U Click Me...I Click U Back

Saturday, June 21, 2014

TeamBuidling di Excellence Harmony Resort Janda Baik - Part 1

As salam..

ada bau busuk2 tak??
ke ada bau masam2...
hahaha

entry basi in the house giteww..
tapi basi2 pun ada sesapa kisah ke??
meh..meh..meh..

okla..aku malas nak bagi mukadimah panjang
melalut2 tak tentu pasal kang..
boring plak mengkome!!

teambuilding atau kami panggil PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja) ni actually dah lama sekolah aku planning nak buat..
rasanya dari 2 tahun yang lepas kot...
baru tahun ni dapat kami berteambuilding..
kesiankan??

teambuilding kami ni buat di Janda Baik..
berlangsung dari kul 8.30 sampai kul 6 petang jek.
so sesapa nak check in pun boleh..
takde masalah..
bas disediakan untuk cikgu2 yang takmo bawak kereta tuh..

memula aku dah planned nak bawak anak2 aku semua..
sebab ada resort disediakan untuk kami semua..
tapi takde rezeki untuk anak2 aku ikut sekali
sebab dak Aish demam 2 hari sebelum tuh
so memang takde rezeki la derang nak ikut..
So aku tinggalkan derang kat parents aku..


at last bawak kak cik yaya sorang je
peneman setia..

 inila tempat resort kami buat teambuilding...
tempat dia cantik dan sangat nyaman..
harga bilik serius aku kurang pasti...
tapi masa kami buat teambuilding ni cikgu2 yang bawak family along boleh sewa resort sendiri 
hanya bayar rm50 je (tanpa bermalam)
kalau bermalam rm100 
tapi harga ni hanya untuk cikgu2 yang berteambuilding kat sini je ye..
normal rate kurang pasti..
tapi korang boleh search sendiri kat FB type je - Excellence Harmony Resort

wajib berposing upon arrival bak hang!!
tak ramai lagi dah sampai masa aku posing2 nih
sebab aku naik kereta urusetia
derangkan kena datang awal..
hat lain naik bas..
yang mana yang naik kereta mostly dah sampaila masa nih..

sejuk nyaman je kat sini...
Syiok bak hang!!
Nak hanimoon pun best wooo!!!

 sebabkan aku cakap nak bawak kak cik yaya
akk hamizah pun bawak sekali anak dia untuk teman main dengan yaya
alhamdulillah..lega aku takde la boring yaya sepanjang aku berkursus kat sinikan?

actually pengasuh dak Aish pun ada tau..
sebab yumi ni isteri cikgu ngajar sekolah aku sekali
Tu sebab aku planned nak bawak anak2 aku..
dia boleh tengok2kan anak2 aku..
tapi sebab dak Aish baru baik demam tu
tak berani aku nak bawak dia kawasan hutan2 camni..
plus aku belum pernah datang sini sebelum ni

Tapi bila tengok kawasan dan keadaan..
aku tak rasa tempat ni menakutkan untuk bawak budak2..
next time memang nak bawak...

inila rumah/resort tapi ala2 homestay yang disediakan untuk cikgu2 rest, mandi dan solat..
memang besar sangat ruang dia tau..
ada lebih kurang 5 bilik disediakan..
ish..memang pot baikla untuk bercuti santai2 lepak2 tenangkan pemikiran
selesa la..

nanti aku share gambar2 kat dalam rumah ni..

 ini tempat kami mendengar taklimat..
selepas makan pagi semua cikgu diarah kan kesini..
aku tak banyak sangat ambik gambar kat sini
kat dewan makan tu lagi la tak ambik sebab kelaparan tahap menangis tepi sungai bak hang!!

di antara pemandangan yang menarik yang sempat aku snap (ayat novel tetiba)
memang nyaman la kat sini
cuma bila aku sampai kat sini terasa rindu kat anak2 aku
tahun depan derang cakap nak buat lagi kat sini
inshaAllah aku nak bawak anak2 aku semua
dapatla derang merasa..

Ada sungai2 boleh mandi manda tau...
syiok!!

 bermulala ceramah2..
maka bermula kesangapan aku..
pffftttttt sangatttttt!!!



ustazah ni buat kami tak kering gusi...

senyap dok kat belakang..hehehehe
upah warna buku pencil ngan kudap-kudapan sikit..
senyapla duduk...

aku dan kakak2 tersayang...
entah kenapa ntah dari dulu kawan2 aku semua dalam kalangan akak2 yang dah 40 plus tau..
aku rasa syiok sangat kawan ngan derang2 ni...
tak masuk sangat dengan yang sama baya..
tak tahu kenapa??
no offence arrr...hahahaha

setel ceramah dalam kul 12 lebih..
lepas tu kami pergi lunch..
dan terus rehat kat rumah provided sampai pukul 2 petang..

sebab lepas tu kami akan buat outdoor activity plak..
yang ni memang paling best la..

tapi kena tunggu next entry la erk..
penat dah tangan aku menaip nih..
haihhh...

~ to be continued ~

8 comments:

Ika Chenta said... Reply Comment

mesti tenang je kat sane kn...

blogwalking sini.. :)

Nad MamaZN said... Reply Comment

comel la akak heheeh

ameris said... Reply Comment

bole bawa anak ekk rin?

ZazaMyMoon said... Reply Comment

mostly kat janda baik tu tempat ala2 mcm dlm hutan kan Rine. tp tengok tempat ni ok je.. ok I tunggu nxt entry u

TeacherAzimah said... Reply Comment

Bab dgr ceramah mmg sangapppp hahaha. Sabo jer lar.

Allene said... Reply Comment

aman je bebudak tu ye...

Gieyana said... Reply Comment

X sure td dh komen ka idak psl x leh go through jer td..bestnyer..nmpk tpt ni santai jer..ada sg dkt janda baik ni kn?

TeacherAzimah said... Reply Comment

Bab dgr ceramah mmg sangappppp hahaha