U Click Me...I Click U Back

Saturday, May 10, 2014

Pelakon Baru Oh My English Musim ke-3

Musim terbaru ini bakal menyaksikan para pelajar kelas 3 Merah telah meningkat setahun dewasa tatkala mereka memulakan semester yang baru di dalam kelas 4 Merah.

Watak-watak kegemaran anda seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran) serta guru-guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) akan kembali dalam musim ini dengan kisah serta jalan cerita yang lebih segar.



Pelakon terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy akan bergandingan dengan seorang pelakon yang melonjakkan namanya menerusi lakonan mantap dalam drama ‘Adam & Hawa’ iaitu Nadiya Nisaa.

Carmen Soo juga akan turut serta di dalam siri ini bersama pelakon komedi yang hebat iaitu Rahim R2. OME! Musim Ketiga juga akan memperkenalkan bakat-bakat baru yang semakin meningkat naik antaranya Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Juzzthin dan juga Sherry Alhadad.



Musim Ketiga yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad bermula dari 18 Mei 2014, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan siaran serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (saluran 135).

Sumber : http://www.budiey.com/carmen-soo-dalam-english-musim-ketiga/

5 comments:

ZazaMyMoon said... Reply Comment

jarang tgk cerita ni..
kalau ada time utk musim baru ni nnt nk jg tgk..

Ummiarissa Mahdi said... Reply Comment

Tak sabar nak tengok ogy jadi pengetua

LydSunshine said... Reply Comment

olo, nadiya nisa jadi budak skolah ke. Heheh.. muka tua.

khairul azwan Omar said... Reply Comment

Tak menarik sungguh nadia nisa jd bdk sekolah. Muka tua. Carilah pelakon lain. Bnyk lagikan. Sy minat cerita ni. Tp dh jadi rojak dh. Hampeh

khairul azwan Omar said... Reply Comment

Nadia nisa x sesuai. Dah tua sungguh. Belakon tuk slot remaja. Hmm. Banyak lagi pelakon lain kan. Cubalah jangan banyakkan kontroversi.