U Click Me...I Click U Back

Tuesday, June 24, 2014

Kalau Duit RM Rosak Nak Buat Apa?

As salam..


korang2 yang ada simpan wang RM yang sudah terbakar, terkoyak, berlubang, kotor atau lusuh, kecut (kebanyakkannya duit polimer/plastik), dimakan anai-anai, luntur warna, cacat, hilang ciri-ciri keselamatan dan banyak lagi...jangan buang tau!!

sebab korang boleh tukar wang tersebut dengan wang yang baru di BNM dan boleh mendapat nilai yang serupa dengan wang yang korang nak tukar tu sekiranya ;

FULL VALUE (NILAI PENUH) : 
  •  melebihi dua per tiga (2/3) daripada saiz asal
HALF VALUE (NILAI SEPARUH) :
  •  kurang daripada dua per tiga (2/3) tetapi melebihi satu per dua (1/2) daripada saiz asal
NO VALUE (TIADA NILAI) :
  •  kurang satu per dua (1/2) daripada saiz asal 

semalam aku telah selamat menukar wang RM50 2 keping yang lusuh
 dan RM5 (jenis polimer) 2 keping yang koyak kat Bank Negara Malaysia (BNM)..

tak sampai 5 minit pun selamat dah tukar...hahaha

memula korang pergi ke BNM yang berdekatan dengan korang
macam aku pergi dekat Jalan Dato Onn, KL
parking pun senang sebab boleh masuk parking kat dalam..RM1 sahaja..
aku siap tinggal lagi kakngah dengan dak Aish (tengah tidur) sebab ada polis 2 orang yang jaga dekat dengan kereta..
layanan polis pun sangat mesra..

then korang masuk korang cari kaunter tukar wang rosak..
dia memang tak bercampur dengan kaunter2 untuk urusan yang lain..
kalau tak pasti boleh buat pertanyaan di kaunter pertanyaan

then pegawai tu akan bagi korang borang seperti kat bawah nih..
isi borang dulu ni then baru submit kat dia..

 masa time aku datang semalam memang tak de orang...
so takdela lama sangat urusan aku kat sini..

borang ni ada 2 salinan..
salinan yang kuning depan tu untuk pihak BNM...

alhamdulillah dapat nilai sebenar duit aku yang rosak..

so korang2 yang masih simpan duit2 lama bolehla pergi ke BNM berdekatan untuk tukar duit baru ye..

untuk maklumat lanjut korang boleh tengok Prosedur yang lebih details di [Link]

11 comments:

eima said... Reply Comment

ye ke ... aku guna je buat byr tol dn lain² hahahhaha

umie shahidah said... Reply Comment

umie ade rm50 yg cmni.. tp biar kn aje... haha...

Cik Puan Rara said... Reply Comment

ooo mcm tu.so far x penah jd mcm ni.sbb selalu mst ingat je.mana simpan duit.hahaha.thanks for sharing kak.

Yana Ujang said... Reply Comment

ada sekeping rm5 terkoyak hampir nk terbelah dua duit tu..hahaha tu la mmg kt BNM je boleh tkr duit rosak..tp bank ni jauh dr tpt sy..tu jd mls nk menukar..simpn je dulu..sok dh byk duit rosak baru berbaloi pi bnm...ngee~

Allene said... Reply Comment

la.. ingat burn je... rugi ni... bnyk duit da buang. thanks akak...

lieyalatif said... Reply Comment

mujur rin share dlm entry nie....mmg berguna entry ni utk rujukan ...sebab lieya mmg tak tau ape2 pun pasal leh tukar duit nieh....selama ni ade gak yg koyak2..tapi masuk jek dlm tabung pastu gi masukkan kan dlm bank...mujur org bank terima hahaahahahaa

ZazaMyMoon said... Reply Comment

kalau terdesak boleh lah gi BNM tukar duit.. automatic dah boleh guna.. hehehe. kalau bagi duit lusuh kat kedai utk membeli sah2 org kedai tak terima.. tak laku katanya..

Falsya said... Reply Comment

Falsya tau psl nie pun sbb si nana gie tukau kat bank negara..hehee

athi FATHIYAH said... Reply Comment

informative!

Diana Rashid said... Reply Comment

tau jugak boleh tukar,cuma tak tau caranya je..sekarang dah tau le..hehe..

ieza ashaari said... Reply Comment

Tunggu jumlah 1k yg rosak br g tukar. Berbaloi skit. Hihi.