U Click Me...I Click U Back

Wednesday, March 5, 2014

Buat Passport di Jabatan Imigresen di UTC Sentul

As salam...

nak share info untuk memudahkan sesapa yang dekat KL untuk buat passport 
atau sesapa nak renew passport..

sebab dekat sini sistem dia canggih sikit..
gambar pun ambik kat kaunter jek..
tak payah isi borang apa2 pun..
kahkah...
banyak syiok...

kalau nak buat passport atau renew..
korang just bawak kad pengenalan korang dan surat beranak..
sebab aku nak buat passport untuk kakak alyaa...
so budak yang bawah umur 21 tahun mesti diiringi salah sorang parents untuk sign..
kad pengenalan ibu atau bapa atau penjaga..
kad pengenalan pemohon
dan surat beranak...
semua tu wajib buat copy (fotostat) ye...
gambar tak payah pun takpe

aku merujuk kat Jabatan Imigresen UTC Sentul je tau..
tempat lain aku tak pasti prosedur dia sama ke tak??




outside view of UTC Sentul
sumber : google

kat sini ada jugak JPJ dan JPN untuk kemudahan orang awam...

aku datang sana nak dekat pukul 6 dah sebab nunggu kak ngah habis tusyen..
sampai sana aku naik ngan kakak ngan kak ngah je..
jangan lupa sebelum terjah sila fotostat ic penjaga (ibu atau bapa), 
surat beranak dan kad pengenalan pemohon..
duit rm100 sebab aku buat 2 tahun...
kalau nak buat 5 tahun sediakan rm300 k..

sampai je ambik no terus kena panggil..
wah..syiok sangat...
tak payah nak tunggu lelama...



 ambik gambar pun kat kaunter jek..
senangkan??
aku rasa kemudahan ni hanya ada kat UTC Sentul je..
kat tempat lain masih belum ada..
itu menurut pekerja2 kat situ la ye..

tapi derang break pukul 7 untuk rehat, makan dan solat..
so aku terpaksa datang balik pukul 8.30 untuk collect passport..
so korang2 kalau nak datang sini..
jangan datang nak dekat pukul 7 ye..
datang awal lagi baik...

waktu operasi derang ialah 8.00pg sampai 10 malam..

dah siap passport kakak..
dah boleh jalan2 ober the sea gitewwwwww.....
ehem..ehem..

sesapa yang nak datang ke UTC Sentul..

Alamatnya seperti di bawah ;

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Cawangan Mini UTC, Sentul
Aras 1, Pusat Transformasi Bandar,
Jalan 2/48A, Sentul Perdana, 
Bandar Baru Sentul
51000, Kuala Lumpur

waktu operasi : setiap hari 8pg-10mlm

Tel : 03-404000143/614/148
Fax : 03-40400103


24 comments:

Fuza Musa said... Reply Comment

Nak ikut p overseas

SyimaSyaz said... Reply Comment

hmm depan UTC sentul ni la saya accident kak...saya dirawat pun kat klinik 1malaysia sentul ni...

Nana said... Reply Comment

wewitt nak g mana tu hehe

Nad MamaZN said... Reply Comment

Ni mesti nak ke mana2 over the sea ni... Bestnya..! :)

Tq kak share info ni..

eima said... Reply Comment

wahhh nk jln2 mana tu ... utc ni mmg canggih sikit semua dalam dlm ni ... mudahkan rakyat la

lemongrass said... Reply Comment

Thanks ye share pasal tempat ni. Sebab memang we all dua orang kena renew passport by December tahun ni. Lepas ni boleh lah try kat sini pulak

ZazaMyMoon said... Reply Comment

yeayyyy thx so much Rine..
mmg nak gi imigresen pun dlm masa terdekat ni coz nak renew passport.. sll I pergi kat Setapak je.. sana kalau nak pergi kena beratur dpn pintu sebelum suboh yer..
Kt UTC ni bukak tak weekend?

ameris said... Reply Comment

tq rin bg info. nnt leh dtg sini nk wat paspot.

Falsya said... Reply Comment

Nak gie mana tueeee..;)

TeacherAzimah said... Reply Comment

Ehemm ehemm.. nk gi mana tu? Nak kirim blh? Hikhik...

Torascool said... Reply Comment

salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com

Mimy Hamid said... Reply Comment

dekat ngan umah sy kak...UTC ni mmg senang..hari tu handbag hilang..buat ic pun senang weekend..tak payah amik cuti..sini ada jpn jpj..renew lesen pun tak susuah

nn lylyln said... Reply Comment

wah adik...samalah cerita entri kite.. tapi akak wat passport bulan 11 tahun lepas tp bru nak bercerita...

Anonymous said... Reply Comment

Akak pun baru g pagi ahad lepas kt situ. Habis amik nombor g isi perut. Masyallah sedap lah sgt makanan kt situ. Roti canai teh tarik n nasi lemak n kue teow kaw kaw. Hihi...time passport collection pkl 4 ptg. So abis je amik pasport g smula mkn mkn kt situ. Hihi

diana said... Reply Comment

nak gi mana tu ye?/jalan jauh nampak??

Ardini Humaira said... Reply Comment

passport dni expired 13march ni. gabra gak. nak kena standby dengan pas lawatan siap2 :)

msredcheesecake said... Reply Comment

passport sy dah lama expired... tak de plan nak gi obersea, malas renew...

nak gi obersea ke ni?

LydSunshine said... Reply Comment

bagusnya buka kaunter sampai kul 10 mlm. anak beranak buat passport... nak gi obersi letteww...

muhammad hafizuddin said... Reply Comment

Thanks sis.. sangat berguna :D
Esok buat pasport !!

Wiesa Jass said... Reply Comment

kalau nak tukar IC at utc sentul agak2 bole dapat on same day x? share sikit sape yg ad experience. thanks in advanced!

Wiesa Jass said... Reply Comment

kalau nak tukar IC at utc sentul agak2 bole dapat on same day x? share sikit sape yg ad experience. thanks in advanced!

shah said... Reply Comment

Boleh kena dtg awal.. Kalau dtg mlm Kdg2 dia suruh amik esok

Huda Daud said... Reply Comment

Sy nk tnye. Kalu dtg esk, bukak ke ?

Nur Azaneen said... Reply Comment

Npe kt bord informasi pintu imegresen ni xde maklum jam 7~8 mlm (rehat). Tp sy smp jam 645pm dh ttup kaunter..

Sedehhhh pnat rushing td