U Click Me...I Click U Back

Thursday, April 17, 2014

YB Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan di Gopeng

Terkini! Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Di Gopeng. Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh dikatakan mati akibat kemalangan maut sebentar tadi di Lebuh raya Utara Selatan.


GOPENG- Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang juga bekas Pengerusi DAP di khabarkan terlibat dalam kemalangan ngeri di lebuhraya utara selatan berhampiran Gopeng.

Kenderaan jenis Toyota Alphard putih milik Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini yang mempunyai Jata Ahli Parlimen dilihat dalam keadaan teruk.

Sumber dari Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Batu Rozan Azen Mat Rasip mengesahkan kemalangan tersebut serta memaklumkan Karpal Singh turut terbunuh dalam kejadian sebentar tadi.

Turut terkorban dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

5 comments:

Azian Elias said... Reply Comment

accident dia so bad.. ngeri tengok mayat.. boleh pulak depa tunjukkan.

ZazaMyMoon said... Reply Comment

terkejut dgr berita ni pagi td dlm radio..
RIP Karpal Singh!

Zara Nurhaidah said... Reply Comment

seriously ??? O.O

eima said... Reply Comment

ohoo yg aku tgk td tu seriously him ... RIP
kali pertama terselamat kali ke2 maut ... hmmmmmm

Falsya said... Reply Comment

Terus segar mata baca news pasal karpal nie kul 5 pagi td..