U Click Me...I Click U Back

Wednesday, January 8, 2014

Masak Char Koay Teow 5 Minit Dengan Sos Char Koay Teow Shah Flavour

As salam..
tajuk tu macam tak boleh blah je kan??
hahaha..

 ni semua gara2 tengok blog Kathyjem
 sebab Kathyjem kongsi camne nak buat char kuey tiaw yang paling senang kot..
terus aku WA anak tiri aku yang keje berdekatan dengan Mydin Subang suruh belikan 2 botol terus Sos Char Koay Teow Shah Flavour
dan memang tak menyesal okeh..
terbaek lah!!
rasanya memang sama macam kita makan kat luar tuh..
kerrrllasssss!!

inila sosnya..jengjeng

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

360ml =RM 6.90 750ml =RM 13.80

aku beli yang besar terus..
masa aku beli ni aku tak tahu pun ada banyak tempat yang dah jual sos nih..
aku ingat Mydin USJ dan beberapa tempat je yang ada jual..
hehehe..

 bila aku googled je rupa2nya ada banyak tempat yang dah jual  Sos Char Koay Teow Shah Flavour
 korang boleh rujuk [Link] nie untuk tempat2 yang jual Sos Char Koay Teow Shah Flavour

ok..jom tengok camne aku buat Char Koay Teow versi aku sendiri
sukatan aku tak bagi ek..
sebab semua aku main hagak2 aje ok


Bahan-bahan 
  1. 1 bungkus char koay teow
  2. 5-6 ulas bawang putih - diketuk
  3. 3 sudu besar cili kisar / cili giling / cili boh
  4. sedikit sos tiram
  5. udang basah / sotong basah / daging
  6. fish cake dan fish ball (optional)
  7. taugeh 
  8. kucai
  9. telur 3 bijik
  10. 1-1/2 cawan air
  11. sedikit minyak untuk menumis
  12. 9-10 sudu besar  Sos Char Koay Teow Shah Flavour
kalau sesiapa yang nak boh kerang pun ok sebab umah aku takde stok kerang..
memang tak penah ada sebab aku alergik kerang..

Cara Membuatnya
  • panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah diketuk sehingga kekuningan
  • masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak
  • masukkan udang atau apa2 bahan basah yang korang suka
  • masukkan air, sos tiram, dan sos shah flavour dan tunggu menggelegak...(air ikut korang nak basah atau kering)
  • masukkan fish cake dan fish ball
  • masukkan kuey tiaw, taugeh dan kucai 
  • pecah 3 biji telur ke dalam kuali dan kacau2 sikit
  • dah sebati terus angkat..
kalau nak rasa pedas boleh tabur lada burung atau cili api..
aku tak boh sebab anak2 aku nak makan..
kalau nak basah terus angkat cepat2..
kalau nak kering bagi lama sikit
garam tak payah boh sebab sos tu dah sedia masin ye..

alhamdulillah menjadi resepi aku..
yeahhhh!!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
tempting tak??
lepas ni tak payah dah makan kat luar kan??
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN!!!


14 comments:

eima said... Reply Comment

laki ai buat guna sos Sani tu sedap jugak ... lagi satu sos ape tah beli kat tesco pun sedap .... mmg tak leh lama kang lebik CKT tu

NinaAz said... Reply Comment

Oleh kerananina penggemar tegar char koay tiow ni.. nk kena cari ni kicap nihhhh

Rai Ourkizuna said... Reply Comment

husband saya buat sendiri sos utk masak ckt ni.. haishh.. lama tak makan T_T

achiek anis said... Reply Comment

harus beli...thanks kak share pasal sos ni...ngeeee

Mama Zharfan said... Reply Comment

nak kena cari ni

Nad MamaZN said... Reply Comment

Kene p cari la sos ni nnt

Gieyana said... Reply Comment

Fuiyooo...yummynyer! Nnt leh cuba..)

Mrs.aisheiteru said... Reply Comment

macam nk try jer...

fazitaismail said... Reply Comment

owhh baru tahu ada sos ni yer..
kena cari jugakkk nie hehe..

Falsya said... Reply Comment

Aah la kak rin..entry kite lebih kurang..hehehehe..boleh try la itu sos..;)

Si DauN CeRi said... Reply Comment

alahmak aii kak azrine.. mmg tempting lahhh.. emm bila nk pandai masak nii.. nak try jugak. hihihi

Ummiarissa Mahdi said... Reply Comment

kalau saya tambah lagi kicap pekat sikit,biar nampak gelap sikit...uih...sedapnya...

LydSunshine said... Reply Comment

Boleh terai ni. Tertanya jugek, sos apa yg org letak dlm CKT ni.

fuza said... Reply Comment

setuju..we all tak makan kat luar dah... we all makan kat umah u je..tq