U Click Me...I Click U Back

Thursday, December 19, 2013

Permohonan BR1M3 2014 Di Buka 21 Disember 2013 - 31 Januari 2014

As salam..

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat 

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 
2)Jabatan Pembangunan Persekutuan 
3)Jabatan Kebajikan Masyarakat 

atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan mula diberikan bermula Februari 2014

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut..
orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9pg - 5ptg.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu, caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. -

sumber :  Bernama, 17 Disember 2013.

5 comments:

Umi Qi said... Reply Comment

Mudah-mudahan bantuan ini serba sedikit dpt membantu masyarakat yg betul2 memerlukan sahaja.... :) terima kasih hebahan ini cikgu

lieyalatif said... Reply Comment

haa siap2 yg berkelayakan cepat2 isi...org dah nak bagi so kite ambil jek kan heheheeheh... sedikit sebanyak dpt meringankan beban....dah le tol naik skrang...adoiyai!

~ana~ said... Reply Comment

moga bantuan brim ni dpt ringan kan beban rakyat...insyaallah...

eima said... Reply Comment

kami tak layak ... huh

Sherwieyna Muzzawer said... Reply Comment

Untungnya siapa yang dapat bantuan ni. kita tak layak tapi macam teringin juga :(