U Click Me...I Click U Back

Thursday, April 10, 2014

Al-fatihah - Jeremy Little Meninggal Dunia Di Mekah

KUALA LUMPUR: Industri muzik hari ini dikejutkan dengan kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Jeremy Little, 31, di Makkah awal pagi tadi.

Pemergian pemuda yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana, mendapat perhatian ramai penggiat seni termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuat naik status mengenai kematian Jeremy di laman sosial miliknya.

"Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah ketika mengerjakan umrah.

“Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun,” tulis ulama itu di Facebooknya.

Punca kematian Jeremy setakat ini belum diketahui, tetapi difahamkan beliau menghidap kanser.

Selain bergelar CEO Tune Studios, Jeremy juga pernah menerbitkan filem Kil bersama dua lagi sahabatnya, Nik Amir dan Rewan Ishak.

Beliau juga sebelum ini pernah bergelar DJ dan aktif membantu mempromosikan kumpulan indie tempatan.



Sumber : http://www.bharian.com.my/

1 comment:

eima said... Reply Comment

semoga arwah di tempatkan di samping org beriman .. bertuahnye arwah dpt ke sana dan meninggal di sana ....

mudanye lagi ..sebaya suami aku .. huhu