U Click Me...I Click U Back

Wednesday, April 16, 2014

16-04-2014 ~ Genap 6 Tahun Aku Sebagai Cikgu..

As salam..

ek eleh..
baru 6 tahun je pun
dah kecoh!!!
hahahaha

bukan nak kecoh sangat...
nak tinggalkan jugak kenangan kat blog kesayangan aku nih...

syukur alhamdulillah
hari ni genap la 6 TAHUN aku bertugas sebagai seorang guru
aku menyara anak2 aku dengan menjadi seorang guru
dan selama 6 tahun aku dapat timba pengalaman di 2 buah sekolah yang berbeza...

11 tahun dahulu (lebih kurangla)
aku hentak2 kaki cakap takmo masuk UPSI
tak minat nak jadi cikgu pun..

tapi sapa la kita nak berkata tidak dengan kuasa Allah kan??
finally aku masuk juga UPSI dan belajar selama 4 tahun kat Tg. Malim..
dengan 2 orang anak masa tu..
memang perit sebenarnya..
tapi aku anggap itu rezeki, dugaan dan bahagian aku untuk aku

aku kat UPSI buat first degree dalam bidang sekolah rendah..
sekarang course ni dah takde kat UPSI sebab KPLI dah take over
KPLI ni bila dah habis setahun tu guru2 akan ditempatkan di sekolah2 rendah aje..
so UPSI stop la course sekolah rendah ni
sebab takmo jadi lambakan guru2 sekolah rendah plak nanti...

THROWBACK (SK GOMBAK SETIA)

aku posting di SKGS pada 16 April 2008...
masa posting aku tengah sarat mengandungkan kak cik Yaya..
so kiranya umur kak cik yaya tu la berapa lama aku dah bekerja sebagai cikgu..
hehehe (senang nak kira)

sebelum aku posting aku jadi guru ganti kat sekolah tu selama 2 bulan..
then masa nak dekat posting pihak JPN selangor kol aku tanya sekolah mana yang aku nak kat daerah Gombak..
aku pun tanya SKGS ada kosong tak..
kebetulan ada la beberapa kekosongan
so dapatla aku masuk mengajar di sekolah tuh..
sebab dekat dengan rumah
dan sudah biasa dengan budaya sekolah tu...

aku mengajar subjek matematik masa mula2 posting dulu
sebab masa tu subjek sains dah penuh..
masuk plak dah bulan 4 kan??
jadual pun dah tetap..
so tak boleh nak rombak2 sesuka hati jek

memandangkan aku pun dah sarat mengandung..
so derang bagi je jadual mengajar subjek bukan teras je kat aku..
dan subjek teras matematik untuk 2 kelas kalau tak silap aku la..
hehehe..

budaya sekolah SKGS ni..
aku bukan nak puji tau
tapi cikgu dia semua rajin2..
termasuk cikgu2 lelaki..
memang SANGAT rajin tau..
so bila aku dok sekolah tu dengan2 aku pun yang pemalas ni jadi rajin jugak (ikon muka merah2 tahan malu)


ini la muka cikgu novis masa baru masuk tahun ke2 mengajar di SKGS..
kakak2 kat atas ni semua dah lama jadi cikgu tau..
so aku respek betul cara derang..
ni semua kakak2 yang banyak bagi aku tunjuk ajar...
tq to u sisters!!


aku gelak berdekah2 okeh tengok gambar ni..
sebab aku teringat aku kena buat persembahan hari guru depan murid2..
lagu plak ala2 60-an punya lagu
serius aku lupa la tajuk lagu tuh
wakakaka..
tapi memang kenangan yang tidak boleh dilupakanla..
tak silap aku ni masa hari guru tahun 2009


ok..ni hari guru tahun 2010..
semua cikgu tahun 5 pakai sedondon giteww...



inila guru besar aku masa aku di SKGS
Pn.Norhayati..
sekarang dia dekat SK Taman Selaseh...
masa ni dapat hadiah menang perlawanan boling sempena hari guru..

yang paling syiok bila dapat jejalan pergi lawatan sambil belajar dengan murid
(sambil belajar la sangatttttt)
hahaha



ini masa pergi lawatan Petrosains dan Aquaria kat KLCC
tak silap aku was in 2009...
cikgu yang sebelah kanan aku tu rapat sangat dengan aku
tapi sudah arwah
al-fatihah untuk arwah kak min..
semoga tenang di sana... :-(


ini masa lawatan ke ZOO NEGARA in 2010 kalau tak silap..
tula..bila dah umur meningkat ni..
tahap keterlupaan pun meningkat
bahaha..


dengan anak2 murid yang comel..
derang ni semua aku rasa dah tingkatan 3 atau 4 kot..
fuhhh...dah becar2 semuanya..


semuanya nakal2 tau...


lepas habis tawaf zoo negara
kita mandi manda plak di Desa Water Park..
ni gambar dah nak balik dah..
sempat buat group photo macam nak buat cover album
kikikikiki
masa ni aku bawak kakak ngn kak ngah ikut aku
even derang bukan murid sekolah ni..
purak2 sajok!!!
bahahaha

dalam banyak2 program yang aku terlibat masa kat SKGS dulu
aku rasa yang paling best dan challenging ialah masa aku terlibat dengan projek dari BP (syarikat minyak)
masa tu derang buat program dengan sekolah2 yang terpilih untuk program BP MyScience Challenge..
something yang related dengan 3R jugak..
dah berlangsung selama setahun kot
aku plak terpilih sebagai cikgu yang incharge..
sakan aku berjalan sana sini..hehehe


sesi memecah otak di Kuala Selangor..
ini actually penutup program nih
sebelum2 tu ada buat kat macam2 tempat..
banyak sangat gambo nak tempek..
nanti muntah hijo plak!!



hasil pecah otak..
biasa2 je nak banding dengan booth sekolah2 lain..


pastu kena buat persembahan untuk mewakili setiap sekolah
ada markah yang derang collect untuk cari sekolah mana yang johan..
sekolah aku tak menang...
bukan rezeki..



dapat kenal pasti tak mana cikgunya??
ngeeeee...



sesi gedik2 dengan anak2 murid sendiri..
derang semua ni dah tingkatan 4 kot..
nak kira balik pun malas..
bahahaha..
mungkin jugak tahun ni derang ni SPM...
besar dah semua 
dan cikgu doakan semuanya berjaya dalam kehidupan masing2

2 tahun lebih je aku sempat di SKGS...

kenapa 2 tahun je??

kenapa aku di'paksa' tukar di SKTM 2?

to be continued...

14 comments:

Maria Firdz said... Reply Comment

alhamdulillah... tahniah cikgu... alahai dekat je ea... dulu sy selalu ke KKIA gombak setia check up anak saya... :)

Falsya said... Reply Comment

Skgs???..ingat smkgs..sekolah falsya..hehehhe..

Happy 6 years anni kak rin..;)))

syawalsimpsons said... Reply Comment

6 tahun sama usia ngan saya keje kat KPM ni....banyak kenangan tu

syawalsimpsons said... Reply Comment

6 tahun sama usia ngan saya keje kat KPM ni....banyak kenangan tu

Allene said... Reply Comment

jadi cikgu macam2 aktivitikan kak...

eima said... Reply Comment

wahhh ... nmpk la mmg cekgu ni sgt baik la ...
tgk cara layan budak2 ... goodluck cekgu ...

Nad MamaZN said... Reply Comment

seronok baca citer #throwback
xsabar tggu sambungan :)

Sherwieyna Muzzawer said... Reply Comment

Wah bertuahnya. 6 tahun tu kira lamalah juga, macam2 ilmu dan kenangan yang ada. tengok gambar2 awak aktif betul sebagai guru. apapun tahniah dah 6 tahun berkhidmat sebagai guru :)

IeRA said... Reply Comment

salam perkenalan..

Afandi Othman said... Reply Comment

Salam.

Teringat pulak zaman sekolah dulu. Hehe

LydSunshine said... Reply Comment

itu baru 6 tahun mengajor. Memacam kenangan dah ada. Menang boling la, gi zoo la, waterpark la. Seronoknya jadi cikgu ni. Sebab dpt tgk mcm2 perangai budak2 kan rin? Org ni dulu cecite nak jadik cikgu, tp tak lulus exam maktab. Kehkeh.

Mimy Hamid said... Reply Comment

tahnaih kak jadi cikgu pendidik keje mulia...

Ibu Lala said... Reply Comment

dekat je kitew. nanti leh jumpa.

Umi Qi said... Reply Comment

SKGS...dari darjah 1-6 umi QI sekolah sana cikgu...byk yer memori cikgu kt sekolah tu...happy 6 years working cikgu...byk pahala kerja sebagai guru ini :) tahniah cikgu