U Click Me...I Click U Back

Tuesday, June 3, 2014

Budak 4 Tahun Mati Tertelan Bebola Ikan

Sungai Petani: Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai akibat sesak nafas kerana tercekik bebola ikan dalam kejadian di Taman Sejati Indah di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang tadi ketika mangsa berusia empat tahun sedang makan tengah hari bersama ahli keluarganya.



Difahamkan, bebola ikan bersaiz sebesar duit syiling 50 sen lama itu tersangkut di kerongkong ketika mangsa mahu menelannya hingga mengalami kesukaran bernafas.

Sumber berkata, ibu mangsa berusia 30-an dengan bantuan ahli keluarga cuba mengeluarkan bebola ikan terbabit tetapi gagal lalu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bakar Arang berhampiran.

Menurutnya, bebola ikan terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan, namun keadaan mangsa dilaporkan tenat lalu dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Jabatan Kecemasan HSAH pada jam 3.53 petang oleh doktor yang merawatnya. Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis yang dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan kejadian dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : HMetro

P/s : sekarang ni banyak benda dah tak selamat nk didedahkan untuk anak kita...semoga tiada kejadian sebegini berlaku kat anak2 kita..al fatihah untuk mangsa..:-(

8 comments:

Syima Syaz said... Reply Comment

makan tanpa pengawasan kot... haila... risau...

CikNaa said... Reply Comment

kak..dalam gambar tu fish ball yg dia makan ke?

eima said... Reply Comment

alahai kesian nye .. kadang sifat ingin tahu budak2 tinggi .... nk try telan tanpa kunyah la tu kan

ameris said... Reply Comment

kena potong kecik2 fishball tu

Rai Ourkizuna said... Reply Comment

innalillah.. bila dah sampai masa.. benda kecil pun boleh jadi sebab kematian.. :(

Fuza Musa said... Reply Comment

subhanallah

syawalsimpsons said... Reply Comment

macam2 sekarang ni kan..al fatihah

LydSunshine said... Reply Comment

mohon Allah lindung kita drpd perkara2begini kan rin.