U Click Me...I Click U Back

Monday, May 12, 2014

Aish Iskandar, EBM dan FM | Breastfeeding Journey

As salam..

sebenarnya jarangkan aku kongsikan pasal breastfeeding journey dak Aish kat blog..
sebab aku memang aimed aku akan cerita bila dia dah melepasi umur setahun ke atas..
rasanya this is the right time to share with my beloved readers..

selepas melahirkan dak Aish..
ada 2x kot aku bagi susu fm kat dak Aish..
sebab memula aku rasakan yang dak Aish tak cukup susu..
tetapi sangkaan aku salah..
actually cukup je susu badan kita..
cuma sebabkan aku kurang pengetahuan dalam ilmu penyusuan susu badan nih
maka tersalah faham sign anak cukup tak cukup susu...

actually aku banyak dapat inspirasi dan ilmu daripada kekawan bloggers berkenaan breastfeeding nih..
Aku rajin google sampai aku jumpa blog sis Aty..
blog dia banyak share pasal ilmu bf nih..
dari kenal kat alam maya..
then kenal plak kat group gojes..
membawa jmpa kat luar..

lagi sorang is syima syaz..
pun aku banyak gali ilmu dari dia..
Even dia baru ada anak sorang..
tapi tak salah kot belajar dari yg lebih berpengalaman..
eventhough they all are younger than me..

lepas tu no more fm..
aku tekad nak breastfeed dak Aish sampai umur 2 tahun..insya-Allah
dan alhamdulillah setiap hari dapat bekalkan dak Aish susu aku kat pengasuh..
dan to be honest..
perjalanan aku menyusukan dak Aish was not so difficult..
I m not telling that it went so smooth without any problem..
tp yang minor2 jela..

 aku tak perlu bagi bekalan ebm banyak sangat kat pengasuh
sebab aku cikgu..
cikgukan kerja half day..
sebelum aku hanta aku dah siap2 bf kan dak Aish
incase tak cukup ebm..
aku akan direct bf dak Aish masa waktu free..
sekolah dengan rumah pengasuh not so far..
so bonus untuk aku kat situ
alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..

then when dak Aish was approaching 1 year old..
aku noticed production susu aku agak slow..
sebabnya masa dak Aish 10 months old..
aku dah start period for the first time after giving birth to him..
aku budget aku akan lambat lagi datang period..
tapi Allah punya kuasa...
sehari sebelum raya tu aku datang period..
tak dapatla puasa penuh..:(

then lepas raya production susu dah jadi slow sikit..
and due to period jugak..
susu pun malu2 je nak keluar..
but i did not give up at that time..
still keep on breastfeeding him..

then ko tak rasa kesian ke plak..
aku risau anak aku tak cukup khasiat sebab dok hisap susu aku
tapi tak cukup..
so aku decided to top up him with fm..
dan genap 11 bulan lebih dak Aish minum campur2
kat rumah memang hardly minum fm sebab dak Aish adalah pentegar sangat tek umminya..
bahahaha..
memang dia rejected fm okeh..

kalau malam memang tak lena la aku tidur...
sat2 ada bunyi-bunyian memintak tek..
pagi2 mata cam panda..
sebab dak Aish memang kerap sangat menyusu badan..
dia pesen kerap2 susu..
ngan sekejap2 je nyusu..
gitewww..
so memang sakit2 la badan ko kan bila bangun pagi...

then bila cuti sekolah akhir tahun..
lebih kurang sebulan lebih..
aku langsung tak ajar dia minum susu guna botol..
aku tersilap sebab aku ingat bila dah besar dia nak botol..
dia takkan reject botol sampai bila2..

then bila masuk tahun 2014..
aku hanta kat yumi..
dia dah start takmo botol ngan takmo fm...

then aku try beli botol yang ada straw..
sebab yumi cakap dia suka minum yang sorang budak ni punya
sekali dok ngan dak Aish kat umah pengasuh..
so aku belikanla botol camgini kat dak Aish..
ohh..btw..dak Aish minum susu DL yang perasa coklat sebab yang putih dia takmo..


tapi tak sampai 2 bulan dia dah takmo dah minum susu dalam botol nih
yang dia nak hanya air masak jek..
so bincang punya bincang..
pikir punya pikir..
aku decided nak tukar susu
aku try bagi dugro yang vege and fruits tuh...
and unfortunately dia rejected jugak..
hmmmmmmmmmm....ummi ko risau dik!!!

dan yang dia suka dan hadap hanyalah tek ummi dia..
penah jugak aku tak layan bila dia mintak susu aku masa tidur malam2..
dia kutir aku ko!!
Hahaha...

setiap kali aku ambik dia dari rumah yumi..
dalam kereta dia dah mintak tek aku..
siap sebut.."tek..tek" (sambil pegang kat tempat tuh)
kesian okeh....
kalau ko tak bagi dia mengamuk sakan..
stok guling2 ko..
alahai..
ni camne nak weaning off nih..

bila aku baca senang je adik2 yang berjaya wean off anak dia tau..
aku masalahnya dak Aish ni dia memang reject botol..
susu fm pun takmo telan..
aku ada jugak nak cuba2 try bagi minum susu kambing
tapi belum decide lagi which brand..
and belum khatam lagi review2 yang nak dibaca..

ada sorang kawan kat sekolah aku ni ada bagi anak dia minum susu kambing
dia promised nak bagi aku try yang dia punya dulu
tengok dak Aish nak tak?

sebab dak Aish ni jenis payah sikit nak pujuk2 dia minum susu dalam botol..
sebab dia masih tak faham lagi cakap aku..
so nak pujuk guna botol tu aku rasa umur dia 3 tahun ni baru boleh kot..
silap aku jugak sebab tak biasakan dia dengan botol
ummi ko ni pemalas dik hoii.
nak senang..sumbat je tek bagi tidur..
hehehehe...

dak Aish ni sekarang memang pantang aku berbaring tau
mesti datang nak selak baju aku
sebut..."ite...ite..."(maksud dia tek la tuh)
ppffftttttt sungguh..
kalau aku lena dia tepuk2 muka aku suruh bangun..
aku cakap susu dah habis..
terus dia nak landing kepala dia ke belakang,..
nak ngamuk tak pasal2...
memang payah nak menerima hakikat sungguh!!!
so acaner aku nak wean off??
aku bukan nak terus wean off..
cuma aku nak start dah kurangkan ketempekan dia dengan tek aku...
sebab susu pun dah takde ala banyak sangat
aku risau dia tak dapat cukup susu jek..

korang ada apa2 cadangan tak??
atau nak share pengalaman korang..
atau korang punya pengalaman sama dengan aku??
bolehla suggest or bagi pendapat ek..
aku memang totally lost camne nak selesaikan masalah anak aku takmo minum fm
yang dia hadapkan susu aku yang tak berapa nak ada nih..
ke nak biar je sampai dia tak nak sendiri??

dalam islam pun menggalakkan para ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu selama 2 tahun

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”. al-baqarah 233

 TIA


7 comments:

syawalsimpsons said... Reply Comment

pada saya akak bagi je la sampai dier dah tak nak..mmg kiter rasa macam tak banyak dah susu..tp as long dier nak, bg je la kan...anak2 je tahu banyak ke tak susu yg dorang minum kan..kadang tu kiter rasa dah tak berapa nak ada...tp padahal bebudak ni banyak je kan...saya si izz pon gitoo...saya kasi je la selagi dier nak kan

Julia Johari said... Reply Comment

Harap sgt next baby dpt pengalaman mcm cikgu...breastfeeding journey julia sgt suam2 kuku...nak cerita pun segan...sis betul2 kuat semangat...hebat mama aish ni...terpegun

Nad MamaZN said... Reply Comment

alhamdulillah...
rezki aish. emmm, nak share pendapat mcm xreti plak saya bila bab macam ni walaupun saya pun bf kan nayli gak
tp start umo 2 thn mmg nayli dah campo susu. setakat ni dia xtolak fm. tapiiiiiiii tetap nak gayut jugak! adoi la!
cuma tu la, anak2 ni peelnya bukan sama kan... harapnya ada penyelesaian utk masalah akak ni. aish, jgn buang ummi pening k! hehe

Falsya said... Reply Comment

Kak rin..alhamdulillah kak rin dpt bf kan aish lama tuh..falsya skang nie production dh kurang..sedih betul..dh la mek tembun tuh selalu bergayut time memlm..so sgt memahami bab menempel tuh..

Tergelak2 falsya bile aish dh pandai mengutir ummi die..ahahahhaa

Wawa Yusoff said... Reply Comment

nak sahre pengalaman pun mcm payah sebab diri sendiri pun tgh struggle utk wean off. keh3

all the best lah untuk kita ye cikgu :)

SyimaSyaz said... Reply Comment

haishhh... malu lah saya.saya failed la bf...

takpe kak... selagi dia nak bagi je.aisy dapat khasiat yg super duper extra, tu yang bijak sangat tu...
breastmilk rasa dia macam2, sedap.sebab tu dia susah nak accept fm kot, sb fm 1 rasa je...hehehehhe

LydSunshine said... Reply Comment

memang mcm tu kot kalo anak bongsu. hehehe... botol tu mungkin dia rasa tak sesedap tek ummi dia. yg ummi pun tak sampai hati gak bila tgk dia menyondol2 nak tek kan?