U Click Me...I Click U Back

Tuesday, January 7, 2014

Maybank Memperkenalkan Sistem Pengeluaran Wang Tunai Tanpa Kad di ATM

Malayan Banking Bhd (Maybank) memperkenalkan kaedah baru pemindahan wang yang membolehkan penerimanya mengeluarkan wang di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) bank itu tanpa menggunakan kad bank.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai bank pertama yang menawarkan perkhidmatan itu di ATM tanpa menggunakan kad di negara ini. 

Menerusinya, pelanggan Maybank yang mempunyai akaun perbankan dalam talian kini boleh menghantar wang terus kepada sesiapa sahaja di negara ini hanya menggunakan telefon mudah alih.

Penerima pula, boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad ATM Maybank.

Sebagai langkah pertama bagi menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan Maybank (pemberi wang) yang ingin menghantar tunai kepada individu lain perlu melaksanakannya menerusi laman web Maybank2u.

Pemberi wang perlu menaip nombor telefon mudah alih penerima yang akan menerima nombor pengenalan transaksi (ID-1) menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Maybank.

Pada masa sama, pemberi juga akan menerima ID transaksi yang berbeza (ID-2) daripada Maybank menerusi SMS.
Pemberi kemudian akan menghantar nombor pengenalan ID-2 kepada penerima. Penerima akan menggunakan kedua-dua nombor yang diperoleh itu untuk mengeluarkan tunai yang diberikan kepadanya di ATM Maybank.

Penerima perlu ke ATM Maybank dan menekan butang di paparan sentuh dan mengikut arahan yang disediakan.
 
sumber : Berita Harian

p/s : sekarang ni semuanya di hujung jari..makin moden dunia makin memudahkan kita..
p/s : lagi senang nak shopping online ek?? (oppsss)

No comments: