U Click Me...I Click U Back

Thursday, June 19, 2014

Kalau La Kita Di Tempat Dia

As salam..
Hari ni mood terkejut
Sebab pagi2 datang ke sekolah
Dikejutkan dengan berita pemergian suami seorang cikgu ni.
Rupa2nya semalam derang dah khabarkan dalam group whatsapp sekolah..
Tapi aku dah sampai sekolah baru ON mobile data..huhu

Berdesup jantung aku bila dapat tahu.
Berat betul dugaanMu yaAllah..
Macamanala kalau aku di tempat akak tuh?
Al-fatihah untuk arwah suami kak halimatun..
Semoga arwah tenang di sana
Dan di tempatkan dalam kalangan para solihin..

Actually arwah dah mengalami injap bocor..
Ada lebih kurang 3 injap..
Tapi dah buat operation rasanya di IJN..
Setahu aku dah semakin baikla tahap kesihatannya..
Tapi Allah dah tetapkan ajal dan maut kita..
Tanpa lambat walau sesaat pun..
Innalillah..

Hari ni memang tak dapat nak BW..
Aku bizi sangat..
Budak2 nak sukan ahad ni..
So banyak urusan nak kena setel hari ni dan esok..

Ni budak2 rehat sekejap daripada latihan..
Dapatla aku update sikit kat hp..

Petang aku free aku melawat rumah korang2 erk..
Doakan keluarga kita sentiasa dilindungi olehNya..

Till then..

11 comments:

Nad MamaZN said... Reply Comment

innalillah...
salam takziah buat cikgu halimatun
al fatihah buat arwah..

bapa saudara husband saya pun meninggal pg tadi
tp kami xleh balik, husband je balik as wakil

AyuArjuna BiGoshh said... Reply Comment

salam takziah :(

Aty_Fared said... Reply Comment

ya Allah..saya takut memikirkan nya.. takziah untuk kawan akak tu..

ummi aqilah (LM) said... Reply Comment

Al fatihah..

Betul rine, ajal maut ditgn Allah. Mmg biasa kita dgr org sakit yg dah baik pergi. Kdg2 org cancer pun mcm tu. tau2 cancer merebak ke tulang atau darah. Ketentuan Illahi.

ZazaMyMoon said... Reply Comment

Salam takziah buat kawan u Rine..
apa2 pun kita mmg sentiasa dilindungi olehNya.. kalau dah ajal, kita tak boleh menolok.. Semoga kita sentiasa didalam lindunganNYa..

Allene said... Reply Comment

alfatihah....

dugaan untuk dia kak.

Ika Chenta said... Reply Comment

takziah,.
alfatihah..

Falsya said... Reply Comment

Salam takziah..al-fatihah..

lieyalatif said... Reply Comment

Allahuakbar..... dugaan yg besar...hope akak tu tabah.. moga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman....

Julia Johari said... Reply Comment

Takziahhh....al-fatihah...amin
Allah sayunya hati...julia BW semua blog hari ini semua kisah pemergian yg disayangi...Allahhhh...Allahhhh

TeacherAzimah said... Reply Comment

Innalillah...takziah