U Click Me...I Click U Back

Wednesday, February 26, 2014

Dua Beradik Mati Dikelar Amah


SUNGAI BULOH - [Dikemaskini] Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam.

Kanak-kanak malang itu berusia 5 dan 1 tahun 6 bulan serta suspek ditemui meninggal dunia di tempat kejadian.

Warga Indonesia dikenali sebagai Agnes umur lingkungan 30an ditemui bersama Melvin Selvan Joseph, 5, di bilik tingkat bawah.

Manakala adiknya, Kuay Jia Hong ditemui di tingkat atas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang mengesahkan kes sebagai bunuh dan bunuh diri.

"Ketika ditemui, semua mangsa ada kesan kelar di leher.

"Pihak polis  turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, keluarga mangsa hanya menyedari kejadian selepas pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

sumber : SINI

4 comments:

Nad MamaZN said... Reply Comment

Sedih btul...
Dh dipertanggungjawabkan utk bantu jaga anak2, balik dr keje tgk anak2 dah takde
Sebaknya rasa bila mengenangkan penerimaan makpak dorg bila tau pasal hal ni..

mama ila said... Reply Comment

sedihnye....kejam..

eima said... Reply Comment

klu aku boleh gile kot ... nape la pi bunuh anak org bunuh diri sendrik sudah la.....

Falsya said... Reply Comment

Falsya baca berita nie bile tgh stuck kat jem pagi td..sedih betul..sebak sgt hati nie bile baca..baby tuh xslh pun..bersyukur sgt yg jaga anak falsya skang nie mak falsya sendri..kalau x, hati mmg xkan tenang jer..;(