U Click Me...I Click U Back

Thursday, May 29, 2014

Luth Mahfuz

As salam..



Semalam aku tengok drama nih kat tv3..
Korang tengok tak?
Menjejeh2 air mata aku..
Aku nangis sebab aku tak SEMULIA Emma watak dalam cerita tuh..
Lakonan Siti Saleha..
Muka dia lembut je..
Alahai sejuk je tengok dia pakai tudung..

Zaman sekarang ni macam susah je nak cari isteri semulia emma tuh..
Baikla camne laki ko tu pun ada jugak bini yang tak semenggah..
Hahaha..
Biasa ar..kita pun manusia biasakan..
Bukan malaikat..

Tapi emma ni (watak isteri)..
Dia dah tahu dia akan diceraikan..
Dia cerdik..dia bagi syarat kat laki dia hold penceraian tu dalam tempoh 40 hari..
Kalau betul2 nak berceraila..
Hubs dia pun pelik sebab permintaan yang mudah je bagi hubs dia..

Memula aku pun tertanya2 kenapa 40 hari kan?
Rupa2nya dah nak akhir citer..
Dia ada penyakit yang hanya boleh hidup 40 hari sahaja..

So emma ni tekad nak bimbing laki dia dalam tempoh 40 hari tuh..
Supaya bila dia mati..
Laki dia boleh membimbing dan menjafi suami yang soleh dengan orang lain (isteri baru)..
Giler arhhh..
Honestly asking..
Korang mampu ke jadi macam Emma?
Dalam laki dia nak ceraikan dia pun..
Dia mampu lagi buat yang terbaik untuk laki dia..

Laki dia tu dah ada gf..
Tu sebab nk ceraikan dia..
Tapi lastly gf dia pun cari lain tinggalkan dia..
Sebab laki dia ni dah berubah..
Solat tak tinggal..
Kesan dari bimbingan Emma..

Eh..korang tengok tak semalam?



Paling aku sedih part yang atas nih..
Sedu2 aku nangis..
Hubs aku dah sampai London nuh mentido tak sedo diri..
Bahaha..
Layanla fefeling sedih aku sorang2..

Akhirnya isteri dia pergi jugak tinggalkan dia..
Masa tu jugak la laki dia balik rumaj nak mintak maaf kan Emma..
Nangis..nangis..

Korang nak tengok boleh kot..
Kat tonton.com ada rasanya..
Drama ni actually ulangan masa Maulud Nabi last Jan dulu..
Tapi semalam baru aku dapat tengok..

Sekian entry sedih pagi nih..
Uhuk

14 comments:

Mimy Hamid said... Reply Comment

sy tgh syok tengok tetiba laki ajak gi teman futsal...dah kena ikut...bengang je rasa ehh..baru nak feeling sedih hahaah

Tina Othman said... Reply Comment

Tgk half way hehe rasanya ni ceta ulangan sb penah tgk sikit kat youtube, jap lg nak try tgk.lah

Lynda Che Lah said... Reply Comment

tgk..tp dah tgh2 masa emma ajar suami dia ikut sunnah..kejut bangun tahajud..hubby pun tgk..ingatkan anak dia yang sakit..bila akak citer baru tau dia sakit sbb kami tgk separuh jalan..tu sbb tak faham..tq akak share..mesti sedih kan..dan pengajaran utk suami..bila isteri xde mmg dorg patah kaki :p

ummi aqilah (LM) said... Reply Comment

Bila tgk kata 40 hari tu terkenang cerita kat fb yg dorang selalu share tu. kes laki nk kawen dia mintak 40 hari tempoh. Lbh kurang sama jln cerita ni.


Sedih rine. Nanges gak tgk cerita ni. Sian dia..

ZazaMyMoon said... Reply Comment

alahaii tak tengok.. harus tengok ni kalau dah Rine kata nanges menjejeh2 air mata.. hehe

lieyalatif said... Reply Comment

alamak rin ni...baik punye promot nieh....lieya tak tgk...lagi pun mmg jarang tgk drama skrang....rase mcm terpanggil nak tgk nie...balik kang layan online lah.....

Nad MamaZN said... Reply Comment

xtgk pun..mlm td pi beli brg dapo
sape jd laki dia tu? fauzi nawawi ke?

syawalsimpsons said... Reply Comment

ada tengok...mmg sedey kan...mmmmmkalo pompuan zaman sekarang termasuk si jemah ni, belom tentu ni...

lieyalatif said... Reply Comment

ok lieya dah tgk dah haahahaha..gigih tau tak pi lepak ngan member dok tempat layan cite ni waktu rehat.....

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mmg sedeh pun....tak pasal2 mate merah nangis tauuuu..... sob sob sob...

Allene said... Reply Comment

akak cikgu lin tak tengok.. tp macam nak tgk... huaaaa.....
best je... tp cite sedih macam xleh tgk nnt emo.

Syima Syaz said... Reply Comment

saya tgk half way start emma tu nak buat kek utk anak dia.igtkan anak dia yg sakit... last2 dia yg sakit..

saya memang susah nak nangis tgk tv.the only 1 yang buat saya nangis, pondok buruk je.hehehhe

LYAfrina said... Reply Comment

tgk jugak..
mmg sedih sgt2..
huhu.. nilah, sedar di saat kehilangan.. dah xde gunanya

LydSunshine said... Reply Comment

Ada tengok ni ari tu. Hubby saya nak tukar channel nak tgk sukan selambe je aku tak bagi. hehe. Sedih cite ni, dan Siti Saleha sangat cantik dan comel.

Cuma ejaan Luth Mahfuz tu ye ke tak macam tu? Mcm sepatutnya Luh atau Loh je.

Anonymous said... Reply Comment
This comment has been removed by a blog administrator.