U Click Me...I Click U Back

Friday, December 27, 2013

Diserang Virus Cacar Air (Chicken Pox)

As salam..

actually dah lama aku nak update benda nih..

tapi tak terupdate2..

pastu tetiba plak adiknya dak Aish berjangkit plak..
betul2 2 weeks after kakak dia kena..
aku dah dapat agak dah..
ni mesti adiknya berjangkit..
tapi simpan dalam hati jek.

sehari selepas aku balik dari cuti2 PD tuh..
kan aku citer kak cik Yaya ada demam sekejap masa kat PD..
rupa2nya demam sebab nak kena chicken pox..
kesian aku tengok...

ni gambar masa 2 hari kena..
lepas tu memang banyak la keluar..
tapi aku tak sempat nak ambik gambar..


after 2 weeks..

adik Aish plak berjangkit..
ni kiranya dah hari ke4..
demam tak payah cakapla panas jek badan..
sentiasa kena basahkan kepala..
kesian aku tengok..
tergaruk2..

yang sadisnya bila malam mungkin sebab dia rasa badan dia panas...
dia dok menetek jek sampai lembik tek aku..
aku bangun tgh2 malam minum air sebab rasa keringnya air dalam badan..
sampai camtu sekali..
badan tak yah cakapla sakitnya Allah sahaja yang tahu..
tapi takpe demi seorang anak ku sanggup..

hopefully cepatla baik dik..
dah 3 hari demam tuh..
tapi takdela risau sangat sebab dia aktif sangat even mata pun kuyu..jalan huyung hayang..
bahahaha



Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:
* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:
* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

* Berumur 12 tahun ke atas.
* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.

doakan dak Aish cepat sembuh ye..

9 comments:

Lynda Che Lah said... Reply Comment

Assalam kak..
Salam kenal..dan follow juga..terima kasih sudi jenguk sy..
Semoga anak akak cepat sembuh..kalau chicken pox mmg kena kerap mandi dan sabun dengan dettol..Hubby kena dulu mcm tu..lepas mandi pastikan badan kering..sharing :)

PUANSTOBERI said... Reply Comment

get well soon aish :)

Rai Ourkizuna said... Reply Comment

semoga cepat sembuh aish.. chicken pox katanya kalau kena masa budak lebih baik dari kena masa dewasa.. semoga akak bertabah hati..

Umi Qi said... Reply Comment

Aishhhh...Umi Qi tahu apa rasa mama aish sekarang...sedih tp dlm masa yg sma x putus2 doakan aish segera sembuh...kak cik yaya pun kena ye...aduyaiiii...Umi Qi pun kena belajar nih kot2 Qi nk terkena leh tau langkah cm ne nak berubat...get well soon syg

Ummiarissa Mahdi said... Reply Comment

betul cikgu Rin,kalau dah sorang kena jangkit kat umah tu,yang mana tak kena lagi akan berjangkit,biasa doktor sarankan asingkan basuhan baju mereka...saya anak beranak semua dah kena...

Fifi Nadhrah said... Reply Comment

moge cepat sihat.. risau kalau ufairah pon kene.. nanti jangan lupe share tips!~

Zara Nurhaidah said... Reply Comment

get well soon ntuk anak2 sis.. zara kena ni masa umur 10 tahun.. rase ny ada dua jenis chicken pox ni kn ? yang cecair ngan satu jenis tu..merah2 je tp timbul.

LydSunshine said... Reply Comment

Rin, nak tanya,... aish dah amik suntikan MMR masa cukup setahun ari tu?

eima said... Reply Comment

alhamdulillah ok ..a i tak terbaca entry ni sbb bercuti