U Click Me...I Click U Back

Friday, May 30, 2014

Kanak-kanak Perempuan Ditemui Mati Dalam Keadaan Kepalanya Bercerai Dari Badan



Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.
"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.
Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 sumber : SINI

10 comments:

Julia Johari said... Reply Comment

YA Allahhhhhhhhhhhhh....x terkata nak komen apa pun tak tau....sekarang pi mana2 nak borak ngan kawan pun anakkkk nombor one...

syawalsimpsons said... Reply Comment

ya allah..takut je sekarang ni..sekarang ni nak membunuh tak kire muda tua, kanak2 semua kan..allahuakbar

ameris said... Reply Comment

takot ooii.. zaman skrg mcm2 rin

aThidEaN said... Reply Comment

ya Allah..mintak dijauhkan dari kita semua
semoga roh budak tu aman..syurga tempatnya tak kira dia beragama apa pon

Nad MamaZN said... Reply Comment

Allahu Akbar....
macam2 kes dah skrg
sedih sgt bila melibatkan mangsa yg masih kecik & x berdosa ni... :(

misz sheyla said... Reply Comment

gile tol org sekarang ni... :( nyawa tu buat mcm bnda xde harga lgsung

Rai Ourkizuna said... Reply Comment

sedihnya...

Syima Syaz said... Reply Comment

iblis!

ZazaMyMoon said... Reply Comment

kejam!!! tak tau nak ckp apa.. sedih sangat.. masih ada lagi manusia kejam mcm ni di zaman skrg..

LydSunshine said... Reply Comment

Rasa mcm takleh digest berita macam ni. Mmg ..ishh.. tak tau nak cakap la.