U Click Me...I Click U Back

Tuesday, May 20, 2014

Netbook 1Malaysia Hadiah Sempena Hari Cikgu Pada Seluruh Guru Di Malaysia

Bertuah sungguh menjadi guru, kebajikan mereka setiasa dijaga supaya terus gigih mendidik anak bangsa. Sebagai menghargai jasa mereka kerana tidak pernah kenal erti putus asa,  bersempena hari guru 2014 Kerajaan melalui Menteri Komunikasi dan Multmedia telah bersetuju untuk memberi Netbook 1Malaysia sebagai hadiah kepada seluruh guru di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam catatan laman sosial Facebook miliknya menyatakan bahawa pemberian Netbook 1Malaysia itu telah dipersetujui Kabinet.

ini hah rupa netbook 1Malaysia..
aku google je pong

Menurutnya lagi, untuk permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerima komputer riba tersebut dan selebihnya akan diberi secara berperingkat.

Untuk info anda, program pemberian Netbook 1Malaysia telah diperkenalkan pada 2010. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kadar celik IT dan komputer di kalangan masyarakat luar bandar. Sehingga hari ini lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti yang disasarkan kepada golongan keluarga kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah.

Semoga dengan inisiatif yang dilakukan Kerajaan ini dapat menyuntik semangat para guru di seluruh Malaysia agar terus komited  dalam mendidik anak bangsa sehingga jadi insan yang berjaya. Biarpun hanya sekadar netbook biasa, namun besar nilainya pada  guru yang  tahu erti bersyukur dan berterima kasih.

Nota Chekgu Azrine ~ Ramai kot yang tak tahu berita pasal pemberian notebook 1Malaysia nih..sebab aku pun baru je tau tadi dari seorang guru kat sekolah aku..dan Najib pun ada umumkan jugak...apa2pun tetap bersyukur kalau betulla dapat netbook tu nanti..alhamdulillah...better than nothing khennn...

15 comments:

Falsya said... Reply Comment

Wahhh bestnye kak rin..dpt notebook..

Falsya said... Reply Comment

Ehh netbook..silap..hehehe

mrs kayrul said... Reply Comment

bestnya...lepas nie best la nam buat kerja dan ngajar jer laju jer...

Cik Puan Rara said... Reply Comment

wow,ini sgt ohsem neh!

ZazaMyMoon said... Reply Comment

bertuah badan dapat netbook 1 Malaysia.. hope dgn pemberian ni lebih bersemangat lah cikgu azrine mengajar.. ;)

Damski Fashion said... Reply Comment

BEstnya... Untung cikgu dpt netbook, tapi memang deserving pun cikgu dpt tu, kalau dah satu hari layan telatah bdk2 sekolah kan.. ; ) Dh dapat nanti jgn lupa post entry dari netbook tu... ; )

Syima Syaz said... Reply Comment

wahhhh.... rezeki kak... netbook pun netbook la kan...

Nad MamaZN said... Reply Comment

saya tau berita ni masa berita malam 16mei aritu
alhamdulillah, rezki tu.. tanda terima kasih rakyat pd cikgu2 :)

syawalsimpsons said... Reply Comment

alhamdulillah rezeki..saya dah lama tahu ni...mmg akan di beri pada semua cikgu..tahniah kakak...

Mommy_Cha said... Reply Comment

untung kak.
kita dpt dairies book je
-.-"

Rizziela said... Reply Comment

syoknya sapa yg kerja cikgu kan

Diana Rashid said... Reply Comment

seronoknya.walaupun saya bukan cikgu..heheh

.saya pun baru tau berita nih..

Aty_Fared said... Reply Comment

besh gileerrrrrrr...!!!!!!

Ros Anis Rusli said... Reply Comment

kem anis keje tuh...dah 2 bijik anis dpt..taun lps dan taun ni..taun ni baru je dpt..tp xbukak kotak lg..xtau nk wat pe sbb dh byk sgt dgn laptop mumy dady lg sorg sbijik..huhu..

zuhari said... Reply Comment

Masalahnya bika? Dah berjanggut tunggu ni...takkan tunggu Hari Guru 2015 plak!