U Click Me...I Click U Back

Wednesday, June 18, 2014

Resepi ~ Karipap Roti

As salam..

hari ni mak jemah nak share resepi karipap roti yang tengah hangat masa kini
wakakaka..

hangatla sangattttt!!!

tapikan serius la..
pandai betul sesapa yang mereka2 resepi ni tau..
mudah kerja aku..
kebetulan anak2 cakap sedapnya Ummi!!
so bolehla repeat lagikan sebab anak2 suka

meh2 dekat sikit ceq nak kongsi resepi nih..
senang je..
kalau nak rasa sedap tak wajib kekome semua buat


aku copy paste resepi ni dari DapurJenab aka Mommycha


Bahan-Bahan:
  • Roti potong (jenama ikut suka hampa)
  • Inti untuk letakkan dalam roti (aku buat inti keledek + ubi kentang)
  • Tepung gandum + sedikit air sebagai gam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Acuan karipap (pakai size yang besar gabak tau sebab kurang sikit pembaziran roti giteww) 

Cara Membuatnya:


  • Memula kena gelek nipis roti sebab nak bagi dia tak serap minyak
  • Letak roti atas acuan karipap tu dan letakkan inti kat tengah2 roti (tips : inti digalakkan kering supaya roti tidak ternganga macam jerung nak baham manusia semasa menggoreng)
  • Pastu letak sedikit tepong gandum yang dicampurkan air tadi sebagai gam untuk karipap roti tu melekat elok.
  • Lepastu gorengla tak reti2 lagi..hehehe (minyak banyak dan api perlahan tidak hangus terbakar kehitaman)
Cara Membuat Inti Karipap (cara aku) :
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk
  • Masukkan dalam 1-2 sudu besar cili kisar
  • Masukkan 3 sudu besar serbuk kari
  • Tumis sampai pecah minyak
  • Then masukkan ubi kentang + keledek dan masukkan air dan biarkan ia betul2 kering
  • Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula
  • Kalau ada daging cincang lagi sedap wa cakap lu

SELAMAT MENKARIPAP!!!

11 comments:

syawalsimpsons said... Reply Comment

UITT..senang la kakak..boleh try kat umah ni kan...kalo pemalas sangat...amik mak punyer inti karipap sikit..kikikiki....elok gak anak2 saya pon suke makan roti

Ayu azmir said... Reply Comment

Wahh... senang tak payah nak uli2kan... just buat inti je... i like

MizzTina said... Reply Comment

kebetulan sgt sy xreti sgt buat doh dia.. blhla cuba nt, tu pun klu rajin..

Mama Zharfan said... Reply Comment

waaaa boleh try ni!! tp tak de acuan karipap kat umah hehhee

Mama Zharfan said... Reply Comment

simple & sedap

ZazaMyMoon said... Reply Comment

kannnn ..bertambah pemalas lah kaum mak2 didunia ni.. kulit karipap yg di transformasikan menjadi roti sajo.. hahaha.. tak payah susah payah uli tepong.. ikikiki

Aeen said... Reply Comment

mmg sedap kak karipap roti ni...ain pun dah penah buat dah...

Nad MamaZN said... Reply Comment

mudah keje..saya bab nak uli kulit tu yg renyah tu..dah ada senang ni folo je la kan..suka! saya pun dah buat hehe

Shakina Farhan said... Reply Comment

nt nak try jugak..xyah nak uli2..

Falsya said... Reply Comment

mudah sgttt..tp tuh laaa..bile nak wat kene tgk keadaan anak mcm mana..heheh

Fuza Musa said... Reply Comment

Eh eh
Ada juga gambo ayam tu!