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berhijrah”

Ziana Zain juga ada menambah yang beliau tidak risau dengan rezeki dalam kariernya selepas ini dan percaya semua itu di tangan Tuhan dan beliau hanya melaksanakan perintah-Nya.

“Perkara ini semua rezeki Allah. Tidak kira bertudung atau tidak, kenapa harus kita takut dengan momokan tentang tawaran yang akan berkurangan? Saya cuma jalankan perintah Allah. Lagipun saya lihat peminat juga menyokong penghijrahan seseorang artis,” ujarnya.

Syukur alhamdulillah..
Semoga terus istiqamah..

Sumber : (rtky/m)

6 comments:

ummi aqilah (LM) said... Reply Comment

Syukurlah..

Aritu ada baca zz bertudung utk promosikan apa ntah. Lupa lak LM

Fuza Musa said... Reply Comment

Alhamdulillah
Hijrah ZZ

Julia Johari said... Reply Comment

Nak kurus cm kak ziana la hahahhaha....cantik dia bertudung...kerlassss

Naemah Umi said... Reply Comment

alahmdulillah...skrg ni makin ramai dah artis pompuan yg bertudung kan...comel je semuanya...happy for them :D

eima said... Reply Comment

kan cantik ....

Si DauN CeRi said... Reply Comment

alhamdulillah.... another one put on hijab. bagusss


sket2 kan berubah.. lama2 banyak la.. inshaAllah