U Click Me...I Click U Back

Thursday, March 6, 2014

Umur Berapa Nak Pencen?

As salam..

semalam aku dapat share daripada kekawan group dalam wasap...
gambo tu buat aku tergelak keseorangan..
nasib gelak kat rumah..
kalau gelak kat tempat awam??
mau derang cop minah sewel mana nih plak tetiba gelak sesorang...
bahahaha...



aku pernah terfikir tau masa pekeliling ada keluar pencen dinaikkan sampai umur 60 tahun..
akukan mengajar sekolah rendah...

adalah cikgu2 buat lawak..

"umur dah setara boleh panggil atok..nenek..opah segala bagai..pastu kena mengajar murid2 dah setaraf dengan umur cucu sendiri"

korang dapat bayangkan tak??

tapi situasi kat atas tu bukan hanya akan menjadi bahan lawak sematakan??
mungkin betul2 akan berlaku...
sebab memang dah ramai sangat yang mintak pencen umur 60 tahun kan??

macam aku..aku stick aje pencen umur 58..
memangla tak banyak beza..
benda ni bergantung kepada keadaan kesihatan aku masa tuh..
kalau rasa dah tak larat dah bolehla apply pencen awal kan??

aku pernah la tanya kekawan cikgu yang dah berumur..
sebab  derang selalu mengadu dah tak larat nak teruskan servis bila umur dah mencapai 50-an..
tapi disebabkan sayangkan gaji yang banyak..
sebab derang masih tolong suami menyara anak2 yang sedang belajar di U atau di sekolah menengah..
maka derang takde pilihan..
terpaksa tunggu sampai umur dah sampai tahap pencen...

aku pun tak tahu lagi camne nasib aku 16 tahun akan datangkan??
masa tu umur aku dah mencecah 50 tahun..
tak tahu la larat tak lagi nak mengajar...huhu..
kalau ikut hati sekarang jugak nak pencen...

APTB!!!

14 comments:

Nad MamaZN said... Reply Comment

In shaa Allah...
Doa sentiasa diberi kesihatan yg baik.. =)

Petak Bunga said... Reply Comment

bg la kat org muda plk nak kerja..
duk rumah main nga cucu lah.

Rizziela said... Reply Comment

Untung juga boleh pencen..kami yg private esok..dah tua2 tak tau nak buat apa plak

Maria Firdz said... Reply Comment

betul lah tu kan... ank murid pun xde minat nk bljr... mmg akn dtg nenek melaram sbb nk g mengajar.. hehe

TeacherAzimah said... Reply Comment

Btl...ikut hati aku pun nak pencen sekarang jgk hahaha

Rai Ourkizuna said... Reply Comment

kes umur pencen dilanjutkan ni saya kurang setuju.. umur macam tu patut dah duduk rumah je.. bila ramai yg tak pencen2 tu still kerja.. yg muda2 nanti takde kerja la jawabnya.. padahal yg dah berumur tu kerja pun dah tak berapa nak efisyen..

err..saya kalau boleh sekarang pun malas dah nak kerja..hahaha..

Amanda Suria said... Reply Comment

Abah SA pencen umur 60 tahun..cucu dah nak masuk 6 orng dh..heheheh...lama giler nak tunggu 60 tahun..

syawalsimpsons said... Reply Comment

saya pencen 56tahun kak...

fuza said... Reply Comment

U kan cikgu vogue

JunAina said... Reply Comment

Pencen 60 ni sebenarnya menutup peluang kepada org muda untuk kenaikan pangkat. Suami akak pencen mula2 sign 56 kemudian sambung 58 lepas tu tak mau samabung dah tapi bila duduk rumah dia bosan pulak akhirnya keluar cari kerja lain pulak. Biasa kerja 30 tahun lebih tiba2 duduk rumah dia sakit sana-sini...ehehhee...

Falsya said... Reply Comment

falsya je xde pencen..sbb private sector..hehe..

ZazaMyMoon said... Reply Comment

ahhaha masa tu student tak panggil cikgu dah diorang akan panggil "Opah Azrine" wakakakkaaka *joking* =)

LydSunshine said... Reply Comment

rin mmg agak lawak katun tu. huhu. tak perlu tunggu sampai umur 60 rin. kat ofis saya ni skrg pun majoriti semua umur 30an ke atas. pastu ada fresh graduate masuk, tetiba saya terdengar dia kata, 'ofis ni tak best la semua tua-tua je.' deng! hahaha..

kalau ikutkan badan, sekarang pun dah rasa tak larat nak kerja nak juggle between rumahtangga, jaga anak dan keja. rin lagi la.. cikgu banyak kerja yg tak berpenghujung. tapi hanya sebab nak bantu suami je masih kerja. kalo tidak, dah lama saya resign.

Umi Qi said... Reply Comment

Hehehhe....nak pencen awal cikguu...nak htr anak sekolah heheh